Lamanya tak menulis ... membebel dalam ni . I'm coming ... soon . Rindu nak penuh ruang2 yg ada . Berkongsi cerita , pengalaman dan ilmu .
PESANAN TUAN TANAH KEDAUNG ....
Wednesday, October 21, 2015
LAMA TAK MENULIS
Wednesday, August 12, 2015
BERAYA DI HUJUNG SYAWAL
Di hujung2 ini... byk betul jemputan raya . Kalau sabtu ahad.... memang gantung periuk . Sampai malam mengatur langkah ..... menunaikan jemputan .
Makmurnya kita dengan makanan.
Hari ni .... ada jemputan dr PPKI sekolah. Makan lagi ...
.
.
.
2 beranak yang tak habis beraya lagi ... hehehhehe...
SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI . MAAF ZAHIR BATIN ...
Tuesday, May 5, 2015
DIY SELF WATERING
Terima kasih pada Elyanazgarden .... CA letak di sini , tak mau hilang tip2 yang berguna ni . Faham2 saja lah kalau simpan dlm hp.... kadang2 bila clear kan stok tu ... pi padam habis....
Pada Elyanazgarden ... moga dimurahkan rezeki dan sentiasa dipayungi rahmat serta keberkatan dalam kehidupan .... kerana tak pernah lokek ilmu .
Wednesday, April 29, 2015
Tuesday, April 14, 2015
Friday, April 10, 2015
BENIH JANTAN ATAU BETINA
Juga dari rakan fb. CA letak sini ... agar jadi rujukan .
Bagaimana nak membezakan benih betik jantan atau betina .
Betik jantan ...tidak mengeluarkan buah. Dia sekadar mengekuarkan bunga. Bunganya pula boleh dijadikan ulam atau bahan masakan . Amat baik utk org darah tinggi .
Betik betina .... itu yg mengeluarkan buah .
Tapi satu petua lagi yang CA dapat. .... potong akar tunjung anak betik sebelum di tanam .... ia akan berbuah .yang ni CA belum cuba .
Yang nyata ..... tiap kali semia dan tanam betik... yg naik adalah betik jantan.
Yang herannya .... ayah di kg ... tanam betik ... main tabur je .... biji betik dr buah yg masak. Naik .... elok pula keluar buahnya .
Kata ayah ..... biji betik tu ... sembur dengan mulut ... jadi ... dia akan ikut genetik ibunya ....
Apa pun thank pada rakan fb yang berkongsi ilmu ini . Dipanjangkan ... jadi saham akhirat. Maaf ... CA lupa dari rakan yg mana ...
Thursday, April 9, 2015
Wednesday, April 8, 2015
Friday, April 3, 2015
MOL KANGKUNG
Bahan ni CA dapat dr FB . Simpan di sini ... agar boleh jadi rujukan sendiri. Berkongsi ilmu menanam.
CA nak try buat tengok ....
Jadi ka dak heheheh
Pada tuan empunya resepi... .... jazakallah hu khairan kasiran ....
Wednesday, February 25, 2015
HOW TO CLEAN BURNT ON FOOD IN THE OVEN
CA dapat dari Pinterest. menarik dan mudah … terutama bagi kaki baking . Tak kurang juga untuk kita yang sering sibuk … sibuk memanjang. Kadang-kadang benda kecik-kecik terpaksa diabaikan kerana dulukan benda lain yang lebih besar.
boleh rujuk di link ini .. http://www.areal-lifehousewife.com/2014/07/how-to-clean-burnt-on-food-in-the-oven.html/
Thursday, February 12, 2015
Cherry strawberry crunchy cheese cake
Dibuat sempena potluck ... ada guru bertukar .
.
.
.
Wednesday, February 11, 2015
NGAKU .... AKU NGAKU BUAT SENDIRI
Orang sibuk kopok ngaku ...
Rabu lepas pegi Groceria . Jumpalah ngaku yg tengah cantik-cantik landing dalam tu . Sambar sekilo dlm 4 hinggit lebih.
.
.
.
Maka ... balik rumah ... kopeklah dengan istiqamah ... sebab saiz dia comey2 berbanding dengan jari-jariku yang trlebih comel ni kan ...
.
.
.
Digoreng ..... ada yang tergaring . Ada yang cantik lawa kejadiannya ...
Memang sedap ... rangup dan enak sekali.
.
.
.
Nak membuatnya pun mudah jerr.
Dah dikupas ... disagat nipis .... rendam dalam air garam 1 jam . Digoreng dalam minyak banyak ... balik2kan ... sampai garing . Angkat dah boleh dikunyah ...
Tuesday, February 10, 2015
SAMBAL BELACAN TOMATO
Lama tak buat ....
Cer try sedap ....
.
.
.
.
Cili merah
Cili api kampung
Belacan
Garam (jika belacan tak masin )
Tumbuk dalam lesung batu sampai lumat.
Masukkan tomato hijau yang dipotong nipis. Tumbuk lagi setakat mana mahu .
Perah limau nipis.
Siap.
.
.
.
Makan dengan nasi panas ....ada ikan kering atau ikan bakar. Ikan keli bakar perrrgghhh .... tak tau nak cerita. Keli pula keli kg ... keli sawah ...
Telan air liur ...gluuuppp ... gluuuppp....
Monday, February 9, 2015
PERKONGSIAN ....
★ BESI ITU KUAT,
TAPI API MAMPU MELEBURKAN'NYA
☆♨ API ITU KUAT,
TAPI AIR MAMPU
MEMADAMKANNYA
TAPI AWAN MAMPU MENYERAP'NYA
TAPI ANGIN MAMPU MENOLAK'NYA
TAPI BUKIT MAMPU MENGHALANGI'NYA
TAPI MANUSIA MAMPU
MENGHANCURKANNYA
MENUNDUKAN'NYA
TAPI IMAN MAMPU
MENGALAHKAN'NYA
KAGUM DGN JAWATANNYA.
KAGUM DGN KEPETAHANNYA
.
Saturday, February 7, 2015
Friday, February 6, 2015
MOGA BERMANFAAT DI HARI JUMAAT
B. Ahli Neraka Dari Awal
C. Ahli Neraka Sementara Kemudian Akan Dilantik Jadi Ahli Syurga.
2. Perlindungan di Padang Mahsyar.
3. Keselamatan Meniti Titian Sirat.
4. Syurga yang kekal abadi.
Anda tidak perlu bawa siji-sijil, termasuk sijil saham termasuk saham Internet.
Anda tidak perlu bawa pingat, Mercedes mata belalang atau kad kredit.
Anda tidak perlu bawa wang atau harta serta emas yang anda kumpul.
Anda tidak perlu berparas rupa yg cantik, hensem atau berbadan tegap atau seksi.
Sila bawa dokumen asal iaitu : Iman dan Amal serta sedekah jariah sebagai sokongan.
2. Apa Agama anda?
3. Siapa Nabi anda?
4. Apa Kitab anda?
5. Di mana Kiblat anda?
6. Siapa Saudara anda?
etakkan dihujung dua kakinya.'
ㅤ♥ Subhanallah ♥
♥ Alhamdulillah ♥
♥ Lailahaillallah ♥
ㅤ♥ Allahuakbar ♥
ㅤ ㅤ ❤ ㅤ ❤ ❤
Thursday, February 5, 2015
Cikgu dia menangis
menangis
Cikgu : kenapa pulakkk...
B : dia ni menangis sebab rindu kat
mak dia ... dia tu nangis sebab
takut kat guru besar ...
Cikgu : Guru Besar mana (sebab guru
besar memang tak ada di sek)
A , B,C : tu guru besar yang bilik kat
bawah tu ( merujuk kat bilik BI)
Cikgu : haaaaaa tak tau la ... cikgu tu dia
boleh makan org tau ....
( hahahahah ....cikgu badan besar
rupanya)
Wednesday, February 4, 2015
KEEGOAAN SEORANG IBU DAN BAPA ...
CA dapat ni dari group whasapp ... satu yg bermanafaat untuk kita renungkan bersama.
Saya sendiri ... walaupun seorang guru . Anak2 bersama satu sekolah ... kadang2 alpa dan terlepas pandang ...
Moga kita jadi ibubapa yang terbaik di dunia jua di akhirat . Dan kita tidak dituntut oleh anak2 ketika di akhirat kerana pengabaian secara tidak sengaja ke atas mereka . Wallahuaklam ..
Sebelum kita keluar ke pejabat kita membebel pada anak kerana lambat bersiap
Sampai di sekolah anak maklumkan ada surat yang dia lupa berikan semalam. Lagi sekali anak dileteri.
Anak salam dan masuk ke kelas dengan keadaan emosi yang terguris.
Dah dua kali kena marah. Kalau tak bagitahu pasal surat tu pun takpe fikirnya. Buat kena marah je.
Seharian dia di sekolah bersama kawan-kawan dan guru. Bila habis sekolah, dia tinggal di taska atau rumah pengasuh. Sementara menunggu ibu dan ayah balik..
Bila matahari semakin hilang cahayanya, baru ibu dan ayah datang mrnjemput.
