PESANAN TUAN TANAH KEDAUNG ....

SELAMAT DATANG dan TERIMA KASIH pada rakan-rakan yang sudi berkunjung ke Teratak Chik Att , Sila tinggalkan jejak kalian agar dapat saya berkunjung balas ke blog anda.

Bahan di dalam blog ini boleh dikongsi tanpa kebenaran kecuali GAMBAR FAMILY DAN ANAK-ANAK SAYA .
Yang lain tu ... nak ambil ka... nak kongsi ka ... ambillah ... semoga ia dapat membantu dan memanjangkan ilmu yang ada....saya hanya insan biasa ....

Penegasan ..... komen yang tiada nama (anonymous) tidak dialu-alukan di sini. Maaf jika saya terpaksa men"delate"nya ...

Wednesday, December 29, 2010

152 - NOSTALGIA

Tetiba jaa….. terkenang zaman kecik-kecik dulu .
La ni musim hujan … sejuk jaaa suasana
Mata pun stim ja…
nak bergerak pun malas .
Apa laa…. tadi nostalgia …. dok citer pasai hujan plak ..
Orang baru kawin suka lah time hujan ni … sejuk heheheheheh (18sx)
kkk…..Lihat gambar di bawah (macam soalan periksa pulak )
1976[5]
Ni yang nostalgianya …..Gambaq CA masa taun 1976.Kalau tak silap.
Agak2 yang mana CA yee?
Yang comel tersengih tu laa…….
Masa ni ada 6 orang , yang lagi dua belum lahir lagi .
CA ni ada 2 mak , yang  berdiri belakang ayah tu ….(kesian dekat ayah , makhluk mana la yang gi toreh muka dia jadi macam tu)
Ayah CA ni tegass ….
Tapi Alhamdulillah …. ketegasannyalah telah menjadi kami 8 beradik jadi insan . Kalau dia tak tegas tak tahu laa….
Dalam keluarga CA ni …. 8 beradik kami semua berkecimpung dalam arena perguruan .
Dah tu bila jumpa …. apa lagi critanya ….. hai sekooolahhh aja…
Yang 6 orang bertemu jodoh dengan cikgu juga .
Cuma CA ngan adik yang bongsu … jodoh dengan orang kapal terbang .. hahahahah ganas kooo Senah  bahasa … perlambangan tu …..
Bukan bawa kapal terbang … cuci tayar kapal terbang jaaa……
Bila di telek telek ….. Ayah CA ni kan … hansem gak .. heheheheh (kalau sebut depan dia mau kembang kempih idung )
Macam hero hindustan .. kah kah kah …..
Sebab tu …. leh sangkut sampai 2 sekali ….
Walaupun kami 8 beradik berlainan ibu , keakraban kami seperti seibusebapa…. tak ada perbezaaan.
Seperti dibesarkan di dalam sebuah rumah …. lagipun jarak antara rumah kedua-dua ibu tak jauh. Satu kampung saja.
Dulu masa kecik2… kami boleh sesuka hati nak tidur rumah mak mana … Bestkan …
Terkenang dulu-dulu …..
102_0597
Ni gambar raya tahun 2009 ,
2010 … raya rumah mentua … talakkk gambaq .
.Ada 3 beradik ja dalam ni … tu pun penuh ruang …
Kalau semua … tak muat rasanya ruangan umah Mak CA ni …
Tengok ….. Ayah still diapit oleh kedua-dua bonda kami .
CA … undur diri dulu … nanti kembali berhikayat ….

0 comments: