PESANAN TUAN TANAH KEDAUNG ....

SELAMAT DATANG dan TERIMA KASIH pada rakan-rakan yang sudi berkunjung ke Teratak Chik Att , Sila tinggalkan jejak kalian agar dapat saya berkunjung balas ke blog anda.

Bahan di dalam blog ini boleh dikongsi tanpa kebenaran kecuali GAMBAR FAMILY DAN ANAK-ANAK SAYA .
Yang lain tu ... nak ambil ka... nak kongsi ka ... ambillah ... semoga ia dapat membantu dan memanjangkan ilmu yang ada....saya hanya insan biasa ....

Penegasan ..... komen yang tiada nama (anonymous) tidak dialu-alukan di sini. Maaf jika saya terpaksa men"delate"nya ...

Monday, February 28, 2011

JOM MEMANASKAN BADAN ..

Edisi kesihatan …. hahahaah ….

jom pi joging ….

DSC06303

Hari gelap lagi ….

seperti biasa …. aku akan mengiringi baba ….

sampai di pertengahan ja ….

kenkonon … joging laa….

hahahaha …… lepas tu … sementara baba habiskan 2 3 round ….

aku bermain di pasiran pantai …

DSC06306

jom ……. kita tanam menanam …..

buat refleksiologi …..

Pertannyaan buat ibu2 dan bapa2 doktor ( Dr Singa , Daddy Ziyyad , Dr Hani )

….. ada kebaikan ke menanam diri di dalam pasir ……

kalau betul ….. tiap2 hari nak tanam ……ni …..

Friday, February 25, 2011

PILIH CARA SENDIRI ….

P1030376

Dalam …. semua org sibuk neneknya sakit ….

dua org ni buat projek … dalam bilik …

P1030380

Wahhhh ….berjoget sakan … diaorang berdua 

habis ….. carpet …..

tilam ….

bantal …… berterabur … tunggang langgang …

Macam tsunami …..

P1030387

tiba-tiba keluar dialog ni …

“ Sudah lah ….. sekarang , Ashraff hidup cara Ashraff , abang hidup cara abang …. titik “ …

Huwaaa…… dialog … drama mana kau kaup ni …..

Thursday, February 24, 2011

PULUT MANGGA

 

Lamakan tak tayang  … makan2 ni ..

ni haa….. lama dah teringin nak makan ….

Nak makan pulut derian … takut ada yang pengsan dalam umah …

Durian pun dah banyak la ni…

tapi hampeh ….

Mahal nak mampus….. derian kampung …

bodo-bodo ….

sekilo 8 hinggit …….

kalau sebijik … koman2 mau 2 kilo lebih …..

kalau kulit boleh kunyah sekali ok lah juga…

mengantikan derian … buat yang ni …

Itupun ….. mahal gak …

sekilo 8 hinggit gak … tapi dapek la dalam 5 biji …..

.

.

jom  …. jemput …. jemput ….

Wednesday, February 23, 2011

ALHAMDULILLAH …

 

Alhamdulillah …

Hari ini bersiaran dari tempat keja …

MIL CA dah stabil …

semalam selepas dapat rawatan dan nasihat doc…

petangnya …. dah mahu makan nasi …

dah boleh bangun duduk …

Cuma ke bilik air …. masih perlu diangkat …

DAlam sibuk2 … penin2… ini la yang kami  soru ….

malam tadi ….. hehehehe …

 

Siangnya ….. bedal nasi gak ….

Tapi …. hati dah tenang sikit sekarang …..

kira oklah tu …..

Tuesday, February 22, 2011

YA ALLAH, KABULKAN DOA KAMI ….

 

Pagi ini bersiaran dari rumah .

CA tak pergi kerja …

baba pun ambil cuti …

keadaan MIL agak membimbangkan ……

Baba …. pagi2 tadi bergegas hantar Ashraff dan Ariff ke sekolah

dan terus ke klinik … untuk berbincang dengan doktor ….

Rawatan yang terbaik untuk mak ….

CA ….. menemankan mak ….. risau ..

Tak berani meninggalkan mak dalam jagaan pembantu rumah  …..

Pagi ni …. aku

selepas dia bersarapan dengan bubur nasi …

Aku mandikan dia ….  shampookan kepalanya ..

gosokkan sabun di badannya … dengan deraian air mata ..

Dia tetap dengan ayatnya “tak apa …. mak boleh buat sendiri”  walaupun dengan keadaan fizikalnya yang dah tak mampu …. hatta memegang batang paip pun dengan mengigil2….

Selepas dilap badannya …..

Dengan pembantu …. kami mengangkatnya 

…. dan aku sisir rambutnya

yang sudah tinggal sejemput …… (air mataku bergenang lagi)

dan biarkan dia bersolat dhuha dengan tenang …..

MIL CA ni …… walau bagaimana keadaan pun …. dia tetap nak bersolat …

ALhamdulillah ….. solat itu adalah satu kekuatan jiwa …

Doa kami adik beradik …. mak akan kembali stabil

Ya Allah …. sambutlah doa kami  Ya Allah ….

Amin ….

Monday, February 21, 2011

KUPANJATKAN DOA ….

P1030322
Ini pembantu rumah CA …..
5hb Mac ni akan terbang balik … tamat sudah perkhidmatannya dengan kami .
Risau juga CA …. Aisyah rapat dengan dia …. dia yang mengasuh Aisyah dari tapak kaki 2 jari …
Alhamdulillah pengantinya  ….. akan datang 3hb Mac  nanti .
Bekas pembantu rumah CA yang lama sebelum ni.
Urusan imigresen Indon dan M’sia semua dah selesai  …
Dah bayar separuh kat agen …
tapi  minggu ni tetiba agen telefon … suruh pi bayar levi ..
kenapa? ….. satu pertanyaan pulak….
Sudahlah masa apply kat imigresen tempoh hari pun kami kena buat sendiri …
alasan majikan kena pegi sendiri .
Masih bersabar …… Baba pegi imigresen apply … Alhamdulillah … tak sampai 1 jam …. lulus …
Ini   levi plak…. kena gi bayar sendiri ….
Apa kes……. duit yang aku bayar tu untuk hapaaa….. kalau semua aku buat …..
Masih bersabarrrrr ….. sebab pembantu baru belum datang …
tak mau bagi timbul masalah ……Bg datang dulu …
Mohon doa kengkawan….. agar semuanya berjalan lancar …..
satu lagi ….
102_6329
Ini mertua CA… umur dah 80 lebih
sekarang ni dah masuk 4 bulan dia tinggal dengan kami …
dia kena strok … lumpuh sebelah badan ….
sejak 5 hari lepas …
tekanan darah dia naik …… dan sekarang keadaannya agak membimbangkan …
Nak ke bilik air dan bersolat pun perlu diangkat dan dibantu.
Nak bangun duduk pun dah tak boleh ..
Baba …… terpaksa ambil cuti lagi hari ni ……
Rumah CA … penuh dengan sedara mara….
aduhhhai…..
28hb ni last date submit tesis ….
banyak lagi yang tak siap …..
Mohon doa dari semua ….. Agar dia kembali sihat …Semuanya dapat disettlekan ….. dengan selamatnya …
dan pembantu CA yang baru ….. tiba pada waktunya …….

“kekadang didatangkan ujian untuk kita ….. untuk kita sentiasa mengingati-NYA “

Saturday, February 19, 2011

TEMENUNG …

P1030335

Orang selatan …. panggil kembong

Orang utara panggil ikan temenung

Ikan ni yang sahih sahihnya …. tak kembong perut pun…

temenung meniti hari pun tidak…

kenapa namanya gitu …?????

aku pun tak tau …..

Orang kata kalau kembong aka temenung pangkor … sedap …. lemak ….

Apa saja namanya ….. inilah lauk kami dari kecik sampai sekarang …

tak ada kat dalam ais box macam tak sah ajaaa……

macam tak cukup korum …….

sedap ……

goreng panas2 …..

nasi panas2 ..

taruk kicap ……

patah cili padi ……. huhuhuhhu …

Dunia ini aku yang punya …….

Friday, February 18, 2011

ULAR … KESIAN KOOOO …

 

Balik umah …… saja … menenang pokok2 yang ditanam baba ..

tetiba … ada benda bergerak2 …. atas pokok kari …

wuhuhuhhhhh …… dia ni …

P1030441

terus tutup sliding door …

suruh bibik … tutup semua tingkap ….

Ca tak kenal jenama apa ular ni ….

tapi asal saja namanya ular…. waaaaaa…… geli geleman …

Baba balik….. terus dia kait…..

diketuknya pala ular tu …sampai mati ….

Alaaaaa …. kesian kooo …. ular lidi jaa…. tak bahaya pun …

Tapi nak buat cam na……

kalau dia masuk umah …. mau huru hara kami semua …..

mau pengsan tak bangun aku nanti ….

Thursday, February 17, 2011

SURPRISE …. YANG MABELESSS….

 

Lepas kelas ….

masuk bilik ..

huhhhh … ada benda ni atas meja …

P1030467

mau nangessssss ………

sethapppppp ….. tak hingat doniaaaaa ….

Sila …sila… meh menjamu selera…

GONG XI FA CHAI

 

Lepas dah …. pelbagai aktiviti di kg baba …

3 hari lepas tu… balik kg CA…

kat sini tak ada lah benda yang best nak buat …..

hanya melangut tengok kartun je lah ….

aktiviti tak banyak …..

kena pulak hari yang sama ….

kawan tok wan …. hantar hamper …. ni …..

P1030301

taukeh  kedai tile … kat Gurun …

rezeki buat budak2 ni laa….

Beriya…Si Ariff….. siap suruh ambil pic … sebelum dia merobohkan semua tu …

Depa tu… teruja ngan air sarsi botol tu  jaaa….

Sebab kalau kat umah …. CA memang tak beli ….

Tak elok bebudak minum air gas ni ….

jadi dah depan mata gini ….. huhuh rezeki depa lah ni…… belasah laaa…..

Mak memang tak leh  kata apa  dah ….

karang kena jeling ngan tok wan ngan tok ….

gasaklah koranggg ……

Tok Wan pun …. sama naik ngan cucu …. berebut minum air gas tu …..

Wednesday, February 16, 2011

GENG BOOT …..

 

Di  kg …..

rumput panjang ……

bebudak ni … main redah jaa…. dalam semak ka..

hutan kee…..

untuk keselamatan  ……..

P1030280

murah jaaa…. sepasang 6 hinggit …….

P1030292

Dengan ini …. Baba  ada pembantu … kalau menebas kat belakang umah ….

P1030293

yang ni ….. dah tak layan ……

P1030275

bergaya dulu …… sebelum … bikin projek ………….

Projek besar-besaran …….

Ada sapa ….. mau upah …. boleh contact CA …

Monday, February 14, 2011

BAKAL PETANI JAYA

P1030270
gaya … ada aku kesah …….
P1030271
Ada … gaya tak …..
yang nyata … 3 hari di kampung …
habih badan calar balar …. kena ranting ka… apa …
Mana taknya … ke mana baba dia pegi
semua dia ikut …..
Balik sini ….
Terpaksa buat rawatan whitening ……
rawatan … kolegen … dan sebagainya ….

SELAMAT SEMBUH ….

 

Baru-baru ni melawat Wa Piah  kakak  sulung Baba .

( Kalau CA sebut  P’Ad , C’Ad @ baba  - merujuk pada tok laki kita laaa – sebab pala otak ikut suka jaa… mana yang sedap nak tulih heheheh )

 

P1030268

Wa masuk hospital kerana jadi bisul di bawah ketiak. Terpaksa dioperasi kerana dia ada kencing manis .

2 minggu gak tidur baring kat hospital tu ….

Apa pun pada Wa…. harap makin sembuh … kerana bulan depan nak sambut menantu .

P1030269

Itu cucu sedara CA …. huwaaa ….dah tua kita ni yeee….

Saturday, February 12, 2011

BAKAR BAKAR …. BAKAR …

 

Inilah jadinya bila kg lama ditinggal…

sekali balik … terpaksa buat agenda hapus kira dan pemusnahan …

yang nyata CA kurang terlibat di dalam kerja2 buruh iniiii …

mak cik terlibat dalam agenda air kopi jaa….

itupun ….. agenda teguk meneguk air kopi sambil cicah denngan roti pat segi cap ping pong …

meh tgk C’Ad….. buat aktiviti pemusnahan …

P1030257

P1030256 

Laki aku ni memang suka bab2 ni ….

sampaikan semuanya nak dibakar dan dimusnah ….

dan …. aktiviti yang dilakukannya tanpa pengetahuan aku …

ialah membunuh  dgn meletakkan racun  kepada

sepohon pokok asam jawa yang meerimbun buahnya ..

dan 3 batang pokok pinang …. kononnya tak dak sapa nak makan …

Org lelaki ni degilkan …… kita cakap apa bukan nak pakai ….

P1030262

2 org kaki sibuk yang sentiasa bagi my blood go upstair …..

Friday, February 11, 2011

NENEK KEBAYAN

P1030266
Yang depan tu bukan nenek kebayan …
itu maid CA….
Rumah di belakang tu …. korang tengok klasik tak …
macam rumah hansel and gretal pun ada gak …… hahahahah
struktur rumah ibu tu dah mencapai 100 tahun lebih ….
Cuma telah diletakkan dinding bata … sebab dinding asal dah reput. Tapi dibahagian sisi dan belakang masih kekal yang lama.
ini rumah mertua CA , rumah kelahiran C’Ad  …
kata mak mentua CA …
dulu …. Panglima Nayan pernah bersembunyi di rumah ini …. rumah asallah …..
Rumah asal …. semua atas ….. siap ada veranda lagi …
dari cerita tu ….. asal rumah ini besar lah ….
Sebelah kanan tu… rumah ibu . Masih ada lagi struktur asal dia ..kalau masuk di dalam…
tapi CA memang surrender lah… kalau tinggai sorang2…
menyeramkan …. hahahahahah dasar penakut ….
P1030265
seriusly ….. CA memang suka tinggal kat sini .
kawasan luas …
depannya ngadap bendang ….. anak2 memang suka sanagt .
laman luas ….. dan memang stail kampung betul ….
Walaupun rumah tak cantik ….. kemudahan terbatas…
tenang dan aman …. seronok duduk di sini ….
InsyaAllah …. kalau murah rezeki … rumah ini akan berubah wajah tidak lama lagi …
Bila ….. belum tahu lagi …… tunggu ….
Bulan jatuh ke riba …..

JERAT “ VALENTINE DAY “

Hari ini … JAKIM mula menjalankan kempen “Awasi , Jerat hari Valentine ‘

Mari kita sama-sama menyokongnya…

dan membantu menyebarkannya ….

Fahami dengan sebenar-benarnya …. apakah maksud “Valentine” ..

kerana …

Jangan “menjual” dan “memperdagangkan” AQIDAH kita kerana sesuatu yang terlarang ……

Jika mahu  Aqidah kita cantik …

amalan diterima …

mari kita perangi bersama ……..

kerana “Perjuangan hari ini … untuk perjalanan hari esok , bukan untuk kita semata , tetapi buat generasi kita yang akan datang ‘…….

 

~ mak cik tiap2 hari berkasih sayang ……

Thursday, February 10, 2011

SALJI …… SALJI…..

 

Cuti seminggu …..

balik kg lerrrr …… semenjak mentua tinggal ngan kami ni …

kira2 4 bulan gak CA tak menjenguk ke kampung mak mentua ..

Sampai2 jeeee …. kat umah  ….

huwaaaaaaaaa ……  rasa macam nak nangis guling2….

“ooyoooooooooo saljiiiiiiiii ……. “ Ashraff lerr tu

P1030247

korang bayangkan kalau dpan umah dah macam ni ……. mcm mana dalam umah ……

yang nyata ……. CA memang telan ubat sakit urat petang tu ….

tampal cap kaki tiga lagiiiii

P1030252

Ashraff main salji …. hahahahaha …….

P1030255

memutih jeeee …….

P1030253

Tapi salji ni tak leh buat snowman ……

menyesakkan lobang idung lagi …………

huhhuhhhh ………..

Wednesday, February 9, 2011

BERTUDUNG …. TREND … GAYA …. ATAU TUNTUTAN

 

 

Sapa bleh jawab ……

macam-macam gaya sekarang …..

pusing-pusing …

simpol2…

layer layer…..

huhhhhh ….. banyak tul ……

kalau dah lawa …. pakai apa pun cantik …..

Yang penting …. aurat wanita itu banyak tempat dan kedudukannya ……

Istiqamahkan setiap perbuatan dan tindakan kita kerana dan untuk ALLAH semata-mata ….

 

…. hari ni mak cik jadi ustazah heheheheeh …..

HANTU KAK LIMAH BALIK UMAH

 

Hari Ahad …

hari santai2…

Santai sambil ngabih duit ….

order  benda alah ni kat  Astro first …..

huhuh …. rm15.00 untuk 48 jam…..

cerita ok ok lah ……

lawak gakkkk …..

kiranyanya aku ngan P’Ad gelak gila2 ……

Jadi ….. sapa yang berminat …. ajaklah kak Limah datang umah ….

gi channel 460 …. and order …….

Tak sampai 5 minit …. Kak Limah akan datang umah anda …

Kalau 5 bintang …. CA kasi 3 bintang lah …..

Selamat menonton …….

Tuesday, February 8, 2011

TAQIYYA BT MOHD AZMER

 

emmm … melawat orang baru lagi ….

P1030245

Di Permatang Pauh …..

