PESANAN TUAN TANAH KEDAUNG ....

SELAMAT DATANG dan TERIMA KASIH pada rakan-rakan yang sudi berkunjung ke Teratak Chik Att , Sila tinggalkan jejak kalian agar dapat saya berkunjung balas ke blog anda.

Bahan di dalam blog ini boleh dikongsi tanpa kebenaran kecuali GAMBAR FAMILY DAN ANAK-ANAK SAYA .
Yang lain tu ... nak ambil ka... nak kongsi ka ... ambillah ... semoga ia dapat membantu dan memanjangkan ilmu yang ada....saya hanya insan biasa ....

Penegasan ..... komen yang tiada nama (anonymous) tidak dialu-alukan di sini. Maaf jika saya terpaksa men"delate"nya ...

Friday, January 21, 2011

LOMPANG ….

 

Lompang yaa …murid-murid…

bukan lompong …

Lombong jauh sekali …. hahahahahah ….

Meh …kita menjamu mata dgn resepi lama..

Tapi  baru kali ni … tuan tanah kedaung nak buat …

Sebabnya ….

hahahahah … mak mentua adooo looohhhh ….

Org tua ….. nak makan…. kuih2 zaman dialah …

mana jalan pizza ….. kfc bagai ……

 

 

Seperti biasa …. resepi  ialah atas dasar tak sedar diri ,  mencilok dari sifu2 masakan …

Kali ni …. cilok dari PERIUKTANAH … thank Raihan …

resepinya ….seperti biasa …copy and paste …

 

Bahan-bahannya: (hidangan untuk 5 orang)

1 1/2 cawan tepung gandum

1/2 cawan gula pasir

1 cawan air pandan (kisar 5 helai daun pandan dengan 1 cawan air- tapis dan sukat 1 cawan)

2 cawan air biasa

1/2 sudu teh air kapur cair

sedikit pewarna hijau

1 cawan kelapa parut putih digaul dengan sedikit garam

Cara membuatnya:

1. Campurkan air pandan, gula, tepung dan air di dalam mangkuk. Gaul rata menggunakan 'whisk' hingga gula hancur. Tambahkan sedikit pewarna hijau ikut citarasa.

2. Masukkan air kapur dan gaul rata.

3. Panaskan pengukus dan sediakan loyang. (tak perlu di lengser) Tapiskan adunan ke dalam loyang dan kukus kuih selama 15- 20 minit. Untuk mengelakkan air masuk ke dalam loyang, tutup loyang dengan aluminium foil atau tuala dapur, ketika mengukus.

4. Apabila kuih masak, keluarkan daripada pengukus dan sejukkan sebelum dipotong. Boleh juga disimpan di dalam peti ais agar cepat sejuk.

5. Potong kuih dan gaul dengan kelapa parut yang telah digaul dengan garam. Sedia dihidang.

*** jika loyang tidak ditutup, cedok lebihan air yang bertakung di atas kuih, sebaik dikeluarkan daripada pengukus.

 

Itu cara dari tuan resepi ….

Ini …. cara dr tuan tanah kedaung yang tak sedor diri ….

dahlah ambik resepi orang …sesuka ati tukar …. sah menderhaka tahap genius hahahahaha….

1. step 1 dicombinedkan dgn step 2 ….. pas tu lebur dalam blender  …… heheheheh senangkan..

2. step seterusnya …. guna acuan kecik … rona merah tu …. dan kukus mcm step tuan resepi …

 

Komen ….

sedap…. anak2 suka .

My MIL …. pun suka … cuma .. dia kata buat ngan tepung beras lagi best …. waaaaaaa …..

belum mencapai tahap piawai sirim …… ku kuciwa lagi………

Cuma … yang ni tak pernah komen …… semua dia bedal …

Peminat no 1 saya … hahahahahha

9 comments:

Kaseh said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

yummehhhhhhh...lama tak mkn lompang..salu kaseh suka kaler pink

Daddy Ziyyad said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

laaaaa..baru tau kuih ni namanya kuih lompang bila baca entri ni...hihi

Chik Att said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Kaseh : emmm sesekali makan... best gak.....

Chik Att said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

DZ: itu bahasa org utara .... org selatan panggil kaswi .....

Cik Ina minat Do do Cheng said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Kuih ni best kalau makan letak kelapa banyak-banyak. Ko campur tepung beras sikit. ko tengok tak, makcik yg tak sedar diri, tak pernah buat, lagi nak ajar orang .kwang kwang

sahromnasrudin said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

assalamualaikum..memang sedap kuih nie..lembut je..walau manis tetapi kesedapannya tidak terkira..

p/s: sy folo blog ini

Chik Att said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Cik Ina : tak letak ..... tu mak mentua kata tak kaw kaw .... hahah ... walaupun dah bg minum kopi kapal api ....

Chik Att said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Sahrom : wsalam ..... emmm memang sedap .... tp tak leh selalu .... jemu gak ...

seriwangi said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Best tu kueh lama, sedap.