PESANAN TUAN TANAH KEDAUNG ....

SELAMAT DATANG dan TERIMA KASIH pada rakan-rakan yang sudi berkunjung ke Teratak Chik Att , Sila tinggalkan jejak kalian agar dapat saya berkunjung balas ke blog anda.

Bahan di dalam blog ini boleh dikongsi tanpa kebenaran kecuali GAMBAR FAMILY DAN ANAK-ANAK SAYA .
Yang lain tu ... nak ambil ka... nak kongsi ka ... ambillah ... semoga ia dapat membantu dan memanjangkan ilmu yang ada....saya hanya insan biasa ....

Penegasan ..... komen yang tiada nama (anonymous) tidak dialu-alukan di sini. Maaf jika saya terpaksa men"delate"nya ...

Tuesday, February 22, 2011

YA ALLAH, KABULKAN DOA KAMI ….

 

Pagi ini bersiaran dari rumah .

CA tak pergi kerja …

baba pun ambil cuti …

keadaan MIL agak membimbangkan ……

Baba …. pagi2 tadi bergegas hantar Ashraff dan Ariff ke sekolah

dan terus ke klinik … untuk berbincang dengan doktor ….

Rawatan yang terbaik untuk mak ….

CA ….. menemankan mak ….. risau ..

Tak berani meninggalkan mak dalam jagaan pembantu rumah  …..

Pagi ni …. aku

selepas dia bersarapan dengan bubur nasi …

Aku mandikan dia ….  shampookan kepalanya ..

gosokkan sabun di badannya … dengan deraian air mata ..

Dia tetap dengan ayatnya “tak apa …. mak boleh buat sendiri”  walaupun dengan keadaan fizikalnya yang dah tak mampu …. hatta memegang batang paip pun dengan mengigil2….

Selepas dilap badannya …..

Dengan pembantu …. kami mengangkatnya 

…. dan aku sisir rambutnya

yang sudah tinggal sejemput …… (air mataku bergenang lagi)

dan biarkan dia bersolat dhuha dengan tenang …..

MIL CA ni …… walau bagaimana keadaan pun …. dia tetap nak bersolat …

ALhamdulillah ….. solat itu adalah satu kekuatan jiwa …

Doa kami adik beradik …. mak akan kembali stabil

Ya Allah …. sambutlah doa kami  Ya Allah ….

Amin ….

16 comments:

bujal X said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

semoga nenek diberikan kekuatan~~

Cik Ina minat Do do Cheng said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Jagalah dia chik Att, MIL pun cam mak kita sendiri.Bagus makcik tengok ko ni seorang menantu yang baik, setengah orang susah nak jaga mertua.kat sini susah tak pe, nanti kat sana balasan baik menunggu.

EiJa ZaQuaN said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

amin..moga mil CA cepat sembuh..
insyaallah lebih2 lagi dijaga oleh menantu dengan baik..

cikceriacorner said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

amin..moga nenek cepat sembuh...

Kaseh said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

moga mil CA cepat sembuh dan didlm lindungan ALLAH selalu.. dan moga CA sefamily tabah dgn dugaan ini.. AMINNN...

NGINAP SRENGENGE said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

salam chit att,

Amin.....insyaallah doa dimakbulkan.

A.s.t.i.n.a said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

moga diberikan kekuatan untuk mak.. suatu ketika nanti kita juga begitu..

DrSinga said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

saya doakan..

LadyRye said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

mak mertua aku dulu lepas kami kawen 5 bulan, dia pi mekah buat umrah..

sebelum tu dia saket asma..ada hari dia sampai tak bleh bangun..

pastu nak gak pi mekah, kami semua tak bagi, sebab bimbang..

dah dia nak jugak2, last2 semua setuju dia pi dengan pak mertua aku..

last - meninggal di mekah..

sebab dia kata masa bincang-bincang tu - aku nak pi mati di sana, tak kacau anak menantu..

doa dia termakbul..

Cik Pah said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

insyaallah.. moga mil cik att sihat segera.. dan harap banyak bersabar.. menjaga org yg sedang uzur nih mmg merumitkan..

Daddy Ziyyad said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

-kalau boleh, sentiasa gerakkan anggota badan dia yang lemah akibat stroke tu..ini sebagai physio..

-berbaktilah kepada mereka, selagi hayat masih ada.

miloais said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

iols doakan moga MIL CA sihat kembali...
sedih hoccay iols baca entry CA ni...
bergenang air mata iols!

Ina said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Assalammualaikum..jagalah dia elok-elok Chik Att ye..saya pun berpengalaman jugak menjaga arwah MIL saya..tapi, arwahnya lagi teruk..memang tak leh bangun..buang air besar/kecil semua atas katil..wlaupun pakai pampers...orang tua tak sama macam baby...mmg banyak dugaan buat saya...saya dah buat yang termampu..dan saya harap chik att tabah ye..

ieda said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

salam perkenalan CA...seronok tgk gambar2 kampung dlm blog ni.
apa pun saya doakan moga2 MIL CA diberikan semula kesihatan yg baik...insyaAllah...amin.

mokwonik said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

assalam CA, moga ma in law CA kembali sihat yek!!tetiba, mokwo ingatkan mama mokwo di kampung...sobsobsob

Chik Att said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Pada semua ~ terima kasih atas doa dan pesanan. Semoga Allah sambut doa2 kita ....

Alhamdulillah .... selepas makan ubat yang baba bawa balik tadi .... ada perkembangan positif ....