PESANAN TUAN TANAH KEDAUNG ....

SELAMAT DATANG dan TERIMA KASIH pada rakan-rakan yang sudi berkunjung ke Teratak Chik Att , Sila tinggalkan jejak kalian agar dapat saya berkunjung balas ke blog anda.

Bahan di dalam blog ini boleh dikongsi tanpa kebenaran kecuali GAMBAR FAMILY DAN ANAK-ANAK SAYA .
Yang lain tu ... nak ambil ka... nak kongsi ka ... ambillah ... semoga ia dapat membantu dan memanjangkan ilmu yang ada....saya hanya insan biasa ....

Penegasan ..... komen yang tiada nama (anonymous) tidak dialu-alukan di sini. Maaf jika saya terpaksa men"delate"nya ...

Friday, December 24, 2010

BUBUR ASYURA

P1020561
Petang ni CA buat bubur Asyura .  Try resepi  di sini. Alhamdulillah menjadi . Thank (Raihan)  tuan empunya resepi .Cuma CA gandakan 1 kali nak bagi dapat banyak . Hehhe .. dah tu , .Yooo lah kan…. tak kan lah nak makan sorang. Bagi kat jiran sebelah , jiran depan , jiran atas …. jiran sekole ….. jiran sekawah … heheheheh …CA oterrr sikit. Mana bahan yang tak minat , CA tak bubuh . Menderhaka sikitlah ….. Janji sukatan tepung dgn sukatan santannya betul …..
ini resepinya …… ini Bubur asyura utara.
Bahan-bahannya …
3 cawan kacang hijau – direndam dan direbus
1  sagu biji – direndam sebentar
2  ketul gula melaka 
2 cawan gula pasir (ikut rasa manis)
garam
8 cawan santan
2 cawan tepung beras
1 senduk  sudu besar tepung gandum
1 helai daun pandan diikat  
1 biji keledek – dipotong dadu dan direbus sebentar . Agak2 nak empuk 
1 tin jagung krim
4 biji pisang awak masak dihiris 1/2 sm
CARA-CARANYA ( ni kira menderhaka dari tuan resepi )
Campurkan tepung + santan + gula + gula melaka – kacau sehingga tidak berbintil. Gula Melaka tu lambat sikit. Kalau berketul tak apa.Dalam kuali nanti dia akan cair.
Masukkan ke dalam kuali
Masukkan daun pandan
Api sederhana ….
Masak sebentar …. sambil kacau
Masukkan kacang , sagu , jagung , garam (agak2 lah)
P1020546
Agak sudah pekat , masukkan pisang dan keledek.
Kacau sehingga nampak berkilat.
P1020559
Jika tak berapa nak tahu nak test masak ke idak . Ambik sudu …. rasa . Kalau belum masak. Dia akan rasa tepung.
Tuang dalam bekas yang dilapik daun pisang. Biarkan sebentar… dia akan beku.
CA ….. masa angkat tu ….dah bedal …. hangat-hangat …sedap .
Tadaaaaa….. dah siap …..
P1020563
emmmmm sedap ……
Ok jumpa lagi …….

2 comments:

NGINAP SRENGENGE said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

salam chit att,

resepi ayah kena ada serai dan lengkuas.......lepas tu bila dah keras ditabur dengan serbok beras pulut yang digoreng.

cuba tengok resepi ni.

wassalam.

Chik Att said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

wsalam Ayahanda ,

Yaa .... saya pernah rasa asyura yang org Baling buat. Sdap .
Bila-bila try resepi tu pulak .....