Salam dan selamat pagi…
hampir 3 hari tidak bersiaran ….
kenapa ….
Keadaan MIL CA semakin membimbangkan …dan agak kritikal …
jadi pada hari Jumaat lepas … berkumpul semua 9 adik beradik baba di rumah kecil kami
dan keputusan dibuat …
akur pada permintaan MIL untuk dibawa pulang ke rumahnya …
Jadi hari sabtu lepas …. selepas CA menghantar Maid … di airport Bayan Lepas ..
MIL di bawa pulang … dengan berkonvoi …. 3 buah kereta ….
kami bersama 2 lagi keluarga abang baba …
Yang lain bertolak pulang awal pagi ….
mengemaskan rumah yang dah lama ditinggalkan…..
dan membersihkan apa yang patut …
Kami sampai semuanya dah selesai dan kemas ..
mak diangkat ke tempat tidurnya yang biasa ….
tersenyum ….. mungkin dapat balik ke rumahnya ….
Petangnya … baba bersama Pak Tam dan Pak Cik membaiki tempat mandi MIL
dan menyediakan tempat tidur beroda … bagi memudahkan pergerakan
untuk membersihkan dirinya ….
Dipanjatkan doa …. semoga ALLAH mengurniakan yang terbaik untuknya…
Ketika inilah ….. nampaklah …. betapa pentingnya keakraban dan hubungan antara adik beradik…
Alhamdulillah ……
MIL dikurniakan dengan anak2 yang begitu menyayanginya dan mengasihinya…..
kami menantu2 perempuan ni … hanya membantu …
Untuk pengurusan MIL semua dilakukan oleh anak2 lelakinya …
Sejuk mata memandang …..
Alhamdulillah ……. ternyata … dalam hidup kita ini … kasih sayang adalah segala-galanya …
Moga ALLAH melimpahkan kasih sayangnya buat kita semua…InsyaALlah ….
….. rumah ni dah tinggalkan lama…. huhuuhu … jumpa sarung ular 2 3 keping kat dalam tu ….
betul2 menyeramkan ……..(malamnya CA lari balik tidur kat umah mak … serammmm)
12 comments:
erkkk... sarung ular...gile seram..smeoga MIL sihat hendaknya...
moga MIL akak cepat sembuh dn dalam lindungan ALLAH selalu.. ermm kak..kalau ada sarung ular tu maknanya ada la dia dalam umah tu..kena hati2..
Moga ibu sihat.. melankolik momen
Chik Att..
mmg seronok lihat keakraban adik beradik...
sebabnya adik beradik suami akak pun amat rapat antara satu sama lain...
mmg bahagia lihat bila mereka bersama2....
kiranya satu Anugerah bg ibu dan bapa bila punya anak2 begitu....
mudah2an anak2 kita pun akan jadi akrab dan berkasihsayang sesama mereka....
Saya doakan yg terbaik buat your MIL.
Hati org tua, mereka lebih senang di rumah sendiri...
Bukan wang, bukan harta yang penting...anak-anak dan kaum keluarga yg menyayangi itu lah yang terpenting..kita jadikan iktibar...saya respect dgn anak2 lelaki MIL itu yg berusaha sediakan tempat mandi dan katil beroda tu semua..
semoga MIL chik att cepat sembuh..
Untung CA berpeluang berbakti kepada orang tua, wpun mertua. Tetap sama.
Dan beruntung MIL CA tu dapat anak2 yang tidak berkira, tidak berkisah...
Moga segalanya dipermudahkan.
Aminnn...
MIL CA duduk sorang ker?
semoga Allah permudahkan urusan beliau
sejuk perut dia dapat anak2 yg bertanggungjawab :)
Syukur Alhamdulillah, MIL Chik Att punya anak menantu yang sangat berbudi.
Semoga MIL sihat dan dapat menjalankan kegiatan seperti sediakala...Anak2 menantu macam ni la menjadi idaman....moga yg terbaik buat keluarga CA...tentang sarung ular tu jgn dibimbangkan...dia makhluk tuhan yg menumpang je, kalu org ada tak mau dia masuk tu...
saya doakan yang terbaik untuk mak..
ubat jangan tinggal makan ya!
baca sarung ular
alamakkkkkkk!~ iols ni dah le paling takut ngan ular
bleh termimpi kalo pasal ular ni!
my pray - agar MIL CA cepaat sembuh...
Post a Comment