PESANAN TUAN TANAH KEDAUNG ....

SELAMAT DATANG dan TERIMA KASIH pada rakan-rakan yang sudi berkunjung ke Teratak Chik Att , Sila tinggalkan jejak kalian agar dapat saya berkunjung balas ke blog anda.

Bahan di dalam blog ini boleh dikongsi tanpa kebenaran kecuali GAMBAR FAMILY DAN ANAK-ANAK SAYA .
Yang lain tu ... nak ambil ka... nak kongsi ka ... ambillah ... semoga ia dapat membantu dan memanjangkan ilmu yang ada....saya hanya insan biasa ....

Penegasan ..... komen yang tiada nama (anonymous) tidak dialu-alukan di sini. Maaf jika saya terpaksa men"delate"nya ...

Thursday, September 30, 2010

PERISTIWA SATU HARI …..

Dah lama …….
3 …. 4… ….. bulan lepas
1
2
Bila nak pi lagi ……

BASAH …….

Walaupun panas … dia tetap basah ……
Walaupun tak kena air……
dia tetap basah ……
102_6513
Mee goreng basah ……

RESEPI ……. (main campak )
1 kilo mee kuning ( basuh )
udang hidup seikut rasa hati …
Sotong … sebanyak yang dikehendaki ..
Bawang merah + putih dihiris  ( tumbuk pun boleh)
Cili blander (ikut rasa hati … nak pedas bubuh lebih )
sawi …
tauge
kubis
sayur-sayuran yang dikira patut dan bersesuaian…..)
kicap
sos cili
sos tomato
sos tiram
gula dan garam

CARA-CARA MELEPASKAN DALAM KUALI
1. Panaskan minyak ….tumis bawang .
2. Masukkan cili , udang dan sotong ….
3. masukkan kicap dan  ketiga-tiga sos – ikut sesedap rasa
4. Masukkan gula…..agak ok ….. masukkan mee
5. Masukkan  sayuran dan benda-benda yang sekawan dengannya …
6. Rasa…… kurang manis tambah gula , kurang asin  tambah garam
7. Nak basah lencun…… masukkan air….
8. Bedalllllll…….

Tuesday, September 28, 2010

MEHH …. GOYANG

Lamanya tak update …… bukan lupa …. lepas kena Malware attack….. jadi tersentot jab… hehehe

Lagi pun apa tah yang disibukkan ……. haaa…. lepas raya ….

kena keja 9 hari berturut-turut termasuk hari ahad ….

Mana tak penin……. tapi tetap juga menjelajah blog kengkawan  .

Ziarah menziarah tu kan amalan mulia.

Selalunya kalau ziarah ke umah orang-orang lama , tentu kita di hidangkan dengan kuih2 lama…

DSC06949

ikut putaran jam …..

baulu , karas , kuih goyang , putu beras …….

Semua yang diatas ….. aku tak pandai buat

tapi…… pandai makan ….

Wednesday, September 22, 2010

Cara untuk membuang Malware Attack untuk blogspot

 

 Blogger yang menggunakan blogspot ketara menghadapi masalah diserang oleh malware. Saya telah memeriksa beberapa sebab yang memungkinkan hal tersebut berlaku dan cuba untuk mencari jalan mengatasinya.

Jika blog yang anda lawati itu sudah ada menyimpan jangkitan malware, sebarang penerusan mengakses blog tersebut tanpa menghiraukan amaran risiko yang dikeluarkan oleh browser anda seperti Google Chrome dan Firefox, akan menyebabkan komputer anda djangkiti dengan malware tersebut.


Sebelum ini GB ada menulis mengenai serangan Malware ini. Di situ GB menyatakan bahawa blogger tidak spatutnya meletakkan iklan dari Innity dan manggaonline. Sebarang iklan darinya akan menyebabkan blog anda akan gagal diakses.

Namun nampaknya masih banyak lagi blog-blog yang terus gagal diakses. Setelah pemerhatian dibuat berikut ialah langkah-langkah penting yang perlu diambil oleh para blogger sekalian bagi mengelakkan blog anda dari terkena jangkitan malware.

Blog-blog yang menggunakan "icon" di dalam menetapkan senarai rakan blogger adalah yang menjadi penyebab kepada masalah ini. "favicon.ico" merupakan sebuah fail yang menjadi sasaran serangan malware dan sebarang pengaksesan terhadapnya akan menghasilkan tanda amaran dan pengabaian terhadapnya mendedahkan komputer anda diserang oleh malware berkenaan. Cuba lihat gambar di sebelah. Ia akan dikesani apabila pelayar menggunakan browser Google Chrome.

