PESANAN TUAN TANAH KEDAUNG ....

SELAMAT DATANG dan TERIMA KASIH pada rakan-rakan yang sudi berkunjung ke Teratak Chik Att , Sila tinggalkan jejak kalian agar dapat saya berkunjung balas ke blog anda.

Bahan di dalam blog ini boleh dikongsi tanpa kebenaran kecuali GAMBAR FAMILY DAN ANAK-ANAK SAYA .
Yang lain tu ... nak ambil ka... nak kongsi ka ... ambillah ... semoga ia dapat membantu dan memanjangkan ilmu yang ada....saya hanya insan biasa ....

Penegasan ..... komen yang tiada nama (anonymous) tidak dialu-alukan di sini. Maaf jika saya terpaksa men"delate"nya ...

Wednesday, November 7, 2012

PEMANGGANG IKAN AJAIB ….. RESEPI AYAM PERCIK YANG MABELES ….

 

Biarkan runtunan hati dan perasaan slow down …

kita cerita2 pasai makan pulak …

Ini yang best ….. kepala serabut … tapi kalau bab makan ok jeerrr

Hari Ahad lepas buat ayam percik… goggle2 resepi … sebab nak try pemanggang ajaib yang beli hari tu …

Tgk pic ni kat google….. mak aihhhh rasa telan air liur glup glup ….

CA pun ambik resepinya kat SINI ….. RESEPI.COM

Admin dia Farith Ismeth Amir … yang baca Berita Donia tuuu

Meh …CA copy paste resepinya  …

AYAM PERCIK

Bahan-Bahan:
1 ekor ayam (potong 8)
6 sentimeter halia
3 batang serai
3 labu bawang besar
2 helai daun kunyit
Ambil santan dari 1 biji kelapa

Sedikit garam dan gula
12 biji buah keras
6 ulas bawang putih
2 sm kunyit hidup
6 helai daun limau purut

Cara Penyediaan:
1.  Ayam yang sudah dipotong 8, dibersihkan. Kemudian masukkan dalam periuk bersama santan dan bahan yang telah digiling lumat.

2. Daun kunyit dikoyak-koyakkan, diramas dan seterusnya dimasukkan ke dalam periuk ayam.

3. Masak dengan api yang sederhana sambil dikacau kemudian masukkan garam dan gula secukup rasa.

4. Setelah mendidih, angkat dan sendukkan kuah yang jernih disebelah atas dan ketepikan.

5. Keluarkan ayam dari kuah yang pekat di sebelah bawah dan panggang ayam  sambil di sapu air yang jernih pada ayam.

6. Biarkan hingga ayam masak dan hidangkan bersama kuah yang pekat.

.

.

.

Seperti biasa … bab menderhaka…. tetap berlaku . CA guna ayam sebelah ja .  Buah keras tak bubuh sebab tak ada …. yang ada dah makan dek bubuk … ( nampak sangat ghajin benor masak kannnn )

DSC00513

Step no 1 ….. (rujuk kat atas )

Abaikan kuali tercantik tu …..

DSC00514

Masak sampai kering kuahnya ..

DSC00516

Gara2 terlupa …step 2… belasah ja…. masukkan daun kunyit dan limau purut

DSC00517

Buang daun kunyit ….. masukkan dalam pemanggang ajaib

DSC00518

Gunakan api perlahan …… balik-balikkan bila rasa agak2 nak balik …

DSC00519

Tadaaaaa … dah nak masak….

DSC00523

Memang sedap ….

Mudah …. silalah mencuba …. garentiiii berpuas hati …

13 comments:

azieazah said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Ajaib sungguh!Ayam tu boleh jadi sikit sikit hitam kulitnya, dan garing! ohhhh nak beli gak la!

Daddy Ziyyad said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

sana sini org bercerita pasal pemanggang ajaib ni kan..esok cuba try panggang ikan Chik Att..kalau hasilnya memuaskan, harus nak gi beli ni! hahaha

aDisH.sHidA said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

bolej la cuba...hehee

Unaizah said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Menarik resepi ni. Nanti-nanti (tak tau bila) boleh la try tp guna pemanggang mcm pembaca berita tu je.

fadzli Amir said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

heheheh...bagus2...nak try beli lah pemanggang ajaib ni...sementelah sedang makan menda2 yg sihat je sekarang ni tuk membuang lemak yg lama diternak....sekarang nak ternak otot pulak....

JunAina said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Terhangat dipasaran. Ajaib kalau balas tak leh jadi jugakkan? Ajaib kalau blink2 kejip mata terus ada ayam panggang lagi best...ahaks...

ernizz said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

pemanggang tu mmg tgh glemer skrg...kat sek sy pun ramai dh yg beli...termasuk la diri sendiri...;)))

Ibu n Abah said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

part yang menderhaka tu yang minat nak tiru...
memang leceh nak menunggu sampai masak...
thanks CA..

Faaein Talip Roy said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

perghh.. chik Att.. sedapnya.. serius. bila balik kampung.. nak cuba terai test lah.. huhuhu.. [^__^]

Rai Ourkizuna said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

urghhh...saja tempting selera pagi2 ni..

NM02 said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

best tak pakai panggang tu?

wahida said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

saya pun ada hati nak pakai pemanggang tu...Insyaallah...one day nnt...

anas0fea said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Hari ni sy nak try...dh bl.bahan.tgu balik rht nak buat...terbaik