PESANAN TUAN TANAH KEDAUNG ....

SELAMAT DATANG dan TERIMA KASIH pada rakan-rakan yang sudi berkunjung ke Teratak Chik Att , Sila tinggalkan jejak kalian agar dapat saya berkunjung balas ke blog anda.

Bahan di dalam blog ini boleh dikongsi tanpa kebenaran kecuali GAMBAR FAMILY DAN ANAK-ANAK SAYA .
Yang lain tu ... nak ambil ka... nak kongsi ka ... ambillah ... semoga ia dapat membantu dan memanjangkan ilmu yang ada....saya hanya insan biasa ....

Penegasan ..... komen yang tiada nama (anonymous) tidak dialu-alukan di sini. Maaf jika saya terpaksa men"delate"nya ...
Showing posts with label LAUK PAUK. Show all posts
Showing posts with label LAUK PAUK. Show all posts

Wednesday, November 7, 2012

PEMANGGANG IKAN AJAIB ….. RESEPI AYAM PERCIK YANG MABELES ….

 

Biarkan runtunan hati dan perasaan slow down …

kita cerita2 pasai makan pulak …

Ini yang best ….. kepala serabut … tapi kalau bab makan ok jeerrr

Hari Ahad lepas buat ayam percik… goggle2 resepi … sebab nak try pemanggang ajaib yang beli hari tu …

Tgk pic ni kat google….. mak aihhhh rasa telan air liur glup glup ….

CA pun ambik resepinya kat SINI ….. RESEPI.COM

Admin dia Farith Ismeth Amir … yang baca Berita Donia tuuu

Meh …CA copy paste resepinya  …

AYAM PERCIK

Bahan-Bahan:
1 ekor ayam (potong 8)
6 sentimeter halia
3 batang serai
3 labu bawang besar
2 helai daun kunyit
Ambil santan dari 1 biji kelapa

Sedikit garam dan gula
12 biji buah keras
6 ulas bawang putih
2 sm kunyit hidup
6 helai daun limau purut

Cara Penyediaan:
1.  Ayam yang sudah dipotong 8, dibersihkan. Kemudian masukkan dalam periuk bersama santan dan bahan yang telah digiling lumat.

2. Daun kunyit dikoyak-koyakkan, diramas dan seterusnya dimasukkan ke dalam periuk ayam.

3. Masak dengan api yang sederhana sambil dikacau kemudian masukkan garam dan gula secukup rasa.

4. Setelah mendidih, angkat dan sendukkan kuah yang jernih disebelah atas dan ketepikan.

5. Keluarkan ayam dari kuah yang pekat di sebelah bawah dan panggang ayam  sambil di sapu air yang jernih pada ayam.

6. Biarkan hingga ayam masak dan hidangkan bersama kuah yang pekat.

.

.

.

Seperti biasa … bab menderhaka…. tetap berlaku . CA guna ayam sebelah ja .  Buah keras tak bubuh sebab tak ada …. yang ada dah makan dek bubuk … ( nampak sangat ghajin benor masak kannnn )

DSC00513

Step no 1 ….. (rujuk kat atas )

Abaikan kuali tercantik tu …..

DSC00514

Masak sampai kering kuahnya ..

DSC00516

Gara2 terlupa …step 2… belasah ja…. masukkan daun kunyit dan limau purut

DSC00517

Buang daun kunyit ….. masukkan dalam pemanggang ajaib

DSC00518

Gunakan api perlahan …… balik-balikkan bila rasa agak2 nak balik …

DSC00519

Tadaaaaa … dah nak masak….

DSC00523

Memang sedap ….

Mudah …. silalah mencuba …. garentiiii berpuas hati …

Thursday, November 3, 2011

KAK CIK KEN ROSMERI …

 

Lama tak menayang bab makan ni ….

Meh tengok … rupe ai yang meleeetoppp ni …

DSC00128

Rasanya …. huhhhhh memang melelh ..

Resepinya yang betul-betul … korang gogglelah sendiri …

CA pun main belasah jaaa….

Ni resepi CA … nak ikut … ikutlah …

 

1. Halia , jintan manis , lada hitam , rosemery  ~ tumbuklah sesuka ati ….. jumlahnya pun ikutlah sesedap rasa .

2. Bawang putih goreng ngan minyak zaitun , campur dalam bahan di atastumbuk dan adun  .Tmbah gula dan garam secukup  rasa .

3. Lumurkan kat ayam tu . Peraplah sejam dua … lagi lama lagi sedap.

4. Potong tomato , capsicum , kentang , bawang , karot …. jangan terlalu kecil… jangan besaq sangat…agak2lah.

5. Tabur dalam dulang bakar sebahagian sayur-sayuran , letak ayam , tabur baki sayur tadi ……

6. Baki herba2 tumbuk yang perap ayam tu… campur ngan mentega …. sapu kat ayam. Lumur lah setakat mana yang terdaya ..

7. Bakar dalam oven . Api atas bawah , 230C , selama 1 jam ….

 

Selamat mencuba  ….

Ikhlas dari chef yang tak dan nak masuk chef master dah kena reject ..

Tuesday, January 11, 2011

HOMEMADE SARDIN

Semenjak dua menjak ni … angin rajin datang …
Petang semalam try buat homemade sardin  ….
Resepinya dari blog TiffinBiru , Thank Cik Mat …
Manyak soli …. aku ni menderhaka banyak gak laa…
sebabnya …. malas nak timbang menimbang ni …. hakkakkk main letak jaaaaa
 
Kiranya menjadilah ……. walaupun main hentam keromo… hahahaha ….
Bahan2nya copypaste Cik Mat punya …… pastu … begger ikut pala sendiri …
BAHAN-BAHANNYA :-)
700 g ikan tuna  - CA guna 7 ekor ikan sardin , potong dua
1/2 cawan tomato puree – CA guna 1 tin yang kecil tu ….
1/2 cawan minyak masak
25 g bawang putih*  - boh 4 ulas
80 g bawang merah* –  boh 5 ulas + 1 labu bawang besar
20 g halia*(dikisar halus) – seruas ibu jari
Garam dan gula secukup rasa
2 1/2 cawan air – 2 cawan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Ikan tuna dibersihkan, potong sederhana besar, buang kepalanya. Perap dengan sedikit garam dan jus limau nipis selama 10 minit. Cuci bersih dan toskan.
  2. Dalam periuk tekanan, panaskan minyak masak, masukkan bahan kisar halus dan tumis hingga harum, masukkan tomato puree dan masak hingga terbit minyak. Tuang air dan masukkan sedikit garam dan gula secukup rasa.
  3. Bila mendidih, masukkan ikan tadi, kacau rata dan tutup periuk tekanan. Pasangkan injapnya dan bila periuk mengeluarkan wap dan bunyi "berdesir", kecilkan api dan biar masak perlahan selama 1 jam (ikut cara guna pada periuk tekanan masing2)...
  4. Cukup waktu, bawa periuk tadi dalam sinki dan alirkan air paip atasnya sehingga wap dalam periuk habis, buka tudungnya dan periksa keadaan ikan, selalunya pada masa ini ikan masih kekal dalam bentuk asal, tapi tulang2nya menjadi lembut seperti sardine dalam tin.
  5. Boleh lah dimasak mengikut kreativiti masing2. Nak buat sandwich pun boleh, nak cicah dengan roti pun boleh..atau goreng macam kita masak sardine biasa.

OTTER LAGI ……
CA guna step 1 hingga 3 ja … sebab CA pakai Presure cooker letrik …. setkan 75minit @ 1jam 15 minit .
Alhamdulillah menjadi ……. suka betul …..

Thursday, December 23, 2010

MASAK LEMAK CILI API REBUNG DENGAN UDANG

Pagi ni … tak ke mana-mana .
Lamanya tak masuk dapur.
Asyik makan masakan chef import jaa…
Keluar kat kedai depan … jumpa rebung …ahhhhh sedap ni buat masak lemak cili api ..
Beli udang …. Maka hari ni menunya masak lemak cili api rebung dengan udang
P1020526
Mehhh kita masak …
Rebung jeruk  tu …. agak-agaklah banyak mana yang dikehendaki . CA guna 3 batang yang panjangnya sejengkal tangan kita . Nak ukur ngan pembaris , karang orang kata gila pulak. Hiris nipis-nipis. Rebung ini agak berbau . Jadi cara CA … CA rebus dulu 3 kali , maksudnya rebusan pertama , sudah mendidih . Buang air dia , masuk air baru. Rebus lagi sebanyak 3 kali . Yang ke-4 tu CA masukkan sedikit gula. Dah boleh dimasak. Baunya pun dah hilang.
TAk percaya , cuba buat . Memang tak ada bau .
Masak lemak ini stail CA lah ringkas jaaa …..
BAHAN-BAHANNYA
Rebung – sebanyak 3 tukil ukuran sejengkal jari manusia … heheheh
Udang – agak2lah . CA guna dalam 12 ekor udang sedang-sedang  saiznya.CA buang kulit senang makan. Tapi kalau tak buang lagi manis ….
Kelapa – RM1 diblender dlm ukuran airnya, setengah blender tu jaa. Kalau di blender … pekat sikit .Tak yah teruk2 perah.
1 batang serai
1 heli daun kunyit – CA tak bubuh kali ni . Pokok kunyit dan mampus … hehehehe mana taknya asyik ambik jaaa…
Bahan untuk ditumbuk .
15 biji cili api
7 labu bawang merah
seruas kunyit hidup

CARA-CARANYA
Masukkan bahan yang ditumbuk tadi ke dalam periuk campurkan sedikit air . Masak sebentar.
Masukkan santan + serai + daun kunyit
Masukkan rebung.
Masukkan udang .
Masukkan garam secukup rasa .
Asam keping (ini pilihan …. nak bubuh boleh , tak bubuh pun tak apa … tak berdosa)
Kacau …. untuk elakkan santan berketul , Dah mendidih … angkat …
emmmmm dah boleh soruuuuu
Tadaaaa…..
P1020531
Sila … sila …
Nanti CA kembali lagi berhikayat  …. bila ada waktu ..

Tuesday, October 19, 2010

Masak Asam Ikan Tenggiri ……. Step by step…

Okkkk murid –murid …. hari ni CA nak ajaq macam mana nak masak ,


Masak Asam Ikan  Tenggiri .
Ikut koranglah …. nak bedal ikan apa…… janji ikan ……. kalau nak wat ngan kepala kambing pun bleh gak …
P1000598
Ikan Tenggiri ditaruk garam kunyit …dan digoreng…. agak sedang sedang masaknya …
P1000611
Jangan terlalu garing …. yang sedang sedang sajaaaa….
P1000601
Bahan tumisan …… seperti di atas ……..
ikut putaran jam  …. bawang merah , bawang besar , bawang putih , cili padi , halia
P1000606
Air asam jawa……..
P1000610
Tumis bahan tadi dalam sedikit minyak ….. agak keluar bau …. jangan layu ..
P1000614
Masukkan air asam jawa dan sedikit kunyit serbuk …, gula dalam 2 sudu (agak2) , sedikit garam

P1000618
Masukkan ikan …. biarkan mendidih sekejab …
Siap untuk dihidangkan …
Jangka masa memasak 15 minit …..