PESANAN TUAN TANAH KEDAUNG ....

SELAMAT DATANG dan TERIMA KASIH pada rakan-rakan yang sudi berkunjung ke Teratak Chik Att , Sila tinggalkan jejak kalian agar dapat saya berkunjung balas ke blog anda.

Bahan di dalam blog ini boleh dikongsi tanpa kebenaran kecuali GAMBAR FAMILY DAN ANAK-ANAK SAYA .
Yang lain tu ... nak ambil ka... nak kongsi ka ... ambillah ... semoga ia dapat membantu dan memanjangkan ilmu yang ada....saya hanya insan biasa ....

Penegasan ..... komen yang tiada nama (anonymous) tidak dialu-alukan di sini. Maaf jika saya terpaksa men"delate"nya ...

Tuesday, January 11, 2011

HOMEMADE SARDIN

Semenjak dua menjak ni … angin rajin datang …
Petang semalam try buat homemade sardin  ….
Resepinya dari blog TiffinBiru , Thank Cik Mat …
Manyak soli …. aku ni menderhaka banyak gak laa…
sebabnya …. malas nak timbang menimbang ni …. hakkakkk main letak jaaaaa
 
Kiranya menjadilah ……. walaupun main hentam keromo… hahahaha ….
Bahan2nya copypaste Cik Mat punya …… pastu … begger ikut pala sendiri …
BAHAN-BAHANNYA :-)
700 g ikan tuna  - CA guna 7 ekor ikan sardin , potong dua
1/2 cawan tomato puree – CA guna 1 tin yang kecil tu ….
1/2 cawan minyak masak
25 g bawang putih*  - boh 4 ulas
80 g bawang merah* –  boh 5 ulas + 1 labu bawang besar
20 g halia*(dikisar halus) – seruas ibu jari
Garam dan gula secukup rasa
2 1/2 cawan air – 2 cawan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ikan tuna dibersihkan, potong sederhana besar, buang kepalanya. Perap dengan sedikit garam dan jus limau nipis selama 10 minit. Cuci bersih dan toskan.
  2. Dalam periuk tekanan, panaskan minyak masak, masukkan bahan kisar halus dan tumis hingga harum, masukkan tomato puree dan masak hingga terbit minyak. Tuang air dan masukkan sedikit garam dan gula secukup rasa.
  3. Bila mendidih, masukkan ikan tadi, kacau rata dan tutup periuk tekanan. Pasangkan injapnya dan bila periuk mengeluarkan wap dan bunyi "berdesir", kecilkan api dan biar masak perlahan selama 1 jam (ikut cara guna pada periuk tekanan masing2)...
  4. Cukup waktu, bawa periuk tadi dalam sinki dan alirkan air paip atasnya sehingga wap dalam periuk habis, buka tudungnya dan periksa keadaan ikan, selalunya pada masa ini ikan masih kekal dalam bentuk asal, tapi tulang2nya menjadi lembut seperti sardine dalam tin.
  5. Boleh lah dimasak mengikut kreativiti masing2. Nak buat sandwich pun boleh, nak cicah dengan roti pun boleh..atau goreng macam kita masak sardine biasa.

OTTER LAGI ……
CA guna step 1 hingga 3 ja … sebab CA pakai Presure cooker letrik …. setkan 75minit @ 1jam 15 minit .
Alhamdulillah menjadi ……. suka betul …..

1 comments:

jan said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

CA guna pressure cooker rupanya.....