PESANAN TUAN TANAH KEDAUNG ....

SELAMAT DATANG dan TERIMA KASIH pada rakan-rakan yang sudi berkunjung ke Teratak Chik Att , Sila tinggalkan jejak kalian agar dapat saya berkunjung balas ke blog anda.

Bahan di dalam blog ini boleh dikongsi tanpa kebenaran kecuali GAMBAR FAMILY DAN ANAK-ANAK SAYA .
Yang lain tu ... nak ambil ka... nak kongsi ka ... ambillah ... semoga ia dapat membantu dan memanjangkan ilmu yang ada....saya hanya insan biasa ....

Penegasan ..... komen yang tiada nama (anonymous) tidak dialu-alukan di sini. Maaf jika saya terpaksa men"delate"nya ...

Tuesday, December 28, 2010

154 - LEMBU PEGANG PADA TALI , MANUSIA…..

Kenapa pepatah Melayu berkata begitu …
CA bukan nak kata kat sapa , cuma untuk renungan sesama kita .
Apabila kita berjanji … tak kiralah berjanji dengan anak ke , dengan orang bawahan kita ka ….
tunaikanlah …… Janganlah semalam cakap ya… tetiba hari ni cakap lain.
Kadang gaya kepimpinan kita akan dilihat ketika ini , ketidak percayaan akan hadir dalam hati sanubari .
Dalam apa-apa organisasi pun …
Pentadbir perlu menimbang setiap yang diutarakan oleh anak-anak buah dan buat pertimbangan yang waras tanpa memihak mana-mana pun.
Jangan kerana ….. seorang  , kita sanggup memungkiri janji yang telah dibuat di hadapan semua orang .
Jangan terlalu menyanjung seseorang , sehingga kita lupa bahawa setiap kejayaan di dalam sesuatu organisasi itu adalah hasil titik peluh semua orang.
Menjadi pemimpin yang adil adalah tuntutan Islam . Kerana setiap langkah dan tindakan kita akan dinilai  oleh ALLAH.
Putaran roda dunia …. hari ini engkau di atas , mungkin besok engkau akan di bawah.
Luahan rasa terkilan CA …… dalam melalui detik-detik masa menjadi seorang manusia dan guru.
Jangan pula bosan …… heheheheh
Ni haaaa CA tayang sikit …… pencerapan dan penggalian CA pada hari ahad lepas ….
P1020573
Tu dia ……. macam-macam jenis ada ……
Ini adalah berdekatan dengan Pangkalan Sungai Merbok .
P1020570
Haaa … inilah tiram . Rupa sebijik macam ketul batu . 1 ketul RM2.50
P1020572
Ini pulak kepah …… RM7.00 sekilo . CA beli juga , rebus cicah dengan air asam ….. manis .
ok ……. jangan jemu menjengah ke sini. Resepi …. ada lagi . Nanti CA bubuh yaa….. resepi amatur …
Kembali berhikayat … apabila ada ruang waktu …

0 comments: