PESANAN TUAN TANAH KEDAUNG ....

SELAMAT DATANG dan TERIMA KASIH pada rakan-rakan yang sudi berkunjung ke Teratak Chik Att , Sila tinggalkan jejak kalian agar dapat saya berkunjung balas ke blog anda.

Bahan di dalam blog ini boleh dikongsi tanpa kebenaran kecuali GAMBAR FAMILY DAN ANAK-ANAK SAYA .
Yang lain tu ... nak ambil ka... nak kongsi ka ... ambillah ... semoga ia dapat membantu dan memanjangkan ilmu yang ada....saya hanya insan biasa ....

Penegasan ..... komen yang tiada nama (anonymous) tidak dialu-alukan di sini. Maaf jika saya terpaksa men"delate"nya ...

Saturday, November 13, 2010

Toasted Coconut Cookie

Biskut ni CA belajar ….. join kelas kak Bibah baru-baru ni. Cuti Deepavali lepas try buat …. ALhamdulillah menjadi . Konon untuk Raya Haji . Tak sempat habis demam Deepavali dah tinggal bekas.
Biskut ni  rupa tak cantik ….. rangup …. krup kruppppp lagi … memang sedap …
P1000717
Bahan-bahannya

220 g gula castor
125 g mentega
2 biji telur
1/4 sudu kecil garam
100g serbuk badam
250g toasted coconut ( beli kat kedai kek)
1/4 sudu kecil esen badam (CA tak bubuh pun ….)
250 g tepung gandum (CA guna tepung rose)
1/2 sudu kecil sodium bicarbonate
Hiasan – kuning telur

CARA-CARA MENGODEKNYA
1. Pukul mentega , gula , telur dan garam sehingga sebati.
2. Masukkan serbuk badam , coconut toasted , esen badam , tepung gandum dan sodium bicarbonate . Gaul hingga sebati. Tekstur dia agak melekit sikit . (CA tambah sikit lagi tepung … dalam 2 sudu )
3. Perap 15 minit .
P1000659
4. Bulatkan seperti bola , tekan permukaannya dengan garpu sehingga leper ….
5. sapu kuning telur . Bakar  suhu 160c (depend pada oven) selama 15-20 minit .

0 comments: