Sekolah saya telah mengadakan perkhemahan selama dua hari. Hari ini pelbagai aktiviti telah dijalankan. Saya telah mengambil bahagian dalam acara memasak. Saya dan kawan-kawan telah memasak kurma ayam dan sayur kobis. Hati saya sungguh gembira walaupun kaki saya sakit dan tekak saya perit kerana terpaksa menjerit , memastikan tiada rakan-rakan saya yang terbakar dan membakarkan diri mereka.
Saya sedih apabila melihat kumpulan sebelah saya yang masak kailan ikan masin dan akhirnya mereka menjamu sayur itu kepada tanah. Itulah sebabnya tiada kerjasama . Kalaulah mereka pakat-pakat pegang kuali tu seorang sedikit , tentu kepanasan kuali iti dapat dikongsi sorang sedikit dan ia takkan tertiarap ke tanah.
Ada satu kumpulan memasak ayam masak cabai. Ayam mereka hangus kerana semua ahlinya melayan dan membantu melariskan ais krim apek yang datang jual di tepi pagar sekolah .
Disebabkan kayu api basah . Mak cik guard telah membantu kami membeli petrol . cIkgu Anuar telah menolong untuk membakar kayu-kayu itu sehingga dia telah terbakar tong petrol itu sendiri. Kami menjerit …. kerana kami suka api yang besar .
Selepas tamat. Saya pulang ke rumah .Saya letih . Saya pun tidur.
saya berharap tahun depan sekolah akan memilih saya lagi untuk menyertai perkhemahan ini.
Sekian terima kasih . I Luv u cikgu ….
Inilah kawan-kawan saya ….
10 comments:
best!
mudo2 kawan2 anda....:)
comel dan mudalah kawan chik Att.seronokkan berkhemah,aktiviti ni cik ina suka sangat.release tension.
Masa baca mula-mula dok bayang Cik Att yg pi camping. Dah habis baca baru masuk kepala laaa...anak Cik Att kot yg pi camping.
best nya ada kawan2 bawah umoq kan?
boleh awet muda tuh!
keta dah kering lom? hihihi...
@Dr. Ben
happening gilaa...
@lieynanilaz
ai mudee lagi tauuu...
@Cik Ina Do Do Cheng
hahaha seronok tapi tension .... depa yang masuk bertanding memasak , kita yang nak pengsan tolong depa.....
@Unaizah
aiii yang camping tu ... ai yang peserta yang paling mudee sekali tau ...
@Queenie
hahahahah keta dah kering. 2 hari jemur .... heheheh... telinga pun kembang ke leter ....
Post a Comment