PESANAN TUAN TANAH KEDAUNG ....

SELAMAT DATANG dan TERIMA KASIH pada rakan-rakan yang sudi berkunjung ke Teratak Chik Att , Sila tinggalkan jejak kalian agar dapat saya berkunjung balas ke blog anda.

Bahan di dalam blog ini boleh dikongsi tanpa kebenaran kecuali GAMBAR FAMILY DAN ANAK-ANAK SAYA .
Yang lain tu ... nak ambil ka... nak kongsi ka ... ambillah ... semoga ia dapat membantu dan memanjangkan ilmu yang ada....saya hanya insan biasa ....

Penegasan ..... komen yang tiada nama (anonymous) tidak dialu-alukan di sini. Maaf jika saya terpaksa men"delate"nya ...

Wednesday, September 13, 2017

Kedah Berduka



Mendung dingin menyapa 
Bagai turut berduka
Perginya .... 
Permata takhta di hati rakyat
Duka rakyat 
Duka bersama ....
Kedah masih berduka ...
Belasungkawa buat almarhum takhta hati rakyat Kedah  ....

Sunday, April 16, 2017

Kari buah gajus campur ikan kering

Bahan

3 ulas bawang merah(hiris )
2 ulas bawang putih (hiris)
Daun kari

- panaskan minyak dan tumis bahan di ats sehingga kuning.

- bancuh sepeket serbuk kari ikan. Dan masukkan ke dlm tumisn tadi.

- masukkan air asam jawa ... Asam sebesar ibu jari. Tutup periuk. Renih dgn api kecil sampai pecah minyak.

- ikan kering yg dipotong direndam terlebih dahulu .... Utk buang masin.

- buah gajus dipotong dan diperah airnya.

- bila rempah sudah pecah minyak . Masukkan ikan kering. Kacau dan biarkan sekejab.

- masukkan santan cair. Masukkan buah gajus. Biarkan mendidih. Kacau2.

- masukkan santan pekat. Dan masukkan garam. Biar mendidih. Tutup api.

Siapppp ...
Sedap sangat2 ...
CA first time buat pun .... Terpikat.

Sunday, March 12, 2017

DONUT

Resepi ni mudah dan lembut sampai ke petang , insyaallah ....
CA tak ingat kat mana ambik resepi ni. Terima kasih pada tuan empunya . Berpanjangan pahala utk beliau...
CA uli guna bread maker. Tapi yg guna tangan sama ja stepnya .

Bahan A

250g tepung gandum
6g mauripan
2 sudu besar gula
Sedikit garam

Bahan B
125 ml ... air + telur sebiji

Bahan c
30g marjerin ( CA guna pelangi ja )

Step .
Masuk bahan B , masuk bahan A . Uli sampai sebati. Masukkan bahan c. Uli sampai sebati dan lembut.
Biarkan 30 minit.
Terapkan dengan acuan . Biarkan sekejab dlm 10 minit.
Boleh digoreng ...

Boleh gaul dengan gula aising atau toping apa2 aja ... CA drizzle  ngan nutella. Habis sebotol dikerjakan dek anak2 kat rumah tu.....
Makan donut ka ..ratah nutella ... wallahuaklam ....

Friday, January 27, 2017

MENGINTAI CELAH-CELAH KEHIDUPAN

Kadang-kadang kita perlu mengintai dari celah-celah untuk melihat kehidupan sebenar.
Berada di kawasan pedalaman. Dengan situasi pelajar yang jauh berbeza dari sebelum ini . Merasa bertuahnya diri.
Rata-rata di sini .... adalah penoreh. Peritnya kehidupan .... bila hujan di sini tidak menentu ... anak2 ke sekolah tanpa wang belanja .
Sadis ...  alhamdulillah   .... masih ada lagi RMT ... rancangan makanan tambahan . Sekurang2nya perut2 kecil itu .... tak berkeroncong menahan lapar.
Dan saya memerhati ... kantin pun tidak menyediakan banyak menu . Sekadar nasi bersama ayam ... disirami ... kuah yang berlainan setiap hari. Harganya juga ..... memang mampu ... dan mengenyangkan buat anak kecil itu .....
Tentunya berbeza di kantin2 sekolah bandar .... yg menu2nya mungkin menjadi mimpi anak2 kecil di sini.
Insaf ...

Thursday, January 12, 2017

2017.... MENGORAK LEMBARAN BARU KEHIDUPAN

Start 2017 ... CA berpindah tempat bertugas .
Alhamdulillah , dapat balik mendiami rumah sendiri. CA sendiri   tak jangkakan akan dapat bertukar. Apa pun ..semua Allah dah tentukan. ....

20 tahun lebih ... mengajar di bandar . Tetiba bertukar ke sekolah kampung yang agak jauh.
Nanti ... CA story len ...

Dalam minggu ni .... kabus memang tebal. Suasana baru ... terutama bagi Aisyah  .... yg sebelum ni kenal jerebu  saja .
Di kawasan perbukitan ni ... jam 10 pagi masih ... tebal berkabus ... dan cuaca sejuk nyaman.
Cuma menghala datang tu menyeramkan saja ....