PESANAN TUAN TANAH KEDAUNG ....

SELAMAT DATANG dan TERIMA KASIH pada rakan-rakan yang sudi berkunjung ke Teratak Chik Att , Sila tinggalkan jejak kalian agar dapat saya berkunjung balas ke blog anda.

Bahan di dalam blog ini boleh dikongsi tanpa kebenaran kecuali GAMBAR FAMILY DAN ANAK-ANAK SAYA .
Yang lain tu ... nak ambil ka... nak kongsi ka ... ambillah ... semoga ia dapat membantu dan memanjangkan ilmu yang ada....saya hanya insan biasa ....

Penegasan ..... komen yang tiada nama (anonymous) tidak dialu-alukan di sini. Maaf jika saya terpaksa men"delate"nya ...

Saturday, December 25, 2010

Dr Mahmoud Ahmadinejad

Membaca blog Dr Faisal Tehrani , saya jadi kagum sendiri. Dia amat mengagumi President Iran Dr Mahmoud Ahmadinejad … dengan menyata  idolonya  itu  “my rock star “. Saya jadi terikut menyelami gaya kepimpinan Presiden Iran ini.

Di mana saja …. dalam apa bentuk perancangan yang hendak dilaksanakan beliau akan melakukan Solat Istiqharah . Dimana saja Al Quran sentiasa bersamanya .

Kita solat istiqarah … time nak pilih jodoh saja . Al Quran ….. rajin menyelakkannya time bulan ramadan aja. Itu pun belum tentu habih khatam. Nak cepat khatam , buat cara berkumpulan …..

Beliau suka bersukan. Yang paling diminatinya bola sepak.

Dia datang lambat bersolat , jadi dia di saf belakang seperti orang lain.

Dia tunaikan haji …. seperti mana rakyat biasa menjalaninya

 

Rumah  kediamannya sederhana. Beliau mempunyai 3 orang anak 2 lelaki 1 perempuan .

Isterinya Azam al-Sadat Farahi seorang guru dan masih mengajar sampai saat ini.

Saya jumpa artikel ini di sini. Menarik tentang perubahan yang dilakukannya semasa mengambil alih kepimpinan Iran.

Jadi , pada yang berminat untuk membaca tentang beliau boleh lah ke blog Dr Faisal Tehrani . CA ni tak pandai nak mengarang ayat . Lainlah Dr Faisal ….. beliau  penulis , tentulah garapan ayat dan bahasanya lebih gramatis. Tak jemu dibaca

Bagi CA tak rugi kita berkongsi maklumat dan ilmu , kerana dunia ini hanya sementara , bila-bila masa pun kita akan dijemput pergi …

Cuma dari lubuk hati CA yag paling dalam terdetik “kalaulah kita punyai kepimpinan yang seperti ini ……. bagaimanakah wajah Malaysia??????”

Pandangan Anda ?????

Salam …… bila terluang CA kembali memasang tabir hikayat .

2 comments:

kucingorengemok said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

ada, TGNA... dan ustaz haron din kalau tak kena gam... dan ustaz ismail kamus kalau orang ijok tak pilih pemimpin hindu

Chik Att said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Hehehe .... gam depa kuat sangat . Gam besi ..... Gam Allah lagi kuat .
Org Ijok ..... nak bina bollywood ...Nak buat citer hindustan dlm ladang kelapa sawit ....