PESANAN TUAN TANAH KEDAUNG ....

SELAMAT DATANG dan TERIMA KASIH pada rakan-rakan yang sudi berkunjung ke Teratak Chik Att , Sila tinggalkan jejak kalian agar dapat saya berkunjung balas ke blog anda.

Bahan di dalam blog ini boleh dikongsi tanpa kebenaran kecuali GAMBAR FAMILY DAN ANAK-ANAK SAYA .
Yang lain tu ... nak ambil ka... nak kongsi ka ... ambillah ... semoga ia dapat membantu dan memanjangkan ilmu yang ada....saya hanya insan biasa ....

Penegasan ..... komen yang tiada nama (anonymous) tidak dialu-alukan di sini. Maaf jika saya terpaksa men"delate"nya ...

Saturday, November 27, 2010

FROM TAIPING WITH LOVE- PART II

RASYID ASMAWI

Dulu dulu punya katun bestkan. Ada juga …. sekali sekala … di usia tua ni ….. CA selak2 majalah katun …. Rasa dah tak kelakar macam dulu . Mungkin dah tak sesuai dengan usia kot … dah tua ….no ..

Sambungan kisah semalam , Selepas Zoo kami ke Taman Tasik Taiping , puas keliling cadang nak lepak tepi tasik ….. tapi jalan masuk di tutup ….Last2 … belasah ja …. tempat yang dekat dengan parking kereta.

P1010812

Mak mak dah tak angkat kepala…..

P1010829

Ashraff …… menikmati juadah ….dengan berselera  …

P1010857

Little Aqilah …… pantang di halakan lensa ….

P1010837

Dara-dara …… cucu Hj Salleh , Athirah , Aqilah , Afifah dan Izzah …. sweeett…

P1010833

 

Salman dan Ariff …….

P1010860

Bersatu teguh ……. bercerai ……

P1010843

Tentunya …My pengarang jantung ……Aisyah ….

Friday, November 26, 2010

FROM TAIPING WITH LOVE (PART I)

fromtapingwithlove-1

Terkenang Cerita ni …. masa kecik2 dulu dalam Majalah Gila-Gila. Mengekek ngekek gelak. Dulu mana ada duit nak beli selalu. Dah tu …. pinjam la kat geng yang selalu beli . 

Baru-baru ni CA bawa anak2 ke Zoo Taiping . Abang dari Alor Setar datang rumah . Dia nak bawa anak2 ke zoo ….. kami pun ngekor lerr sama. Abang yang seorang lagi pun ikut. Seronok pegi ramai-ramai ni…..  Tak lah rasa letih sangat nak berjalan ….

102_7644

Aisyah dengan baba ….. menunggu nak naik train …..

102_7653

Rombongan Che Tipah …….

102_7770

Sian kat Unta ni ….. dah tak larat bangun CA tengok. Mungkin tengah pikirr……. bila la…. aku dapat tengok padang pasir balik …… asyik2 hijau jeee keliling ni …..

P1010656

Pernah ada budak tanya CA …. Kenapa Zirafah tak boleh makan ? Macam mana nak jawab ….. Tak dijawab ….. dikata cikgu bangang bebenor…….

Hehehhehehe ….. “ cuba kamu pikir ….. cam no lerrr  nak rebahkan Zirafah tu …. time nak sembelih “… jawabannya cari sendiri lerrr…

102_7775

Yang  CA kenal …inilah rusa … tapi yang kat bawah ni ….

P1010667

Dok cari juga macam mana rupanya …… tuan empunya nama tak ada ….. signboard ja yang ada….

P1010692

Dah nak pancit ni …… tak larat berjalan dah …..

P1010756

haaaa…… diaorang ini yang paling menarik pandang CA …… comeee comeeee …. boleh buat  kalendar …

ada satu lagi ….

102_7809

hah… tu …. binatang pun pandai …. ..

Dah habis menjelajah ….. kami singgah di Taman Tasik Taiping ……  next entry …CA masukkan ….

Tuesday, November 23, 2010

IKAN KELI HALAL & HARAM

Info ini CA dapat dari rakan di facebook , http://www.facebook.com/kongsiresepi/posts/1609421248380 ,CA sendiri tak dapat nak pastikan kebenaran dan keesahannya , Jika benar ,  semoga dapat menjadi panduan buat kita semua . Kadang-kadang banyak sangat makanan syubahah dalam kehidupan kita ….

Dalam CA mencari2 gambar ikan keli untuk update di sini , jumpa plak cerita ni …. bacalah disini http://wanmus.com/jangan-makan-ikan-keli.html

4413992604_d05e59656f

info ini mungkin berguna sewaktu anda hendak membeli ikan keli dipasar @ dmana2..


Perbezaan ikan keli memakan bahan haram dan halal


HARAM
(Ikan yang diternak orang bukan Melayu diberi makan perut ayam, bahan
buangan, bangkai dan organ dalaman babi. Semua benda itu tidak halal
untuk umat Islam)
· Kepala berbentuk 'V'
· Bentuk badan mirip torpedo
· Badan berwarna hitam berkilat
· Bahagian bawah badan berwarna putih melepak
· Bahagian antara bawah kepala dan badan berwarna kuning
· Apabila digoreng akan meletup kerana banyak lemak


HALAL

(diberi makan palet halal iaitu campuran beras hancur, tepung ikan,
kepala ikan bilis, minyak sawit, bahan buangan kelapa sawit, kiambang
dan vitamin)
· Kepala berbentuk 'U'
· Bentuk badan tirus
· Berwarna hitam kelabu dan tidak berkilat
· Bahagian bawah badan berwarna putih kelabu
· Tiada warna kuning kelihatan di bahagian antara bawah kepala dan badan
· Digoreng tidak meletup


Jadi info ini mungkin berguna sewaktu anda hendak membeli ikan keli dipasar.

Masakan ikan keli yang sering menjadi pilihan kita ….

images (3) images (4)

images (5) images (6)

images (7) images (8)

images (9) images (10)

Tu dia ….. memang … meleleh …

Pada tuan-tuan punya pic … yang CA ambil dari Encik Gugeell ….. maaf  ambik tanpa izin dan terima kasih yaaa ….

CA memang suka ikan keli ni …..tambahan kalau digoreng garing-garing ….

Tapi bagi kami , orang bendang dari negeri jelapang padi ni ….. lebih suka ikan yang dijala atau dikail sendiri di sawah atau tali air….

102_1484

Baba …… dengan jalanya ….. aktiviti CA ngan husband bila lapang ….

Saturday, November 20, 2010

Cream Well & shortening

Ada yang bertanya pada CA apa benda cream well tu. Selepas CA letakkan entry butter cream tak lama dulu. CA ni sebenarnya bukan pandai pun tentang baking membaking ni . CA pun main hentam saja , pas tu tanya pada kengkawan….. try buat …Alhamdulillah menjadi. CA juga selalu cari dalam internet. Yang selalu CA jalan-jalan makan angin kat Myresepi , Blog kengkawan yang ghajin masak dan fotopages. Yang pasti …. selalunya entry yang dimasukkan ke dalam web , adalah hasil buatan dan percubaan tuanpunya web tersebut. Jadi adalah keesahan dan ketelusannya . Adalah keyakinan diri , nak buat tu ….. Kat majalah selalu sangat terkena. Dalam gambar bkan main cantik , sekali buat ….. lain jadinya …..

Melalutlah pulak …..

Tentang cream well ni ….. CA pun cari juga … jumpalah info kat sini …http://raiyanz.blogspot.com/2009/03/research-krimwell.html  jadi CA mohon izin … CA copylah kat sini. Rasanya … ilmu ni tak rugi kalau dikongsi bersama .

P1010583

Apakah 'krimwell'? Tekstur dan warnanya adalah seperti lemak sayuran (vegetable shortening). Sama seperti tekstur marjerin tetapi berwarna kuning pucat. Ia tidak perlu diletakkan di dalam peti sejuk dan selalu dijual di dalam bekas plastik lutsinar yang bertutup kemas. Krimwell juga dikenali sebagai creamwell dalam bahasa Inggeris. Salah satu jenama lain yang popular adalah marvello (sekitar awal 1990-an).

Krimwell yang agak keputih-putihan memudahkan aising diwarnakan. Anda boleh gunakan warna biasa atau esen di dalam botol. Hanya beberapa titik diperlukan. Bila membahagikan aising, pastikan secukupnya saja kerana anda boleh menambah lagi jika perlu. Sekiranya gemarkan aising yang manis, boleh tambahkan gula aising.