Cara Mengatasi.
Pastikan anda tidak milih tanda "icon" semasa menetapkan penyenaraian blog rakan-rakan anda semasa "Configure Blog List".

Pergi ke Dashboard anda pilihDesign -> Page Elements-> My Blog List
Kemudian pastikan anda
tidak meletakkan tanda semakan di kotak "icon", biarkan ia kosong. (Lihat gambar sebelah).
Setelah itu barulah anda klik
"Save".
Hanya langkah itu saja yang mampu membersihkan blog anda dari dijankiti malware yang terhasil dari fail "favicon.ico" berkenaan.
Setelah selesainya, anda perlu membersihkan "cache" dan "cookies" di browser anda. Dan tutup browser anda.
Buka semula dan cuba buka blog anda kembali. Tanda amaran malware itu telah tiada.
Bagi komputer yang telah terkena jangkitan malware, pastikan anda menggunakan perisian malware yang baik. Sebarang penggunaan perisian anti-malware percuma belum tentu menghapuskan malware malah ada kemungkinan perisian anti-malware itu sendiri pembawa malware yang lebih dasyat.
Gunakan perisian anti-malware yang disahkan saja. Diantara perisian anti-malware terbaik ialah 
Malwarebytes Anti-Malware dan juga Ad-Aware Free Internet Security 8.3.1
Kedua-dua perisian tersebut telah disemak oleh CNET dengan pemarkahannya menghampiri 5 bintang.
Sekian selamat berblogging.


p/s Sebarkan maklumat ini supaya blog rakan-rakan kita dapat diakses dengan lancar dan selamat.an-rakan kita dapat diakses dengan lancar dan selamat


Sumber (klik ajer)http://greenboc.blogspot.com/2010/09/penting-malware-panduan-membuang.html

Tuesday, September 21, 2010

BERJANGKIT … JANGKIT …..

Masalah datang bertimpa-timpa … memang dugaan betul ……

ajaq hati …………. sabaaaaaaqqqqq banyak …..

 

1. pos

30.8.2010 – bayaran bil tel dan broadband Celcom di pejabat pos. Sampai hari ini Pos Malaysia tak update / bayar ke Celcom . Semalam buat aduan ke customer servis ……  cepat gak tindakan. Tindakannya …… suruh aku faxs bil pulak…… hampaasssssss.

Malam tadi sms dari Celcom masuk lagi . suruh update payment . Malamnya pi bayar pulak kat kiosk Celcom. Settle ngan Celcom .

Hari ni …… pegawai cs Pos Malaysia tel lagi ……. cakap tak ada bil tertunggak dalam bil yang difax tu …… Apa laaaaa mangkuk ayun  punya manusia…… yooooo lahhhh bil aku tu memang tak pernah ada tunggakkan . Yang aku report ….. aku punya bayaran yang dibuat kat Pos Malaysia tu kooooo tak bayar kat Celcom …..dah masuk 21 hari……. jawapannya …”oooo… maaf puan , kami akan siasat semula “ ….

Aku tunggu lagi …………….. esok tak tahu ….. apa pulak … Pos Malaysia nak tanya aku ……. sebab …. aku dah email kat bos besaq Customer Servis ……..

 

2. images (2)

19.9.2010 – keluar duit di ATM …… waduuhhhhh …… duit tak keluar ……. dalam account …dipotong plak.

Call Customer Servis bank plak (layak jadi operator tel saja aku ni ) “ Puan kena datang buat aduan kat branch ……isi borang … blaaa balaaablaaaa “ ….. resit tak ada ….. Mesin kata “resit dah kehabisan”.

Semalam aku pergi semula ke bank . Buat aduan , isi borang bla bla bla……”Puan ada bawa buku account” tentunyalah aku tak bawa . “ susahla macam ni puan” jawapan aku ….. apa yang susah ….. dunia teknologi ict …. canggih …. maklumat di hujung jari ……… tunjuk ic jaaa semua bleh dapat

“ …… pegawai tu cakap ….. ooooo yaka …. minta ic , puan “….. ayoooo ayooooo aku yang ajaq depa ……

keluar pegawai atasan dia …….”resitnya mana …… “

mesin tu cakap , resit dah habih …… tak dak laaa jawapannya

“tak boleh puan , susah macam ni ……”

manalah aku tahu …. udah mesin kau yang tak keluarkan resit …….

dah aku isi segala borang …. dan disiasat , serupa aku yang bawa lari duit 10 juta…….. (aku keluar pun takat utk hidup seminggu jaaa”

sebelum melangkah keluar aku pun tanya …..”berapa lama proses siasatan ….dan bila duit saya nak dapat balik “ kenalah tanya aku bukannya jutawan ……seposen pun berharga dalam hidup ku kuang ….kuang …..

“minima 7 hari bekerja …..”

“hahhhhh ….. bank len maksima 7 hari bekerja “ aku pulak jawab ….. aku memang suka psiko orang hahahahhaa….. sebab depa dah bagi aku bengang ….

Maka ……. aku tunggu lagi ……….

 

3. google-toolbar-malware

Semalam 20.9.2010 ……………. Waaaaa……. blog aku kena virus malware ………. cam no . bertambah lagi masalah.

Yang ni ,aku tak tau nak telefon customer serbis mana….

Jadi bab ni aku tak bertekak ngan orang ………… aku kena munajat untuk cari idea……. Dan tindakannya aku buat hari ini …….

Bolehlah….. selesai ala alalaa manjaaa…..

 

4. Rasanya akibat dari tu ………… impak dan penggulungannya hari ini ..

aku telah diserang ………….

304475

selesemeeeee , batuuuukkkk ……. demam …….

.

.

.

aku makan ubat batu ….. selesemeee……….

dannnnnn………..

zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz…..

SELAMAT MALAM ……….

 

att: all picture from sheikhhhh google.com

MALWARE …… KU ATASI CARA AKU ...

Bila blog atleena kena malware virus. Aku jadi binggung. Tak tau nak buat cam na. Bab update boleh…sebab aku pakai window live writter. Tapi apa guna kalau posting …. tapi blog tak boleh dibuka dan dilayari dan diselami  …….

Seperti biasa bagi beginner macam aku ni  , yang tahap IT boleh ukur ngan pembaris pendek  budak sekolah rendah. Aku searchkan bagaimana cara-cara nak mengatasi virus ni .

macam-macam kata kunci aku masuk …. kat google search tu …  waduh waduhhhhhhh ……..semua yang bagi tutorial tu …. ilmu tinggi sangat …tak padan dengan ilmu aku yang seciput ni…macam-macam code pulak tu nak kena delate ……

hasil dari seharian menresearch …….. (aku cari bahan tesis pun tak laaa lama mcm ni …… kalau buat cam ni …. dapat A hapa …)  Maka aku mengambil kesimpulan …..

conclutionnya……… segala link2 yang aku link kat blog aku aku terpaksa buang. Walaupun sayang amat ….. sebab ada link tu adalah link yang banyak membantu aku dalam pengajian dan pekerjaan aku .

Tawakal …. aku removekan semua ……….

Aku clearkan all the cookies (bukan kuih raya no) ….. boleh  cari kat dalam tool …. setting …

Alhamdulillah……….. blog boleh dibuka dan dilayari …. Cuma aku tak boleh nak ubah design dia buat sementara waktu .

Jadi pada rakan –rakan , kawan dan  taulan……. yang sama-sama ciput ilmu IT macam aku ni ……

cubalah buat …………. buangkan link2 yang ada dalam blog kita tu…..

sebab virus ni …. datang  link2 tersebut ……

malware

 

Itulah yang dapat aku buat hari ini….. InsyaAllah aku cuba lagi …….

KALAU SESIAPA RASA CARA AKU NI SALAH ……

BOLEH LAH TOLONG AJARKAN…..

BERILAH TUNJUK AJAR …….

TOLOOONGGGGG KAMI …. BANNTUUUUU KAMIIIII ….

KENAPA YANG DI NI TAK MASUK AKHBAR ……

Tuan Guru Datuk Nik Abd Aziz menziarahi keluarga Allahyarhamah Datuk Sosilawati …..

http://www.facebook.com/photo.php?pid=5728721&id=358919387591

http://www.facebook.com/photo.php?pid=5728721&id=358919387591

Berbuat kebaikan dan kebajikan ….

tidak perlu ditunjuk-tunjuk …..

Monday, September 20, 2010

MALWARE SUDAH DATANG …..

Kusangka panas hingga ke petang …

rupanya hujan di tengahari …….

Blog aku dah kena…..

lepas ni siapa pula ?????

Sunday, September 19, 2010

LADY GAGA YANG GEGEEE….

Ini orangnya yang depa dok sebut Lady Gaga…

Aku ni memang bengap sikit … bab bab artis ni …..

Selama ni aku dok ingat Gaga yang Erra Fazira jadi hos tu ….. 

rupanya ini ….

lady gaga

ishhhhhhhh…..…..?

sekilo daging tempatan rm18.00

kalau daging import lagi murah ……

sekilo cukup ke…….??????