Dah 8/9 jam tak jumpa ibu ayahnya. Banyak yang dia nak kongsikan. Waktu ibu dan ayahnya sedang bercakap, waktu itu juga mereka excited nak cerita dan bertanya itu dan ini. Nak bagitahu cikgu puji dia pandai, nak bagitahu kawan puji kotak pensil yang ibu baru belikan
Tapi mereka dimarahi kerana dikatakan menyibuk waktu orang tua nak bercakap. Mereka menunduk dan masuk ke bilik. Bergurau pulak dengan adik-adik. Kecoh bunyinya. Tetiba wajah si ayah tersembul di muka pintu. Kena marah lagi sebab bising waktu ayah nak tengok berita. Ayah suruh baca buku.
Tengah-tengah belek buku, teringat lukisan cantik tadi. Berlari nak tunjuk kat ibu didapur. Tetiba terlanggar pulak bucu meja. Jatuh dan pecah berderai gelas atas meja. Sekali lagi anak ini dimarahi dan dileteri.
Dan anak ini akhirnya tidur dalam keadaan dia tertanya-tanya adakah ibu dan ayahnya menyayanginya atau tidak. Tiap hari, pasti ada saja salah dan silap mereka. Pasti ada yang tidak kena.
Itu senario yang selalu kita hadapi. Malahan saya sendiri mengalaminya. Sungguh tinggi ego kita. Sungguh kita sangat mementingkan diri.
Anak ini belum matang. Belum tahu berfikir seperti orang dewasa. Bila ibu dan ayah pulang mereka benar-benar ingin merasai kehadiran kita. Ingin dipeluk dan berkongsi cerita. Tapi apa yang mereka dapat???
Bila mereka besar dan lebih selesa berkongsi cerita dengan teman-teman, jangan kita persoalkan kenapa. Kerana waktu mereka ingin benar-benar berkongsi dengan kita, kita menafikan hak mereka.
Keegoan itu langsung tak menjadikan kita ibu bapa yang hebat.
Emosi dan amarah hanya mengundang salah tafsir si anak
Jika kita berasa penat dengan urusan kerja seharian, bagaimana pula dengan anak-anak? Jam 7.30 dah terpacak di sekolah. Pagi sekolah agama dan petangnya pula sekolah kebangsaan. Tidak penatkah mereka?
Kita keluar bekerja tanpa membawa beban berkilo. Tapi mereka bagaimana? Berat beg sekolah saja sudah 5 kg.
Ingatlah, anak itu satu anugerah. Bukan tempat melempias lelah.
* peringatan untuk saya dan anda
Terima kasih pada yang telah syerkan peringatan yang berguna ini ...
Tuesday, February 3, 2015
Ayat majmuk ..
Sebenarnya teknik dan tektik yg digunakan guru dalam pdp bergantung kepada tahap dan kebolehan murid . Itu setiap guru perlu prihatin . Jangan main sogok ja.... di akhir pdp objektif tak tercapai dan murid tak faham .
.
.
.
Hari ini tahun 3 belajar ayat majmuk ... berpandukan BLA Kpm .
.
.
Ayat majmuk .....
Ayat yang mempunyai 2 subjek atau pun 2 pradekat.
.
.
Perkataan hari ini utk ayat majmu adalah "dan" "kerana" "tetapi"
Apabila ada saja perkataan tersebut automatik kita kelaskan dia sebagai ayat majmuk.
.
.
Apa itu subjek . Subjek adalah pelaku atau benda yg menjadi bahan cerita . Contohnya orang iaitu Ali .. Safuan ... Doktor ... Guru ... Si Comel ... kucing dan sewaktu dgnnya.
.
Contohnya : Ali dan Ahmad bermain bola.
Ada 2subjek di situ. Ali dan Ahmad .... jadi dia dikategorikan Ayat Majmuk . Bila dilihat secara lalu ada " dan" .. dah tahu iti AM.
.
.
Contohnya :
Amin makan nasi.
Amin makan gulai ayam .
Amin makan nasi dan gulai ayam .
Monday, February 2, 2015
BEG & KERUSI
Kerusi untuk duduk ... bukan untuk beg .
Jadi .... anak2 duduk atas kerusi ...
Beg duduk atas lantai tepi meja ...
.
.
.
Perkara remeh yang selalu terlepas pandang.
Anak2 duduk skit ja ... hujung2 punggung 80% kerusi diduduki oleh beg sekolah yang ..... ampunnn besar ....
Saturday, January 31, 2015
Terung saya dan berbuah
Jadi pun sebiji . Baby lagi . Kita tgk dia akan membesar sampai tahap mana . Kot boleh buat paceri sepiukkk ok gak ....
.
.
.
Jom jom di gi kuala ... kata ikan temenung sekilo 50 sen . Beli banyak2 ... bawa balik kampung ....
