PESANAN TUAN TANAH KEDAUNG ....

SELAMAT DATANG dan TERIMA KASIH pada rakan-rakan yang sudi berkunjung ke Teratak Chik Att , Sila tinggalkan jejak kalian agar dapat saya berkunjung balas ke blog anda.

Bahan di dalam blog ini boleh dikongsi tanpa kebenaran kecuali GAMBAR FAMILY DAN ANAK-ANAK SAYA .
Yang lain tu ... nak ambil ka... nak kongsi ka ... ambillah ... semoga ia dapat membantu dan memanjangkan ilmu yang ada....saya hanya insan biasa ....

Penegasan ..... komen yang tiada nama (anonymous) tidak dialu-alukan di sini. Maaf jika saya terpaksa men"delate"nya ...

Wednesday, December 22, 2010

TART TELUR

Emmmm …. lama tak menjenguk . Sibuk …bizi bizi ….. tak pa kita tak yah cerita pasai bizi bizi keja ni . … Meh kita cerita pasai makan …… itu yang paling best ….
tadaaaa……


Tart teloq ni ….. sebenarnya dah lama buat. Classmate CA yang ajar. Dia dah sifu dah …. mana taknya , tiap2 hari dok buat benda ni ….. banyak tempahan yang dia dapat. Mengambil kesempatan masa dia datang  kat umah …. CA mintalah dia tunjuk ajar ….. emmmmm Alhamdulillah menjadi ….
Meh kita tengok bahan-bahannya dulu
Bahan untuk Crust
250gm butter ( dia cakap …. dia guna margerine ja ….. cap pelangi – org meniaga )
1 biji telur
secawan gula
500gm tepung gandum (CA guna tepung rose)
1 sudu kecil vanila .

Bahan untuk Filling
1 1/2 cwan gula
2 cawan air (boleh dikurangkan …. jika nak keras sikit )
1 cawan susu segar (bedal jaa laah nak guna susu apa , bancuh susu anak pun boleh)
Sedikit tepung kastad (dlm 1 sudu besar)
1 sudu kecil vanila
1 sudu tepung jagung
- Bahan-bahan dicampur semua kacau sehingga hancur dan sebati

CARA-CARANYA
 
Pukul butter dan gula hingga kembang . Dia guna senduk kayu jaaa ……
 
Masukkan telur …..pukul sikit lagi …. dan masukkan vanila
 
Masukkan tepung ….

Gaul rata dan uli jadi doh. 

Sapu acuan dengan sedikit butter , untuk elakkan ia melekat.
Ambil sedikit tepung dan tekankan ke dalam acuan …
 
Potong lebihan tepung ….
 
Tadaaaa … dah siap kulit dia ….
sekarang kita nak masukkan filling dia tadi.
 
Aturkan dalam try … masukkan filling telur tadi …… agak-agaklah banyak mana nak letak ..ikut kehendak hati.
Then bakar .
Suhu 180c , 20 –25 minit. Depend pada oven anda . Kalau oven CA 20 minit ja.
 
Biarkan sebentar … bagi sejuk .
Untuk keluarkan ia dari acuan , Bila dah kurang sikit kepanasannya , agak boleh peganglah  , terbalikkan acuan dan ketuk2 punggungnya dengan sudu …… tart tadi akan longgar dan keluar dari sarangnya.
Lepas tu ….. apa lagi ngap ngapppp lah ….. emmmmm sedap..
Silalah cuba ….
Ok …… CA undur diri dulu …. nanti kembali berhikayat ….

5 comments:

Normah said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

assalamualaikum..saya normah...saya nak mintak resepi ni leh??..menarik je..leh la wat makan2..

Chik Att said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

sila sila ......

su said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

dlm resipi ni takde pun kat part filling tu jumlah biji telur yg perlu dimasukkan...:)

lieee_76 said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

kami pun nk mtk izin empunya blog nk copy resepi...nk masak untk ank2.:)

Mekar said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

xde telur pun dalam bahan2 filling :-o