P1030237

Siap senyum lagi ……

P1030231

Gerammm kan …

Inilah … Taqiyya bt Mohd Azmer ….

Apa maknanya ….. nanti CA tanya maknya ….

Anak ustazah ….. tentu nama ada alaa alaaa arabbbb skit ……

Monday, February 7, 2011

INDAHNYA KAMPUNGKU

 

Boring tahap gaban … ni

menunggu tok laki jumpa kawan dia …..

kampung kita……

tempat berkubang ……….

JALAN-JALAN SAMPAI RANTAU PANJANG ….

Maaf … CA tak sempat nak balas komen kengkawan…

bukan apa sibuk …sambut gong Xi Fa Chai … kalah Cik Ina kita… haahahaha

dia selalu je ada entry …..

Ini kisah suatu hari … di minggu bermulanya … cuti tahun baru cina ….

CA cuti seminggu taaauuuuuu …… (walaupun staf tionghua sorang saja kat sekolah tu … heheheheheh )

tolong merayakan ……

P’Ad seperti biasa tetap bekerja …. walaupun aku bercuti sebulan …. (apa laaa nasib badan ) …

Balik petang … P’Ad ajak pi menjala …. huhuuhu  best best …. lama tak pi ni …

sekali …… itu ekor2 mau ikut daaaa….. terpaksalah bawa keta …..

Mood pun suda hilang maaaa ….. tapi pegi juga ….

hujan plak turun …..

P1030226

Ni laaaa org yang paling sibuk sekali …… huhuhu …..

tengok pipi pun dah debommmm ….

P1030228

Aikkkkkk pokok padi dah masak ….. cepatnya ….

P1030230

Ronda punya ronda ……sampai Rantau Panjang …..

huhuuhu …. jauh tuuuuu ……

Pas tu …… turn … balik ke Butterworth ….sebelum maghrib dah ada kat umah ….

heheheheh … jauh betul berjalan hari ni …….

Sunday, February 6, 2011

PARIS HILTON CONVERT TO ISLAM

 

Jika BERITA ini benar …

ALHAMDULILLAH …….

EGYPT CRISIS …

 

Keadaan di Mesir semakin serius …

sama-sama ita  berdoa agar …. kebangkitan rakyat ni dapat diselesaikan segera ….

Dan Mesir akan kembali gemilang menjadi antara negara Islam terulung seperti di zaman Nabi dan khulafa’….

Di dalam surah Yusof ….. pun dah kita tau … sejarah dan kemakmuran Mesir ….

Dan kita berdoa …… tiada campur tangan US dan golongan munafiqin di dalam menangani krisis ini ….

CA pun tak tahu nak cerita sangat ….. baca pun sikit2 saja …

Syabas … pada Kerajaan Malaysia …..

dah berjaya membawa keluar rakyat Malaysia dari Mesir dengan selamat ….

Tak perlulah kita menuding jari … menuduh

membuat cerita dan pelbagainya …… 

Yang penting Kerajaan dah melakukan yang sepatutnya untuk rakyat….

Itulah kepimpinan yang kita mahu …… jadi biarlah dilakukan dengan ikhlas …

CA tak masuk belah mana …

Pengumuman PM malam ni …. kata semua perbelanjaan ditanggung kerajaaan membuatkan para ibubapa  dapat menarik nafas lega ….. bukan semua orang mampu …. dan punya kewangan yang kukuh…..

Yea lah kan …….  kalau belanja untuk benda lain …. boleh keluar … takkan benda yang melibatkan kebajikan rakyat tak boleh …

barulah slogan …

RAKYAT DIDAHULUKAN , PENCAPAIAN DIUTAMAKAN…..

bermakna ….. betul takkkkkk ….!!!???????

Saturday, February 5, 2011

PERASMIAN JINTANMANIS.COM

 

CA pun baru hari ni melawat ke rumah Ros ni .

Tahniah dah ada domain sendiri ….. CA emmmm guna blogspot ni lah je ….

itu pun kira oklah tu ….. kadang 2 ghajin update …. kenkadang malas update ….

Harap kengkawan jangan serik2 datang berkunjung ke rumah CA ni ….

Ok jom kita meriahkan perasmian rumah Cik Ros di JINTANMANIS.COM ….

kLIK IMAGE untuk terus berjumpa dengan tuan rumah …..

