PESANAN TUAN TANAH KEDAUNG ....

SELAMAT DATANG dan TERIMA KASIH pada rakan-rakan yang sudi berkunjung ke Teratak Chik Att , Sila tinggalkan jejak kalian agar dapat saya berkunjung balas ke blog anda.

Bahan di dalam blog ini boleh dikongsi tanpa kebenaran kecuali GAMBAR FAMILY DAN ANAK-ANAK SAYA .
Yang lain tu ... nak ambil ka... nak kongsi ka ... ambillah ... semoga ia dapat membantu dan memanjangkan ilmu yang ada....saya hanya insan biasa ....

Penegasan ..... komen yang tiada nama (anonymous) tidak dialu-alukan di sini. Maaf jika saya terpaksa men"delate"nya ...

Thursday, December 23, 2010

NASI GORENG SEMPOI

Nama pun sempoi . Menunai kehendak tekak anak bujang CA , si Ariff. Susah benar nak makan . Malam ni , nak nasi goreng.  Maknya pun bukan ghajin sangat . Buat yang sempoi2 dah la. Area umah CA ni banyak kedai makan , tapi tekak ni dah tak jalan dah …….Meh layan nasi gorang CA malam ni …
P1020534
BAHAN-BAHANNYA  - belasah ja apa yang ada dalam peti sejuk .
secekak ikan bilis – digoreng garing
Nasi putih
Bahan tumbuk :-
1 biji cili merah – nak pedas tambah cili api. Kat umah ni … pedas-pedas tak jalan.
3 biji bawang merah
belacan
ikan bilis – sedikit
-Tumbuk semua hingga lumat dan terus tumiskan ke dalam kuali .
- Agak dah garing cili tu , tolak tepi sikit . Masukkan telur …. kacau-kacau bagi hancur dan gabungkan dengan cili tadi.
-Masukkan nasi , garam , sayur-sayuran (apa aja – bedal ja) dan ikan bilis goreng tadi. Kalau ada ikan goreng , ambil isinya masukkan sekali.
- Gorenglah sampai lama mana yang dikehendaki .
Hidangkan …… makan dengan teh 0 panas . Wowww …… terbang diet malam ni …
P1020535
Ok…. selamat malam . Nak masuk tidur dah … Malam ni malam jumaat .. heheheheheheh ….

0 comments: