PESANAN TUAN TANAH KEDAUNG ....

SELAMAT DATANG dan TERIMA KASIH pada rakan-rakan yang sudi berkunjung ke Teratak Chik Att , Sila tinggalkan jejak kalian agar dapat saya berkunjung balas ke blog anda.

Bahan di dalam blog ini boleh dikongsi tanpa kebenaran kecuali GAMBAR FAMILY DAN ANAK-ANAK SAYA .
Yang lain tu ... nak ambil ka... nak kongsi ka ... ambillah ... semoga ia dapat membantu dan memanjangkan ilmu yang ada....saya hanya insan biasa ....

Penegasan ..... komen yang tiada nama (anonymous) tidak dialu-alukan di sini. Maaf jika saya terpaksa men"delate"nya ...

Friday, May 31, 2013

ANTARA DUA BUKIT

Sekeping foto lama ....
Di Lebuhraya Timur Barat ...


Sunday, May 26, 2013

JOM BREAKFAST

Pagi ni cokodok bibik rasa minyak angin kayu putih ....
.

Malam tadi dia sakit kaki ..


Friday, May 24, 2013

HARI PERTAMA CUTI SEKOLAH ....

Pagi pegi klinik ...
Petang pegi klinik pakar pula....



Thursday, May 23, 2013

SELAMAT BERCUTI ...

Esok cuti ....
Nanti CA jawab beberapa pertanyaan entry sebelum ni ...
Layan lah ...kek coklat moist yang buat semalam ...

Monday, May 20, 2013

BESAR HATI ..



Friday, May 17, 2013

HADIAH HARI GURU

Kalut betul ..
Nak kasi bunga kat cikgu dia ..
Rabakkk poket mak ....
.
.
.
Kerana anak ....mak  pejamkan matalah jugak..
Kutip duit2 skeleng hat mana jumpa ....hehehehe

Thursday, May 16, 2013

HAPPY TEACHERS DAY

 

Selamat Hari Guru Buat bekas2 guru saya yang paling saya sanjung

Di SK Tobiar , SMKAP Al Mashoor , MPKI , Cosmopoint ,UM dan USM .

Guru Al Quran saya Arwah Ustaz Wahab … yang mengajar mengenal setiap huruf dalam Al Quran   ..

Andalah ….. insan mulia ..

yang melengkapkan diri   saya menjadi seorang insan yang bergelar GURU …..

Sesungguhnya tiada kata dapat dizahirkan ….

Hanya ucapan TERIMA KASIH , CIKGU ….

.

.

Tak lupa buat teman-teman guru …..

Teman teman blogger guru …

.

.

.

.

SELAMAT HARI GURU ….

Terima kasih yang wish ….

Wednesday, May 15, 2013

GURU

 

Tertarik dgn kartun ni …

realiti …. pada kami …

LINUS & MERAIKAN KEJAYAAN …

 

Entry semalam  tentang  LINUS ….

DAn ada yang komen pening dengan band band yang ada dalam KSSR…

Tak pa… bila ada ruang nanti .. CA ceritakan bab band band tu …

.

.

.

CA nak jawab dulu tentang LINUS … sebab rasanya ramai ibubapa yang masih termanggu-manggu tak faham …

Sebab … transformasi pendidikan byk … kalau cikgu2 pun pening … apatah lagi ibubapa

Cikgu yang pergi taklimat dan kursus pun .. tak faham2 .. apatah lagi makayah yang hanya baca dan dengar berita.

k..

LINUS ….Saringan LINUS ini dilakukan pada murid Tahap 1 iaitu murid Tahun 1, 2 dan 3

Buat masa ini …. Hanya ada 2 matapelajaran  yang disaring  iaitu Bahasa Melayu dan Matematik .. ..

Bahasa Melayu disaring melalui ujian lisan bacaan dan ujian bertulis … tujuannya untuk mengelaskan murid yang  menguasai membaca dan menulis dalam Bahasa Melayu .

Matematik pula melibatkan ujian bertulis.  Untuk mengelaskan murid yang tidak mengenal nombor dan gagal mengira peringkat asas .

Bahasa Inggeris… bakal dilaksanakan pada tahun ini.

Apabila saringan ini dibuat murid yang tidak  menguasai ini .. akan diberikan pendedahan dan bimbingan yang lebih . Murid yang tegar atau gagal terus …akan dimasukkan ke kelas Pemulihan  Khas  , untuk dipulih dan dibimbing sehingga boleh membaca dan mengira .

Objektifnya ….. pengkelasan ini dilakukan bukan untuk membezakan murid tetapi sebagai satu cara untuk menggelakkan ada murid yang tercicir dan gagal membaca , menulis dan mengira apabila masuk ke Tahun 4 .

.

