PESANAN TUAN TANAH KEDAUNG ....

SELAMAT DATANG dan TERIMA KASIH pada rakan-rakan yang sudi berkunjung ke Teratak Chik Att , Sila tinggalkan jejak kalian agar dapat saya berkunjung balas ke blog anda.

Bahan di dalam blog ini boleh dikongsi tanpa kebenaran kecuali GAMBAR FAMILY DAN ANAK-ANAK SAYA .
Yang lain tu ... nak ambil ka... nak kongsi ka ... ambillah ... semoga ia dapat membantu dan memanjangkan ilmu yang ada....saya hanya insan biasa ....

Penegasan ..... komen yang tiada nama (anonymous) tidak dialu-alukan di sini. Maaf jika saya terpaksa men"delate"nya ...

Friday, December 10, 2010

KETAYAP

Orang utara benda ni pun………
kopiah4
ketayap ….
Tapi CA bukan nak cerita pasai ketayap ni ……. CA nak cerita KETAYAP yang boleh dimakan …
sesetengah tempat ….. panggil Kuih Dadar
Tempat lain ada yang sebut …… Kuih Gulung
Kalau tempat CA … calling …..(ewahhhhh speking london skit) KETAYAP…..
Yaaa…. Cik Jah … Kak Senah … Mek Timah …. Abe Aweeee …. meh kita tengok resepinya …
Sebelum tu …… tengok gambooo yang dah jadi dulu …..
P1010895
Wahh wah …. ada yang terliur tak …..
RESEPI
Kulit Luar
1 cawan tepung gandum
2 cawan air daun pandan
1 biji telur
sedikit pewarna hijau
sedikit garam

Campur  semua dalam blender …dan  putarrrrrrr ….

INTI
P1010878
2 cawan kelapa parut
3/4 cawan gula (depand pada diri …. nak kurang manis …kurangkan gula)

Masukkan dalam periuk …dan kacau sehingga perang . Yang CA punya tu terlebih kacau …sampai hangit …..

CARA-CARA MENJADIKANNYA KETAYAP …. STEP BY STEP
Betapa gigihnya aku ….. sebelah menggolek kuali sebelah pegang kamera …….. Anak2 jangan tiru aksi ini …. karang dengan kuali-kuali tu terlungkup atas kepala…..masuk spital plak ….
P1010890
sapukan minyak pda kuali …… cantikkkan kuali CA …… hitam itu menawan kah kah kah …….
P1010891
Masukkan sesenduk bater / adunan tepung tadi ……
P1010892
Lepas tu …. digelek ….digolekk atau dilenggang ….. alaaa.. alaaaa Mak Limah Janda berjalan hahahahah ….. malam ni kat Astro Prima ada citer hantu .. Hantu Mak Limah balik rumah …. betoi ke tajuknya …. belasahhhh jaaa laaa…… CA memang tak tengok ….. Tengok citer hantu siang siang hari jaaa…… wehhhhh apa aku melalut ni ……
P1010880
Lepas tu letak balik … atas dapur …sehingga tepung yang putih tu …dah beku ….dah masak …….
P1010873
Angkat dan letakkan dalam pinggan …… kemudian letakkan intinya seperti di atas …sebanyak sesuka hati …..
P1010884
Lepas tu lipat kiri dan kanan …… nak cantik …gunakan pembaris hahahaaa…… see the picturee ….
P1010885
Kemudian  gulung …sehingga ke penghujungnya…..
 P1010901
Lepas tu ….susun ….. then ngapppp ……
Apa macam ……. rasa-rasanya boleh buatkan ….. senang ajaaa…….
Sila…..sila …… esok pagi buat untuk sarapan ….
CA …… nak tidur dah …. dah mengantuk …..
Ada ruang waktu …… CA berhikayat lagi …….

0 comments: