PESANAN TUAN TANAH KEDAUNG ....

SELAMAT DATANG dan TERIMA KASIH pada rakan-rakan yang sudi berkunjung ke Teratak Chik Att , Sila tinggalkan jejak kalian agar dapat saya berkunjung balas ke blog anda.

Bahan di dalam blog ini boleh dikongsi tanpa kebenaran kecuali GAMBAR FAMILY DAN ANAK-ANAK SAYA .
Yang lain tu ... nak ambil ka... nak kongsi ka ... ambillah ... semoga ia dapat membantu dan memanjangkan ilmu yang ada....saya hanya insan biasa ....

Penegasan ..... komen yang tiada nama (anonymous) tidak dialu-alukan di sini. Maaf jika saya terpaksa men"delate"nya ...

Wednesday, December 28, 2011

LAUK PENGANTIN

 

 

DSC00152

Ayam masak merah …. mesti tabur kacang pea ..

DSC00156

Masak Hati …

kira yang ni , menu paling special lah …

Apa yang special pun tak tau …

Ternak kolesterol lagi ada la…

beranak pinak ….

menari berdendang dengan lemak ..

.

.

.

.

Terliurlah pulak …..

PURPLE ORCHID

 

Ini pun sebahagian daripada aktiviti

Bila aku  tak tau nak buat apa…

Tambah-tambah time boring ..

Bohsan …. streessssss

.

.

Tambah-tambah lagi …di sipi sipi aku …

didendangkan dengan dialog-dialog  gini …

.

.

“ kasut aku ni …  rega rm100 lebih tau ….., anak aku hadiah .

Kita ni dah keja… bla blaa blaa”

.

.

~ masa tu aku pakai selipar jepun saja … rega rm1.80 ~

.

.

“Baju ni aku ….. beli masa pegi Bandung ari tu …. Hampa kena pi ..

Rugi ….tu laa kita keja ni … bla bla bla  ..‘

.

.

~ masa tu aku … pakai baju kain beli kat pasar malam jaaa~

.

.

korang tau …..

menanah telinga ni tau….

.

.

lalu aku pun snap gambaq ni

DSCN1290

snap lagi …

DSCN1288

dan lagi ..

DSCN1289

.

.

Walaupun kamera cap ayam ….

Bedalllllll sajalah labiiii ……

.

.

nak pakai dslr pun ….

emmmm dlm mimpi je lah ….

Tuesday, December 27, 2011

Dah tak ada keja ….

 

Saya tak tau nak buat apa ..

lalu …

saya snaplah gambar apa saja yang ada dekat dengan saya ..

.

 

.

DSCN1267

anjing kurap ....

Saya dalam kereta ….

.

.

.

di sebabkan dia kat luar ……

saya sanggup  tahan kencing …

keh  keh keh …

Monday, December 26, 2011

Meh makan rojak tepi laut ….

 

 

DSC00093

Meh cucuk .. sama-sama..

.

.

.

Selamat bercuti ….

Sunday, December 25, 2011

BUAH KERANJI

 

Sorong papan tarik papan

Buah keranji dalam perahu

Suruh makan saya makan

Suruh mengaji saya tak tahu

.

.

.

DSC00380

Buah keranji ….

Masam2 manis …… dibeli di Padang Besar ..

.

.

.

Selamat berhari minggu ….

Saturday, December 24, 2011

DITEBUK TUPAI ….

 

 

DSC00250

Ginilah rupanya …

DSC00251

close up … sket …

Perumpamaan Melayu : Umpama kelapa ditebuk tupai  …

Friday, December 23, 2011

MOHON DOA …

 

DSC00361

Hospital Sultanah Bahiyah , Alor Setar

DSC00134

Paling kanan …. Abang Leh ..

Kritikal ….. jantung , kencing manis … dan beberapa sebab lain ..

Mohon doa …. diberi rahmat dan keberkatan …

kembali sembuh dan sihat …

Thursday, December 22, 2011

NAM NAM … NYUM NYUM … eeeee …..

 

 

DSC00201

Dah boleh ambik tu …

DSC00199

Ada org panggil “katak puru “

.

.

.

Skrang ni

kat Teratak nenek kebayan ..