Wednesday, February 2, 2011

CUMI CUMI GORENG KUNYIT

 

Kah kah kah ….. inilah penangan bibik ….

tapi penangan yang paling hebat …

anak aku panggil babanya ……. “ bapak , mahu apa “

waduhhhhhhhhhh cempera sekejab pala otak aku …

Sekali ….. anak aku no 2 memang cakap bahasa baku ……bahasa indonnnn …..

apa nak buat …..

mak ayah …. terpaksa .. mengerah tulang pat kerah cari rezeki ….

jadi mak bik tulah yang selalu berkomunikasi dengan diaorang …

menyebabkan semua ikan dalm umah aku dipanggil “ayam “ huwaaaaa ….

 

kkkk…

ini adalah masakan paling senang sedonia …

pejam mata pun bleh buat …. dengan syarat …

susun dulu depan dapur … boh minyak siap2 dalam kuali …

kooooo campak saja ….

jadik ……

Maka dengan itu ……  tak payahlah diberi resepinya ….

ok ….. dok di kg ni …. haram satu keja pun tak jadi ….

pejam celik …. lepak2 …. gossip2 …. malam …

MESIR SEMAKIN BERGELORA …

Alhamdulillah …… berita yang kita dapat . 3 pesawat TUDM telah berlepas ke Mesir untuk memindahkan rakyat dan pelajar Malaysia di sana ke Jeddah … sebelum dibawa pulang ke Malaysia .

News dari BLOG PELAJAR ini …. CA copy paste jaaa…. semoga dapat membantu…..

1.

3 PENERBANGAN - 2 CHARLIE & 1 PENERBANGAN AWAM AKAN KE CAIRO UNTUK HANTAR MAKANAN DAN SEMUA FLIGHTS TERSEBUT AKAN PINDAHKAN SEBILANGAN PELAJAR KE JEDDAH. ALHAMDULILLAH. :)

 

2.

GOLONGAN PERTAMA YANG AKAN DI PINDAHKAN KE JEDDAH - Pelajar Perempuan, dan Wanita warganegara Malaysia yang hamil.

 

3.

[INFO BANTUAN] :
1. PENERBANGAN TUDM dari KAHERAH ke JEDDAH
2. PENERBANGAN TUDM dari ISKANDARIYAH ke JEDDAH
3. PELAYARAN TLDM dari PELABUHAN AL- ADABIYAH ke PELABUHAN JEDDAH
4.JEDDAH menjadi PUSAT TRANSIT PELAJAR MALAYSIA.

 

4.

HAL UNIVERSITI] :
1. CAIRO UNI : Bercuti 3 bulan
2. AL-AZHAR UNI : Bercuti 1 tahun
3. Ain Shams UNI : Bercuti 6 bulan

Maklumat yang kami terima adalah TERUS daripada PEJABAT YANG BERHORMAT MENTERI PENGAJIAN TINGGI MALAYSIA.

 

Sama2 kita panjatkan doa ….. semoga semuanya selamat ….

SITUASI PELAJAR M’SIA DI MESIR

Berada di kg ….
mendengar keluhan  dari my BIL & SIL yang mempunyai anak2 di Mesir …
menyebabkan CA terpanggil untuk cuba  melayari ruang maya ini untuk mencari idea bagaimana mendapatkan maklumat tentang anak2 mereka di Mesir .
Semua talian perhubungan samada telefon , internet semuanya terputus..
jadi ruang yang ada …. CA dapat sedikit link dari Lutfi di Na5wa
Jadi pada rakan-rakan yang ingin mengetahui situasi rakyat , sedara mara , anak …. pelajar kita  ….
CA dapat info di sini  LINK ini …
juga boleh berkomunikasi di laman facebook
facebook mesir
klik pada gambar untuk link terus …..ke talian ….
Juga … boleh klik di side bar CA … ada feed update news dari sana …
.
.
.
Apa2 pun … sama2 kita panjatkan doa semoga semuanya selamat ..
anak2 kita ..
adik2 kita ….
saudara2 kita ….
semuanya …Selamat ….
dan pihak Mesir dapat menangani masalah ini dengan secepat mungkin ….
Pada Kerajaan Malaysia …… berilah bantuan segera …..
Kita tidak pernah gagal membantu rakyat negara2 jiran yang ditimpa bencana dan musibah ..
jadi …..
Bantulah rakyat Malaysia …. anak Malaysia … yang sedang dikelilingi oleh kesukaran dan kesusahan ….

CA…. hanya sekadar doa yang dapat dipanjatkan …

Tuesday, February 1, 2011

BERLIBUR …. LIBURAN ….

 

 

CA  masih berlibur di kg …..

tungguuu …. entry berhantu lepas ni …….hahahhaah …