Saya telah men 'google'kan bahan ini dan tiada satu pun memberi jawapan yang tepat dari segi status halalnya. Akhirnya saya terjumpa berkenaan krimwell dari blog chef Norzailina (http://norzailina.blogspot.com) dimana

KRIMWELL keluaran Lam Soon Edible Oils (ISO 9001:2000) dengan Logo HALAL yg diiktiraf Kerajaan Malaysia mencatatkan bahan seperti berikut (pada kotak asal/packaging):
minyak kelapa sawit, minyak isirong kelapa sawit, pecahan minyak sawit, minyak bunga matahari, air dan garam, kondisioner makanan, bahan perisa, bahan pengawet dan antipengoksida yg dibenarkan.
Dlm Bahasa Inggeris:
palm oil, palm kernel oil, palm fraction, sunflower oil, water & salt, permitted food conditioners, flavouring substances, preservatives & antioxidants.

P1010584

Ini pula shortening atau pu lelemak sayuran . infonya CA dapat dari sini http://resipidiana.blogspot.com/2006/09/apa-itu-shortening-lelemak-sayuran.html

Shortening atau lemak sayuran mengandungi 100% lemak sayuran (ada juga dari sumber haiwan) yang beku pada suhu bilik. Bila kita membuat pastri dan menggunakan shortening ia akan menghasilkan pastry yang flaky (berlapis) hasil penggunakan lemak sayuran yang telah dilapis dengan tepung.
Bila membuat biskut shortening selalu dipukul bersama gula supaya ia dapat memerangkap udara dan dapat menghasilkan biskut yang ringan.
Shortening juga bertindak sebagai bahan yang dapat menyatukan bahan-bahan yang berminyak dan juga bahan-bahan cecair supaya ia dapat bersatu dan sebati dengan sempurna.

 

Jadi CA harap info ini dapat membantu rakan-rakan semua .

 P1010612

Cup cakes yang dihias menggunakan buttercream coklat ….. CA buat semalam , resepinya ….http://atleena.blogspot.com/2010/11/butter-aising.html

perasanya ….. terserah pada citarasa sendiri …..…..

Friday, November 19, 2010

AIDIL ADHA

Kali ke-2 CA tak balik kg menyambut Aidil Adha bersama ayah dan mak tercinta. Tahun ni , baba kerja dan mak mertua (Tok Ah) ada di sini . Sedihnya pagi-pagi. Di kuarters ni sunyi sepi ……. paginya. Sampai Tok Ah pun ajak balik kg ….. Pertama kali baginya beraya jauh dari rumah dia . Tentu sedih hatinya . Alhamdulillah , selepas zuhur , anak cucu semua sampai .

Meriah sungguh rumah CA , sampai pinggan mangkuk pun terpaksa tarik keluar dari bawah katil hehehehhee . CA ni mana laaa , pernah terima tetamu ramai-ramai , kecuali sekali dulu. Tika nak bertolak ke Mekah.

Jadi pinggan mangkuk semuanya tidur bawah katil. Keluarlah diaorang menjengguk dunia buat seketika. Dah lama bebenor landing kat bawah tu …

Pertama kali dalam sejarah , CA buat ketupat sendiri , balut sendiri dengan bantuan baba dan bibik ….dibawah pemantauan Tok Ah . Alhamdulillah jadilah juga…. hodoh-hodoh pun , rupa ketupatlah juga .

P1010534

Nampak tak ….. rupa nak terlondeh belaka . Orang amatur yang buat . Tak pandai lagi nak tarik kejab-kejab , tegang-tegang . Kira oklah tu ….. Apa pun percubaan pertama menjadi . Mak di kampung sedih , sedih telefon … nak hantar ketupat. Mak aiiiiii ….. tak padan nak dihantar ketupat tu …. jauh bebenor …..

Pagi tu , CA puas pikir nak masak apa . Mana taknya . Kuih  raya dan hapapun yang sewaktu dengannya CA tak buat. Tak sempat . Akhirnya …. buat keputusan buat nasi tomato di kawankan dengan ayam masak merah , kurma telur dan acar timun. Menu dipilih berdasarkan bahan-bahan sedia ada di dalam peti sejuk .

