PESANAN TUAN TANAH KEDAUNG ....

SELAMAT DATANG dan TERIMA KASIH pada rakan-rakan yang sudi berkunjung ke Teratak Chik Att , Sila tinggalkan jejak kalian agar dapat saya berkunjung balas ke blog anda.

Bahan di dalam blog ini boleh dikongsi tanpa kebenaran kecuali GAMBAR FAMILY DAN ANAK-ANAK SAYA .
Yang lain tu ... nak ambil ka... nak kongsi ka ... ambillah ... semoga ia dapat membantu dan memanjangkan ilmu yang ada....saya hanya insan biasa ....

Penegasan ..... komen yang tiada nama (anonymous) tidak dialu-alukan di sini. Maaf jika saya terpaksa men"delate"nya ...

Monday, January 17, 2011

NASI AYAM

Sila teruja …..

Kesedapannya sama …. secantik gambarnya ..
Buat sendiri tau …… cuma resepi cilok kat sini …MYRESEPI
Jadi … bagi memudahkan … pada rakan2 yang memang suka ..
jenis masakan … main campak2 ni ….. Saya turunkan resepinya di sini ….

Bahan-bahan ( 6-8 orang )
Untuk rebus
  • -1 ekor ayam dipotong ikut suka besarnya (x potong pun boleh)
  • - 2 ulas bawang putih
  • - 2sm halia yg diketuk
  • Untuk perap
  • >1 sudu besar kicap pekat
  • >1 sudu besar sos tiram
  • >1cm halia
  • >2 ulas bawang putih
  • >sedikit kicap cair

Untuk nasi
  • - 5cwn beras
  • - 3 sudu besar butter
  • - 1cm halia- ditumbuk
  • - 4 ulas bawang putih -ditumbuk
  • - air rebusan ayam tadi secukupnya
  • - sedikit garam.

Bahan sos
  • > 5biji cili merah
  • > 5 ulas bawang putih
  • > 2cm halia
  • > 1 sudu teh cuka, garam, gula
  • > 1/2 cawan air

Untuk sup
  • @lebihan air rebusan ayam
  • @1 biji bawang besar kisar
  • @rempah sup
  • @garam
  • @daun sup yg dihiris.
Cara-cara
  1. Ayam dipotong ikut suka besarnya (x potong pun boleh)..bersihkan dan di lumur dengan 2 ulas bawang putih yg ditumbuk dan 2sm halia yg diketuk..dan rebus hingga empuk
  2. Toskan ayam dan perap dengan bahan-bahan untuk perap selama 15-20min. Goreng hingga garing.
  3. Basuh beras dan toskan. Panaskan butter, tumis halia dan bawang putih hingga garing. masukkan beras, terbit bau, masukkan air rebusan ayam secukupnya dan garam. Masak seperti biasa.
  4. Untuk sos-blendkan semua bahan diatas. boleh ditambah tomato sos/sos cili jika suka. Boleh juga dimasak sebentar (jika suka)
  5. Untuk sup- air rebusan ayam didihkan bersama bawang besar, rempah sup, garam dan daun sup tadi.

Rasanya …… lepas ni bleh buka gerai nasi ayam
takat gerai jaa…… restoran nanti …. mampus hancus  …
Gerai tu pun ….. rasanya kalau nak tengok ada sambutan atau tidak..
Afdhalnya …..
bagi free …
mesti melimpah ruah … peminat serbu ….

12 comments:

cikmanggis said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Salam chik att..malam malam ni singgah kat dapur chik att ni..hai lapar la pulak.Ni nak tanya chik att pasai satu pokok yang chik att habaq kat cm ari tu..pokok cerita..apa nama lain bagi pokok tu?Cm nak guna untuk halau ulat kat tanaman cm ni..kalu boleh tak mau guna racun.

Cik Ina minat Do do Cheng said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Nasi ayam dah lamanya tak buat, makcik terliur gak nampak nasi ayam ko ni. hulur kat sini sikit.

Cik Ina minat Do do Cheng said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

nak babab vontot ko, baru baca balik gambar dari my resepi, tapi ko buat sama cam tu kan.boleh maafkan.kwang kwang

Chik Att said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

CM- Org utara sebut pokok akar cerita. Pahitnya tak tercerita dgn kata2. heheheh
Org tua2 buat ubat mandi utk anak2 kecacingan.
Saya memang simbah pokok2 saya ngan hasil blender ayaq tu .... pokok memang naik elok....

Nanti CA ambik gambaq ... bleh la tengok ....org sana panggil apa ...

Chik Att said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Cik Ina ~ ... jauh benor nak antoonyaa....

Chik Att said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Cik Ina ~ aikkkk ... gambaq tu hasil kita sendiri tau ... resepi jaa org len punya ...

amvvoiiii , Babab vontot koo balik ....

cikmanggis said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

ok ok jgn lupa ambik gambaqnya ya..terima kasih chik att no:)

bujal X said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

tak teruja pun?

sambil menahan air liur yang bertakung dari keluar~

haha~

Chik Att said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

CM- InsyaAllah ....

Chik Att said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Bujal : tau .... air liur kooo dah sebesen tu .....

Kaseh said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

cik atttt..nak cilok eh resepi ni..macma besh jekkk

Chik Att said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Kaseh : ambik jee .... CA pun cilok gak ... heheheeh