.
.
Betul ke hari ni petrol turun rega ...
#temenung=kembung= pelaling
Friday, January 30, 2015
Daging Goreng Kunyit
Yang hebat tu .... yg tu saja menu utk malam ni ...
Makan sekadar nak tidur aja pun kan ..
Yang paling paling palingg hebat ... hahahahha CA yang masak.......
.
.
.
Thursday, January 29, 2015
Tulisan berangkai ..
Belajar buat S pun makan masa setengah jam ...
Sambungkan S dengan A ... lagi setengah jam ....
Apa-apalah anak-anak oiiii .... janji korang boleh buat ....
Cikgu pun skill dah ke laut....
.
.
.
Perjalanan hidup ini juga seperti membentuk huruf di atas garisan ...
Tak pandai ... membentuk .... rosak kehidupan ....
Kalau dibentuk dari asas ... dari kecil di atas landasan yang betul ... di atas landasan agama ...
Maka... akan cantiklah kehidupan di dunia dan akhirat .....
Cabaran dan dugaan mendidik di zaman ini .... lebih besar berbanding ibubapa kita mendidik kita masa kecil dahulu ...
Di era 60an... 70 an... 80 an....
Di kala gula ... sekati hanya 15 sen ...
Wednesday, January 28, 2015
Si Bongsu ... dah darjah 1
Sekejab ja masa ... rasa sakit bersalin pun belum hilang. Dah 7 tahun . Sibongsu ni ... lahir betul-betul hujung tahun 31.12.2008 .
Cahaya yang ditunggu anugerah Allah yang tiada nilainya .
Mulut boleh tahan ... pot pet pot pet ...
Bersekolah dengan mama ... satu kelebihan ..
Boleh pau mama...
Boleh ngendeng2 mama ... kalau duit sekolah tak cukup ...
Tapi yang ni sorang lain skit ...
2 minggu makan kat kantin ... dah jemu . Dah start request nak bawa bekal ...
.
.
Jadi mama ... kena lah bangun awal siapkan bekal ...
Didoakan moga mama istiqamah hahhahaha.... kuat hati dan tabah ... kah kah kah ...
.
.
.
Sekarang dah tak dak bibik ... mama pun mcm lipas kudung ....
.
.
.
Tapi Alhamdulillah ... dalam seminggu ada 2 hari maid yang datang harian .... mai rumah . Gosok baju .. lipat baju .. kemas baju dan cuci serta kemas rumah . Ringanlah skit ...
.
.
yang penting ... mama dah tak perlu fikirkan bab kain baju ... hahahahha .....itu masalah besaq atas batu jemala patik ... nih ... yg memang malas tahap gaban bab sterika dan lipat baju ...
.
.
.
Tuesday, January 6, 2015
TAHUN 2015
Alhamdulillah diberi Allah kesempatan lagi untuk menghirup udara 2015. Hari ini tup tap tup tap … dah 6hb Januari 2015. Kalau tak kerana penundaan tarikh persekolahan …. CA dah kembali dengan rutin rutin guru dan ibu .
2014 banyak membawa kesan dalam diri . Mula merasa bahawa sisa hidup ini adalah ihsan Allah untuk terus menyedut dan bernafas di buminya . Sekarang dah mula dapat berita … rakan-rakan seangkatan ada yang telah kembali mengadap penciptaNya .
2014 juga membawa pelbagai kesan dalam jiwa. Mengajar erti sahabat dan kawan . Siapa kawan dan siapa sahabat. Belajar berhati-hati …. kerana hari ini kita kawan … mungkin esok dia akan menikam kita demi untuk kepentingan diri . Cuba belajar siramkan rasa redha dalam hati dan jiwa. Cabaran dan dugaan ke atas manusia berbeza ….. dan kita pun kenalah redha .
2014 juga seumur hidup CA telah diduga … apabila waktu sihat itu ditarik dan diberi sedikit kesakitan. Pada Jun 2014 …. akibat merasakan diri ini kuat dan boleh melaluinya. CA terlantar di hospital selama seminggu . 24 jam berada di ICU …. merasakan apakah itu nikmatnya sebuah kesihatan . Rentetan dari itu …. CA bercuti agak lama … untuk mengembalikan condition diri. Alhamdulillah ….hari ini … CA dah kembali normal cuma sentiasa beringat …. ingatkan diri untuk berehat … dan beringat tentang pemakanan.
JADI 2015 ….. AZAM BARU …. MULAKAN SEGALANYA DENGAN JIWA BARU … SEMANGAT BARU ….
OK ….
CUBA kembali menulis di blog yang dah naik lumut ni …