P1010548 P1010546

 P1010545 P1010540

Buat agar-agar sikit …… bolehlah…

Petangnya …. penuh rumah dengan cucu cicit tok ah ….. Meriah sungguh …

P1010551

Cucu-cucu Tok Ah …. anak-anak sedara CA sebelah baba , dah anak-anak dara semua. Dok tunggu nak makan nasi minyak saja …..

P1010560

CA … pun tak tahu ….. sebab apa aksi ni terjadi……

P1010557

Baba yang baru balik kerja …. dikelilingi oleh cucu-cucu sedara. Dah tua pun kita baba ……. cucu pun dah ramai … Yang belang tu …. anak sedara baba , dari Klang .

P1010568

Ilyana …. anak sedara dari Pahang bersama baby boy … CA pun baru jumpa sikenitni …..

P1010572

Baba dan Aisyah bersama anak buahnya , Linda nurse di PUM dan Kak Yong PA kpd “somebody” di Alor Setar.

 

P1010561

Bergambar beramai-ramai sebelum pulang …….

* Tok Ah dah …… ingat kat umah dia ….. CA dgn Baba pening kepala . Cam na nak pujuk ……

Tuesday, November 16, 2010

Salam Aidul Adha

aidil adha

Salam untuk semua yang sudi bertandang ke blog CA .

Jangan serik …….

Tinggalkan jejak ……. boleh CA berkunjung balas ….

SELAMAT HARI RAYA ….

Sunday, November 14, 2010

MUSUH PESAWAH

Baru-baru ni CA ikut baba menjala ikan. Baba ni , bila  datang pening dia , tiap-tiap hari nak pi menjala. Datang mood malas ….. ikan tengah banyak pun dia buat tak kisah. Tapi kami dua-dua ni anak sawah ……. membesar bersama pokok padi … hahahaha…… Dulu masa duduk di KL , rindunya pada sawah , pada bau selut sawah …….

Sekarang sebelah utara ni , musim menanam . Maksudnya …. semai padi tu dah mula diubah dan ditanam di petak-petak sawah. Dulu mak cik , mak jah , kak tipah yang ambil upah tanam semai. Pas tu ….. impot  mak cik-mak cik dari sebelah Thailand….. baru-baru ni CA tengok …. lorrrr mamat bangla yang tengah tarik semai. Zaman berubahkan …..

102_7485

Sawah ni kalau ditanam semainya ….. mudah jaga, bayak hasilnya  , kalau ditabur berselerak banyak musuhnya …

ini ……

102_7477

cantikkan ……. kat batang kayu pun dia bertelur …

102_7496

Ini  kat anak padi …..

Itulah telur siput gondang ……. siput ni cukup banyak …

musuh utama …….

102_7507

ini satu lagi….. tikusss …..dah mati tu…. kena racun

102_7504

Gaya baba ……lengkap satu sut …. heheheheee….

Hari ni menjala…. dapat la….. sekali lauk untuk tengah  hari ,….

save belanja…..

Saturday, November 13, 2010

Toasted Coconut Cookie

Biskut ni CA belajar ….. join kelas kak Bibah baru-baru ni. Cuti Deepavali lepas try buat …. ALhamdulillah menjadi . Konon untuk Raya Haji . Tak sempat habis demam Deepavali dah tinggal bekas.
Biskut ni  rupa tak cantik ….. rangup …. krup kruppppp lagi … memang sedap …
P1000717
Bahan-bahannya

220 g gula castor
125 g mentega
2 biji telur
1/4 sudu kecil garam
100g serbuk badam
250g toasted coconut ( beli kat kedai kek)
1/4 sudu kecil esen badam (CA tak bubuh pun ….)
250 g tepung gandum (CA guna tepung rose)
1/2 sudu kecil sodium bicarbonate
Hiasan – kuning telur

CARA-CARA MENGODEKNYA
1. Pukul mentega , gula , telur dan garam sehingga sebati.
2. Masukkan serbuk badam , coconut toasted , esen badam , tepung gandum dan sodium bicarbonate . Gaul hingga sebati. Tekstur dia agak melekit sikit . (CA tambah sikit lagi tepung … dalam 2 sudu )
3. Perap 15 minit .
P1000659
4. Bulatkan seperti bola , tekan permukaannya dengan garpu sehingga leper ….
5. sapu kuning telur . Bakar  suhu 160c (depend pada oven) selama 15-20 minit .