PESANAN TUAN TANAH KEDAUNG ....

SELAMAT DATANG dan TERIMA KASIH pada rakan-rakan yang sudi berkunjung ke Teratak Chik Att , Sila tinggalkan jejak kalian agar dapat saya berkunjung balas ke blog anda.

Bahan di dalam blog ini boleh dikongsi tanpa kebenaran kecuali GAMBAR FAMILY DAN ANAK-ANAK SAYA .
Yang lain tu ... nak ambil ka... nak kongsi ka ... ambillah ... semoga ia dapat membantu dan memanjangkan ilmu yang ada....saya hanya insan biasa ....

Penegasan ..... komen yang tiada nama (anonymous) tidak dialu-alukan di sini. Maaf jika saya terpaksa men"delate"nya ...

Thursday, December 30, 2010

153 - DERMA PRIHATIN RAKYAT MALAYSIA ….

P1020607
Ramaikan beratur …….itu baru sikit …
P1020609
Yang ini dah sampai pagar …
Itu ler….. bawa ketoo tak sedor diri ….
Padan muka …..
CA  kena 2 …… hehehehe …. ganazzz kan …
Baba ada 1 … hahahaha
tengok bini kalahkan laki ……
Maka hari ini … menjelang 31 Disember 2010 besok  …..
Kami berdua  dengan penuh ketabahan dan kecekalan…
telah beratur …. menyampaikan derma prihatin kepada Kerajaan Malaysia ….
Pada rakan-rakan yang masih lena  …
Cepat … cepat … esok last day ….
Marilah kita sama-sama menyampaikan DERMA Prihatin ….atas perbuatan sendiri …. waakaakakaa…
SELAMAT BAYAR SAMAN TRAFIK …….

Lepas ni ….. aku nak bawa ketooo meinan je lah …..
Kembali berhikayat …. bila hati  ada waktu ….

Wednesday, December 29, 2010

152 - NOSTALGIA

Tetiba jaa….. terkenang zaman kecik-kecik dulu .
La ni musim hujan … sejuk jaaa suasana
Mata pun stim ja…
nak bergerak pun malas .
Apa laa…. tadi nostalgia …. dok citer pasai hujan plak ..
Orang baru kawin suka lah time hujan ni … sejuk heheheheheh (18sx)
kkk…..Lihat gambar di bawah (macam soalan periksa pulak )
1976[5]
Ni yang nostalgianya …..Gambaq CA masa taun 1976.Kalau tak silap.
Agak2 yang mana CA yee?
Yang comel tersengih tu laa…….
Masa ni ada 6 orang , yang lagi dua belum lahir lagi .
CA ni ada 2 mak , yang  berdiri belakang ayah tu ….(kesian dekat ayah , makhluk mana la yang gi toreh muka dia jadi macam tu)
Ayah CA ni tegass ….
Tapi Alhamdulillah …. ketegasannyalah telah menjadi kami 8 beradik jadi insan . Kalau dia tak tegas tak tahu laa….
Dalam keluarga CA ni …. 8 beradik kami semua berkecimpung dalam arena perguruan .
Dah tu bila jumpa …. apa lagi critanya ….. hai sekooolahhh aja…
Yang 6 orang bertemu jodoh dengan cikgu juga .
Cuma CA ngan adik yang bongsu … jodoh dengan orang kapal terbang .. hahahahah ganas kooo Senah  bahasa … perlambangan tu …..
Bukan bawa kapal terbang … cuci tayar kapal terbang jaaa……
Bila di telek telek ….. Ayah CA ni kan … hansem gak .. heheheheh (kalau sebut depan dia mau kembang kempih idung )
Macam hero hindustan .. kah kah kah …..
Sebab tu …. leh sangkut sampai 2 sekali ….
Walaupun kami 8 beradik berlainan ibu , keakraban kami seperti seibusebapa…. tak ada perbezaaan.
Seperti dibesarkan di dalam sebuah rumah …. lagipun jarak antara rumah kedua-dua ibu tak jauh. Satu kampung saja.
Dulu masa kecik2… kami boleh sesuka hati nak tidur rumah mak mana … Bestkan …
Terkenang dulu-dulu …..
102_0597
Ni gambar raya tahun 2009 ,
2010 … raya rumah mentua … talakkk gambaq .
.Ada 3 beradik ja dalam ni … tu pun penuh ruang …
Kalau semua … tak muat rasanya ruangan umah Mak CA ni …
Tengok ….. Ayah still diapit oleh kedua-dua bonda kami .
CA … undur diri dulu … nanti kembali berhikayat ….

Tuesday, December 28, 2010

154 - LEMBU PEGANG PADA TALI , MANUSIA…..