Saturday, September 18, 2010

PEMIMPIN YANG MEMIMPIN …..

Sekeping photo ….

punya interpretasi tersendiri ….

61823_434296872591_358919387591_5696801_668525_n

link ….

http://www.facebook.com/nikaziz?v=wall

http://www.facebook.com/photo.php?pid=5696802&id=358919387591

Alhamdulillah ………….

KEPULANGAN

daun-berguguran

Pagi ini bertalu-talu sms menjengah masuk ……

Berita  yang memilukan …….

Kembalinya bekas guru SMKA(P) Almashoor Pn. Hjh Fatimah Mustafa ke rahmatullah  .

Arwah yang menderita kanser menghembus nafas terakhir jam 5.30 pagi ini.

Mengenang Allahyarhamah ……

Seorang guru yang amat berdedikasi dan penyayang ..

Mendidik kami seperti anak-anak sendiri …….  tambahan pula pada  tika itu

kami ini dari kalangan penghuni asrama…..

mengenang kebaikan beliau ….. tak terbalas budi dan jasanya ….

atas kesungguhannya ……..

ramai rakan2 termasuk aku dapat A  matapelajaran sejarah dalam SPM pada tahun itu ……..

Rasa terkilan yang amat sangat dihatiku …..

kerana beberapa kali menangguh untuk menziarahi beliau ……… cadangannya pada Ahad depan ,

menantikan Baba cuti ……

Tapi ALLAH lebih menyayangi dan menjemputnya terlebih dahulu ….

Dan aku tahu …………. kalangan murid-muridnya amat mengenali dan menyayanginya .

Hanya doa dan Al Fatihah dapat dikirim , semoga rohnya ditempatkan bersama orang-orang beriman dan diletakkan di taman -taman syurga Allah.

AL FATIHAH ……………..

images (2)

GURU ITU UMPAMA PEPOHON YANG RENDANG ……

Jua …. Al Fatihah buat allahyarham M Rajoli …. yang juga kembali ke rahmatullah pagi ini…….

Friday, September 17, 2010

HABIS MANIS …. SEPAH DIBUANG ….

102_6475

Macam ni ke ……….

urrrghhhhhhhhhh …. manis  ……..

APABILA TIADA IMAN ….

Selama ini aku hanya membaca saja .. rentetan pembunuhan Datuk Sosilawati  (Alfatihah … buat arwah ) .

Walaupun aku hanya mengenalinya atas dada akhbar ….. tapi perasaan sedih tu tetap ada. Sedih apabila  jasad seorang rakan islam kita diperlakukan seperti binatang. Malahan binatang sendiri tidak memperlakukan bangkai-bangkai binatang yang dijumpainya begitu.

Itulah , bila hati tiada iman. Seseorang sanggup melakukan apa saja untuk mendapatkan kemewahan , kesenangan, kemegahan dan segala-galanya atas dunia. Segala tindak tanduk tentunya bertuankan nafsu dan hati . Iblis dan Syaitan menjadi sandaran dalam tindakan……..

Alhamdulillah ……. kita ini dilahirkan di dalam Islam. Sekurang-kurangnya…. walaupun kita ini tidak berilmu tinggi dalam agama. Masih ada kesedaran di dalam hati kita , bahawa ALLAH itu ada , Maha Pencipta …. Maha Besar dan Tuanpunya seluruh alam ini. Dari DIA kita datang …. dan Kepada-Nya kita akan kembali.

Kesedaran itu menjadikan satu batas dalam membentuk tingkah laku dan tindak tanduk kita, selagi hidayah-Nya bersama kita.

 

  pic….. dari shekkhh Gugell……..

Thursday, September 16, 2010

SELAMAT HARI RAYA ……

Isshhhhh lamanya tak online …

Rasanya belum terlambat untuk saya ucapkan…

SELAMAT HARI RAYA … AIDIL FITRI ……..

Pada semua rakan2 yang masih sudi berkunjung ke teratak buruk saya ni …

Tahun ni ………… malas betul nak buat kad raya …….

napa… tah…

Dah tua kot …..

Yang geram dan bengang … tahap gabannnya….

Broadband bawa balik …

tapi ……. hampeh …. receive … 0 0 0 0 0 …

kat kg …. ada streamix……

3 hari sebelum raya ..

line ………. tak ada……mampus terus sampai raya ke-4 ….

….

.

.

.

.

102_6279

Rendang hasil air tangan aku ……

yang …….

aku belasah saja ingredientnya …….