PESANAN TUAN TANAH KEDAUNG ....

SELAMAT DATANG dan TERIMA KASIH pada rakan-rakan yang sudi berkunjung ke Teratak Chik Att , Sila tinggalkan jejak kalian agar dapat saya berkunjung balas ke blog anda.

Bahan di dalam blog ini boleh dikongsi tanpa kebenaran kecuali GAMBAR FAMILY DAN ANAK-ANAK SAYA .
Yang lain tu ... nak ambil ka... nak kongsi ka ... ambillah ... semoga ia dapat membantu dan memanjangkan ilmu yang ada....saya hanya insan biasa ....

Penegasan ..... komen yang tiada nama (anonymous) tidak dialu-alukan di sini. Maaf jika saya terpaksa men"delate"nya ...

Thursday, December 23, 2010

MASAK LEMAK CILI API REBUNG DENGAN UDANG

Pagi ni … tak ke mana-mana .
Lamanya tak masuk dapur.
Asyik makan masakan chef import jaa…
Keluar kat kedai depan … jumpa rebung …ahhhhh sedap ni buat masak lemak cili api ..
Beli udang …. Maka hari ni menunya masak lemak cili api rebung dengan udang
P1020526
Mehhh kita masak …
Rebung jeruk  tu …. agak-agaklah banyak mana yang dikehendaki . CA guna 3 batang yang panjangnya sejengkal tangan kita . Nak ukur ngan pembaris , karang orang kata gila pulak. Hiris nipis-nipis. Rebung ini agak berbau . Jadi cara CA … CA rebus dulu 3 kali , maksudnya rebusan pertama , sudah mendidih . Buang air dia , masuk air baru. Rebus lagi sebanyak 3 kali . Yang ke-4 tu CA masukkan sedikit gula. Dah boleh dimasak. Baunya pun dah hilang.
TAk percaya , cuba buat . Memang tak ada bau .
Masak lemak ini stail CA lah ringkas jaaa …..
BAHAN-BAHANNYA
Rebung – sebanyak 3 tukil ukuran sejengkal jari manusia … heheheh
Udang – agak2lah . CA guna dalam 12 ekor udang sedang-sedang  saiznya.CA buang kulit senang makan. Tapi kalau tak buang lagi manis ….
Kelapa – RM1 diblender dlm ukuran airnya, setengah blender tu jaa. Kalau di blender … pekat sikit .Tak yah teruk2 perah.
1 batang serai
1 heli daun kunyit – CA tak bubuh kali ni . Pokok kunyit dan mampus … hehehehe mana taknya asyik ambik jaaa…
Bahan untuk ditumbuk .
15 biji cili api
7 labu bawang merah
seruas kunyit hidup

CARA-CARANYA
Masukkan bahan yang ditumbuk tadi ke dalam periuk campurkan sedikit air . Masak sebentar.
Masukkan santan + serai + daun kunyit
Masukkan rebung.
Masukkan udang .
Masukkan garam secukup rasa .
Asam keping (ini pilihan …. nak bubuh boleh , tak bubuh pun tak apa … tak berdosa)
Kacau …. untuk elakkan santan berketul , Dah mendidih … angkat …
emmmmm dah boleh soruuuuu
Tadaaaa…..
P1020531
Sila … sila …
Nanti CA kembali lagi berhikayat  …. bila ada waktu ..

2 comments:

jan said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

chik att, kalau aku masak, tak rebus dah rebung jeruk (masam) tu, cuci bersih2 terus masuk dlm kuah ja, bau dia yg ....... tu yg buat lagi sedap. kadang2 aku cuci2 bersih, potong2 dan buat ulam saja. sedap chiiiiikkkkk.

dette said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

y8h28a1s49 r6s03r7f77 v9s11u5g73 v6q71f5u18 w6i36z4m34 b0i88r4d35