.

pada ibu ibu … bapa bapa… jangan risau …..

selalunya 90% murid melepasi saringan ini. Hanya murid yang tak boleh betul betul ja.. yang sangkut.  Macam kelas CA … 32 orang murid… semuanya lepas.

.

.

.

DSC_3271

Menjadi satu acara penting … setiap bulan di sekolah ini  ..

Murid tahun 6 yang cemerlang ….. akan diraikan dalam satu majlis ..

“Sarapan Bersama Guru Besar”

Diraikan oleh Guru Besar dan Guru Tahun 6 ..

Menu ringkas ..

DSC_3267

Nasi lemak yam goreng dan teh O … simple ..

Tapi amat bermakna ….

Satu cara bagi menaikkan semangat anak-anak dalam meningkatkan prestasi  mereka ..

.

.

Hari ni marathon bw  blog MAMASYA …. dan Kak Q

Menyuntik semangat memasak …. semangat jee…

Jadi ka belum , belum tahu …

Tuesday, May 14, 2013

SARINGAN LINUS

Alhamdulillah .... Murid terakhir melengkapkan saringan Literasi bagi Saringan LINUS tahun 2 tahun ini.
Dan ....Alhamdulillah ....semua berjaya melepasinya ....
.
.
.
Pada ibubapa .... LINUS adalah singkatan dari LITERASI DAN NUMERASI...
.
.
Saringan ini dilakukan bagi mengesan murid yang lemah dan tidak boleh membaca dan menulis dlm bahasa melayu dan bahasa inggeris serta matematik.
.
.
Ujian bertulis dilakukan di dalam kelas sementara ujian saringan bacaan dilakukan secara individu.
.
.
Adakah cikgu diberi masa tertentu.
Oh...tidak. Cikgu hanya diberi dateline untuk siapkan.
Saringan individu ..... Pandai2lah cikgu cari waktu ....
.
.
Bertulis tak ambil masa sangat. Membaca yang ambil masa sebab ada 12 konstruk yang perlu murid lepasi.
Dan CA ambik masa hampir 2 minggu .....akhirnya selosaiiii...
Alhamdulillah ....

Monday, May 13, 2013

KUINGINKAN KETENANGAN ....

Update awal pagi sambil ...
Dengar ....guru bertugas mingguan mengupas tajuk "bersyukur"
.
.
.
.

Aku bersyukur kerna masih bernafas di atas bumi Allah ini ....
Aku bersyukur dengan nikmat kehidupan dan rezeki yang Allah kurniakan buat aku hari ini dan selama ini
Aku amat2 bersyukurrrr....
.
.
.

Alangkah indahnya ... dapat berlari-larian di celah celah tulip ni ....
Guling2 ... kehkeh keb ..

Entry bengong ...daripada tak ada entry


Friday, May 10, 2013

KEMUSYIKILAN – BAB MANDI

 

Kenapa … orang lelaki masuk bilik air lama …???????

Musykil …

.

.

Ada jawapan ….. cara menanganinya …

Thursday, May 9, 2013

GANTI POSA… RAMADAN DAH DEKAT

 

Cepat cepat … sapa yang belum …

pulun isnin .. khamis … InsyaAllah … habis ….

Wednesday, May 8, 2013

PULAU SAYAK

 

Indahnya senja di Pulau Sayak ..

Tahun 2013 ni … inilah pertama kali kami sampai ..

DSC_1786

DSC_1787

Kedai Pak Usop pun dah berubah …

DSC_1788

Dah banyak meja dan bangku ….

siap ada pondok-pondok lagi ….

Untuk pelanggan menikmati mee udang sambil berkhayal kejor udang tepi pantai …

DSC_1795

Mee Udang …. Udang ada yang tenggelam kat dasar mangkuk ….

Kali ni rasanya kuah adalah cair sedikit ..

Dan ada 2 ekor udang yang rasanya …kurang fresh ..

DSC_1796

Nasi goreng udang ..

Dulu rasanya 3 ekor …sekarang dah tinggai 2…

Sangkut kat pukat kot sekor lagi ..

.

.

Semasa bayar ..

Diutarakan .. rasa tak puas hati pada tuan punya kedai ..

Alhamdulillah …. dapat feedback yang baik ….

Jadi ….. kita datang lagi lain kali …

Tuesday, May 7, 2013

MAI SECAWAN ..

PRU13 dah berlalu...
Dah malas nak cara ..nak mikir ....
.
.
.
.
.
La ni nak relax ...relax ..
Tenangkan fikiran...
Lawat2 ...blog kengkawan ...yang dah byk terlepas ...
Review blog lagi best ..
.
.
.
Tumpukan pada keja sekarang ...
.
.
Jom cicah sekut ngan kopi ooo ...