Berbuah lebat …

Wednesday, December 21, 2011

KASIH LELAKI …

 

Teringat kata seorang guru idola saya suatu ketika dulu ..

Cinta lelaki  umpama satu jar air

.

.

Dia boleh memilih gelas mana yang mahu diisinya ..

.

.

.P1040701

Tn. Hj Rosli …..

sedang mengira hari untuk bersara ..

Monday, December 19, 2011

14.12.2002

 

Lewat 4 hari ….

.

.

DSC00434

Dah nak masuk 10 tahun …

DSC00431

Syahdu ….

DSC00429

dan

dah berjaya dapat ..

3 ketoi  ni ..

keh keh keh ..

DSC00019

Sapa cakap …

Cinta selepas kawin tak bahagia …

Kelasss ….

Pilihan ayahanda dan bonda …

Alhamdulillah ….  Kesyukuran yang tak terhingga ke hadrat Allah SWT

Kau Pinjamkan “KEBAHAGIAAN”  ini buat kami …

SERBAGUNA

 

 

CA dapat dari FB ..

Untuk kita sama2 hayati ….dan renungi ..

Dan berhati-hati ..

CA … senang sebut BABI dari khinzir ..

sebab ….. bunyinya nampak dan dengar ~ jijik teramat …

Sunday, December 18, 2011

PANAS …..

 

Hati tengah panas mengelegak …

.

.

.

sebelum meletup …

lebih baik ..

tutup pc…..

.

.

.

SubhanAllah ..

Astaghfirullah …

 

 

 

Pada yang gathering kat umah Dato LF ….selamat mengeratkan silaturahim …..

Wednesday, December 14, 2011

ANTARA KOLEKSI SAYA …

 

Dalam koleksi  saya …

Ada yang bermotif ada yang tiada …

Ada untuk kenangan …

Ada yang saja suka-suka ..

.

.

.100_0700

Sawah selepas dibajak  … org sini kata lepas putaqqq…

100_0703

Sungai …. di sini ..

Dekat2 nak menanam semai …

Air Sungai akan penuh  ..

Persediaan untuk mengairi sawah ..

.

.

.

Sekarang

Siapa yang berhampiran sungai ..

Banjiirrrr …

.

.

.

.

KL banjirrr kilatkan semalam ????

.

.

100_0716

Sampai hari ini saya masih memikirkan …

Anak siapa yang saya  ambil photonya ini …

Tuesday, December 13, 2011

RINCHIK ….KUALA NERANG … DURIAN BURUNG

 

Entry semalam …

Mengundang  banyak pertanyaan .

.

.

DSCN1262

Photo ini CA ambik di Kuala Nerang …

Sebuah kedai di Pekan lama ..

Dulu Kuala Nerang …digolongkan sebagai sebuah pekan hulu  atau lama

paling senang … Pekan  Koboi lah ..

Kedudukannya jauh dari ibunegeri Alor Setar ..

Lebih kurang 60 km ..

Pada ketika itu … kedai2 inilah menjadi sumber untuk penduduk tempatan mendapat bekalan makanan dan keperluan harian

.

.

di samping jualan di Pekan Sehari …atau pun di sini sebut Pekan Nat ..

Pekan Nat ~ bukan bermaksud menjual nut atau skru .

.

Tapi segala keperluan dijual di sini …

.

.

.

Bagi org Kedah terutamanya …penduduk di kampung ..

“rincik “ membawa maksud ……. beli sikit2 ..

contoh ayat  “ Kenduri kali ini , saya beli barang cara  rincik-rincik  ….. bila ada duit beli “..

CA … cuba cari di kamus DBP ….

rincik

klik sini

Sekarang ni … Kuala Nerang begitu pesat membangun ..

Sebuah lebuhraya sedang di bina menghubungkan Alor Setar terus ke Durian Burung ..

Durian Burung adalah salah satu pintu masuk ke Malaysia dari Thailand

Dan dengar kata akan dibangunkan menjadi Pusat Bebas Cukai seperti Padang Besar Perlis.

.

.

DSCN1302

Komplek Imegresen Durian Burung  …. Pintu Masuk Ke Malaysia..

