PESANAN TUAN TANAH KEDAUNG ....

SELAMAT DATANG dan TERIMA KASIH pada rakan-rakan yang sudi berkunjung ke Teratak Chik Att , Sila tinggalkan jejak kalian agar dapat saya berkunjung balas ke blog anda.

Bahan di dalam blog ini boleh dikongsi tanpa kebenaran kecuali GAMBAR FAMILY DAN ANAK-ANAK SAYA .
Yang lain tu ... nak ambil ka... nak kongsi ka ... ambillah ... semoga ia dapat membantu dan memanjangkan ilmu yang ada....saya hanya insan biasa ....

Penegasan ..... komen yang tiada nama (anonymous) tidak dialu-alukan di sini. Maaf jika saya terpaksa men"delate"nya ...

Friday, December 10, 2010

KENDURI LAGI …

Semalam pengantin baru datang ke Penang . Honey moon kot…… Nak singgah makan tengah hari di rumah . CA … dah ada dalam kereta . Jadi meraikan pengantin …CA bawalah makan kari kepala Ikan Khalel kat Gurney Drive ja. Pilihan tempat pun ….. mudah untuk sampai …. dan mudah untuk keluar . Bukan tak nak pergi ke Hamidiah kaa…. Kapitan kaaa… tapi time-time … tengah hari ni …… parking … memang menyesakkan jiwa dan kalbu .

Lagi pun ….. CA pun tengah kekacauan jiwa dan raga …. haaaaa …. bahasa mak kau …..

Pukul 5 ada presentation tesis depan Dr Siti. Aku ni bersedia pun belum ….. bakal kena tembak ngan mesingun…. dommm bommmmm bommmm laaaa……Entah-entah Dr Siti …dah siapkan torpedo ……. tembak sampai hancur … kah kah kahhhhh ……

Ingat nak ajak jaaa dia orang pekena kari kepala ikan kat Pen Mutiara …..

16842_1352628465411_1522403061_30935035_396886_n

Alahaiiii …… diaorang tentu tak tau jalan ….. jadi belasah kat Khalel jaaa laahhh … Not bad laaa…. Kata adik Ipar sedap . CA ni ….. dah muak dah ngan kari nasi kandar mamak ni …… dah selalu sangat . Bagi orang yang sekali sekala makan memang sedap. CA ….. dok kenang kari kepala ikannn nuuuuu di Gombak nunnnn ….. emmmmmm sedapppp …..

Tu laaaa…. orang kata ….. yang depan mata tak nampak , yang jauh di kenang ……

Dah cerita pasai pengantin mehhhh … kita tengok …..  pic yang CA ambik masa kenduri tempoh hari ….

Di kampung CA , amalan gotong royong masih kekal dan utuh …Alhamdulillah . Kenduri kendara masih bergotong royong ….. tak ada lagi yang tempah  catering .

P1010949

Di dapur ….. kaum hawa sibuk dengan menu air asam dan acar rampai ….

P1010982

Di kedohok (sebutan org kedah) tempat masak . Tengok ….. masak masih guna kayu api …. jadi aromanya masih original …

P1010981

Gulai Kambing campur umbut pisang …… sedap ….

P1010983

Tukang bancuh air , sengih sampai telinga , yang tukang rasa tu … gamaknya 1 baldi …. paaa rasa …

Kacau ……. guna pelepah kelapa jaaaa……. kreativiti orang kampung …. jimat belanja …

P1010992

Makan secara berhidang … The simple menu … tapi memang mabeles duoploh  kali ….. Hingga menjilat jari …… dan siku ……

Ayah CA masih mengekalkan cara berhidang . Tak nak dia dengan stail buffet. Katanya …… orang malas saja buat buffet ….

Kita ni nak yang senang …. tak payah nak susah-susah ….. hehehehe malas sama ……

Kalau buffetkan senang ….. bsuh pinggan makan jaaaa…..heheehheee

Bolehlah ……. borak dengan sedara mara sampai terbalik kusi meja …… kah kah kah …… masa time kenduri ni lah nak jumpa sedara mara yang jauh2….. ada yang dah berpuluh tahun tak jumpa…… bukan tinggal jauh pun … kat kg sebelah jaaa….. Kak Tipah tu duduk …. heheheheheh ….

P1020003 

Bagi dia , tetamu ni kena layan . Bagi makan puas-puas . Tak cukup lauk …. tambah. Minta aja kat mentara …..

Jadi memandangkan makan secara berhidang , kami adik beradik ni …. terpaksalah pasang kuda-kuda lebih skit ….. siapkan ubat sakit urat , minyk panas …… habuan malam nanti ……..

Itulah pertembungan pemikiran golongan tua dan golongan muda …….

K…. CA berenti dulu …. nanti smbung berhikayat kembali …. bila ada ruang masa …..