PESANAN TUAN TANAH KEDAUNG ....

SELAMAT DATANG dan TERIMA KASIH pada rakan-rakan yang sudi berkunjung ke Teratak Chik Att , Sila tinggalkan jejak kalian agar dapat saya berkunjung balas ke blog anda.

Bahan di dalam blog ini boleh dikongsi tanpa kebenaran kecuali GAMBAR FAMILY DAN ANAK-ANAK SAYA .
Yang lain tu ... nak ambil ka... nak kongsi ka ... ambillah ... semoga ia dapat membantu dan memanjangkan ilmu yang ada....saya hanya insan biasa ....

Penegasan ..... komen yang tiada nama (anonymous) tidak dialu-alukan di sini. Maaf jika saya terpaksa men"delate"nya ...

Wednesday, May 23, 2012

CUP CAKES DENGAN BUTTER CREAM AISING

 

DSC00099

CA ni tak lah pandai ambik gambaq cantik2..

Guna pun kamera cap ayam saja..

Ni resepi  mudah  Cup cakes dari resepi butter cup cakes yang biasa CA buat …

resepinya … dari orang lama …

 

CUP CAKES  (30-35 cup)

250 gm mentega (depend nak guna butter ka margerin)

200 gm gula kastor ( CA guna dalam 180 saja )

250 gm tepung gandum + 1 susu the baking powder (CA guna self raising flour)

4 biji telur

2 sudu susu pekat

colour (terletak kat diri sendiri )

 

1. Pukul mentega dan gula sehingga kembang – jangan terlalu kembang .

2. Masukkan telur …. pukul sekejab ..

3. Masukkan tepung gandum  - kaup bagi sebati masukkan susu pekat . Kalau nak letak kaler boleh .Suka hati .

4. Gunakan skop ais krim. skopkan penuh ….cukup untuk 1 acuan cup cakes. Bakar dalam 180f – dlm 20 minit .

 

AISING  ( boleh aisingkan lebih kurang 80 cup cakes … depand pada deco)

500 gm krimweal

500gm  shortening

100 gm butter (CA letak … tak letak pun tak apa)

350 gm gula aising – rasa  dan agak2 manis yang setakat mana kita mahu.

Vanila

 

1. Masukkan semua dalam mangkuk . Pukul hingga kembang . Bahagikan ….. dan  letak kaler yang mana suka …

 

DSC00093

DSC00102

10 comments:

Queenie said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

selamat datang ke dunia kapkek cikgu...ini macam kalu, akak kena mengajor kat sekolah la plak hak3..

LYAfrina said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

wah..cntik la

Chik Att said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

@Queenie

hahahah ..... meh kita tukaq profesion . Nyata ... nasi beriyani .. kak Q dapat kat saya ..jadi bubur kanji heheheheh ...

Chik Att said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

@LYAfrina

dalam gambaq jaa...

Kakcik Seroja said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Cantiklah cupcakes tu. :)

CtAyue said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

cantiknye... :)

Dr K said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

saya selalu tgk wife saya buat...tak pernah terfikir nak try buat! ahaha

miloaiskurangmanis said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

sedapnya...

iols ni kan... ornag bagi resepi - iols baca aje
sebab - iols tak reti buat cakes-cupcakes bagai ni...

lieynanilaz said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

CA boleh turunkan ilmu kat anak2 murid...nampak mudah!!

aDisH.sHidA said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

cantik nya....tak pernah pun wat deco2 cupcakes nie....nak amik resepi la..nanti leh cuba