Monday, December 12, 2011

RUNCIT … RINCHIK..

DSCN1262

Kedai runcit yang menjual barang2 rinchik …

rinchik ????

Siapa tahu maknanya ….

Sunday, December 11, 2011

SALAM HUJUNG MINGGU …

 

Ahad …

Idea …terbang ..

Selamat Bercuti dan berhujung minggu …

.

.

.

Jadikan hidup kita ..

dan

orang sekeliling kita

.

.

Bahagia …dan gembira..

Saturday, December 10, 2011

Balas Dendam ….

 

Ada beberapa hari lagi ..

Teratak nenek kebayan ini

akan kembali sepi …

.

.

.

sepi

dan sepi ..

.

.

.

Kami sekeluarga enjoy tinggal di sini ..

Terima kasih pada Azie … dgn entry khasnya

Kebahagiaan … tak semestinya di limpahi harta mau pun berada di atas takhta ..

.

.

.

Beberapa hari tiada signal broadband yang cantik ..

.

.

.

CA berada di rumah mak ayah CA … tentunya streamix

telah memberi ruang untuk CA balas dendam beberapa hari

tak boleh BW … blog kengkawan ..

.

.

Malam tadi …. usai maghrib ..

kami kembali ke rumah mak ayah CA

kerana ada sedikit perjumpaan keluarga ..

.

.

dan hari ini …

dengan 3 buah kenderaan CA bersama adik beradik diketuai oleh Ayahanda tercinta

Diiringi oleh kedua2 bonda .. tersayang

ke Durian Burung … sempadan dengan Thailand .

DSCN1278

Ayahanda diikuti di belakangnya … Kakak saya no 2 – Rohana

.

.

DSCN1268

kakak sulung saya Sobriah  …

diapit oleh kedua2 bonda … bersama adik lelaki .. no 7  __ Apit .

Berlatarbelakangkan…. tempat yang kami lawati ..

.

.

Dipanjatkan doa semoga …. usaha kami adik beradik akan diberkati , dirahmati Allah ..

dan berjaya hendaknya ..

Sunday, December 4, 2011

HIBERNATE …..

 

Banyak yang nak diceritakan ..

Signal broadband terlalu slow ..

di Teratak Nenek Kebayan

entah kenapa ..

nyamuk pun banyak ..

yang jenis tajam-tajam … tertonggeng tu ..

Kami terpaksa berlindung di dalam kelambu ..

heheheheh …. anak2 buat main gua gua pula …

.

.

.

.

Terpaksa berhibernisasi  lagi ..

entry akan menyusul ..

Bila keadaan dah stabil …

Maaf ……

Friday, December 2, 2011

Cerita Rumah Tua ….

 

Mengikut sejarah ….(cerita mertua lah )

Rumah ini dululah …

Tempat … persembunyian Panglima Nayan (korang google cari cerita dia )

Tapi …. telah diubahsuai … berapa kali ..

Hingga rumah asalnya dah hilang ..

DSC00140

tapi tiang tu …

adalah yang asal …

Tiang tidak begitu lurus … kerana ditarah menggunakan kapak …

Dan …. anai-anai pun tak sanggup  makan …

Kami akan balik ke sini tika cuti sekolah ..

Lebih kurang 3 ke 4 bulan …

Dan yang pastinya ….

dibawah meja itu ..

Akan ada sarung ular …

menyerammmkan …

Jadi agak2 …

Sanggupkah kami tidur kat sini …..

Thursday, December 1, 2011

Sesekali mengeram …..

 

DSC00138

Kami sekarang berada di teratak nenek kebayan ..

Kerusi roda tu terpaksa di jemur ..

kerna ..

Laki aku buat lawak bodo masa ngangkat mak dia ..

Orang tua tu …  gelak sampai terkencing kencing atas kerusi ..

Dan … ambik jalan mudah ..

CA … mandikan dia atas kerusi tu sekali

keh keh keh …..

Dia pun terkekeh2 gelak …..

 

 

 

 

pst ……  line broadband di sini macm siput …. loading pages ambil masa ….

CA jalan-jalan blog kalian … ada yg tinggal jejak ada yang tidak  ….