Kenapa pepatah Melayu berkata begitu …
CA bukan nak kata kat sapa , cuma untuk renungan sesama kita .
Apabila kita berjanji … tak kiralah berjanji dengan anak ke , dengan orang bawahan kita ka ….
tunaikanlah …… Janganlah semalam cakap ya… tetiba hari ni cakap lain.
Kadang gaya kepimpinan kita akan dilihat ketika ini , ketidak percayaan akan hadir dalam hati sanubari .
Dalam apa-apa organisasi pun …
Pentadbir perlu menimbang setiap yang diutarakan oleh anak-anak buah dan buat pertimbangan yang waras tanpa memihak mana-mana pun.
Jangan kerana ….. seorang  , kita sanggup memungkiri janji yang telah dibuat di hadapan semua orang .
Jangan terlalu menyanjung seseorang , sehingga kita lupa bahawa setiap kejayaan di dalam sesuatu organisasi itu adalah hasil titik peluh semua orang.
Menjadi pemimpin yang adil adalah tuntutan Islam . Kerana setiap langkah dan tindakan kita akan dinilai  oleh ALLAH.
Putaran roda dunia …. hari ini engkau di atas , mungkin besok engkau akan di bawah.
Luahan rasa terkilan CA …… dalam melalui detik-detik masa menjadi seorang manusia dan guru.
Jangan pula bosan …… heheheheh
Ni haaaa CA tayang sikit …… pencerapan dan penggalian CA pada hari ahad lepas ….
P1020573
Tu dia ……. macam-macam jenis ada ……
Ini adalah berdekatan dengan Pangkalan Sungai Merbok .
P1020570
Haaa … inilah tiram . Rupa sebijik macam ketul batu . 1 ketul RM2.50
P1020572
Ini pulak kepah …… RM7.00 sekilo . CA beli juga , rebus cicah dengan air asam ….. manis .
ok ……. jangan jemu menjengah ke sini. Resepi …. ada lagi . Nanti CA bubuh yaa….. resepi amatur …
Kembali berhikayat … apabila ada ruang waktu …

BACK TO SCHOOL

Haaa … minggu ni dah habih dah musim berpeleseran cikgu-cikgu. Cikgu-cikgu dah back to school. Keja banyak . Perancangan , program dan segala mak neneknya lagi lah. CA pun gitu gak . Start dah. Minggu ni meeting ajeee… Ngalah Pak Menteri.

 

P1020591

Meeting ….. agenda benda yang sama….. ada lain sikit . Semalam sembang citer lain… hari ni citer lain .

Ikut jeeelahhhh Senahhh oiiiii …..

Tapi …… kena cakap jugak…. Awat asikkkk muka yang sama jaaa….. kena keja lebih …. Orang lainnn tu …. ketul batu kat sekolah tu … (heheheheh lepas geramm niii )…

Pada ibu-ibu , bapa-bapa…. selamat sediakan duit .

Duit baju sekolah …

Duit buku sekolah

Duit Yuran sekolah…Dulu bleh laaa Pak Lah kasi yuran preee….

Duit Yuran KAFA

…… Mau londeh … poket pak nyeeee……

Oklah …. jumpa lagi …..Nak pi meeting … hehehehehee …..

nak pi tahan telingaa…

tk pun pi … anyam ketupat …… (seronok ni ….. cerita sebulan tak jumpa ….)

Kembali berhikayat …. bila ada ruang dan waktu ……

Saturday, December 25, 2010

Dr Mahmoud Ahmadinejad

Membaca blog Dr Faisal Tehrani , saya jadi kagum sendiri. Dia amat mengagumi President Iran Dr Mahmoud Ahmadinejad … dengan menyata  idolonya  itu  “my rock star “. Saya jadi terikut menyelami gaya kepimpinan Presiden Iran ini.

Di mana saja …. dalam apa bentuk perancangan yang hendak dilaksanakan beliau akan melakukan Solat Istiqharah . Dimana saja Al Quran sentiasa bersamanya .

Kita solat istiqarah … time nak pilih jodoh saja . Al Quran ….. rajin menyelakkannya time bulan ramadan aja. Itu pun belum tentu habih khatam. Nak cepat khatam , buat cara berkumpulan …..

Beliau suka bersukan. Yang paling diminatinya bola sepak.

Dia datang lambat bersolat , jadi dia di saf belakang seperti orang lain.

Dia tunaikan haji …. seperti mana rakyat biasa menjalaninya

 

Rumah  kediamannya sederhana. Beliau mempunyai 3 orang anak 2 lelaki 1 perempuan .

Isterinya Azam al-Sadat Farahi seorang guru dan masih mengajar sampai saat ini.

Saya jumpa artikel ini di sini. Menarik tentang perubahan yang dilakukannya semasa mengambil alih kepimpinan Iran.

Jadi , pada yang berminat untuk membaca tentang beliau boleh lah ke blog Dr Faisal Tehrani . CA ni tak pandai nak mengarang ayat . Lainlah Dr Faisal ….. beliau  penulis , tentulah garapan ayat dan bahasanya lebih gramatis. Tak jemu dibaca

Bagi CA tak rugi kita berkongsi maklumat dan ilmu , kerana dunia ini hanya sementara , bila-bila masa pun kita akan dijemput pergi …

Cuma dari lubuk hati CA yag paling dalam terdetik “kalaulah kita punyai kepimpinan yang seperti ini ……. bagaimanakah wajah Malaysia??????”

Pandangan Anda ?????

Salam …… bila terluang CA kembali memasang tabir hikayat .

Friday, December 24, 2010

BUBUR ASYURA

P1020561
Petang ni CA buat bubur Asyura .  Try resepi  di sini. Alhamdulillah menjadi . Thank (Raihan)  tuan empunya resepi .Cuma CA gandakan 1 kali nak bagi dapat banyak . Hehhe .. dah tu , .Yooo lah kan…. tak kan lah nak makan sorang. Bagi kat jiran sebelah , jiran depan , jiran atas …. jiran sekole ….. jiran sekawah … heheheheh …CA oterrr sikit. Mana bahan yang tak minat , CA tak bubuh . Menderhaka sikitlah ….. Janji sukatan tepung dgn sukatan santannya betul …..
ini resepinya …… ini Bubur asyura utara.
Bahan-bahannya …
3 cawan kacang hijau – direndam dan direbus
1  sagu biji – direndam sebentar
2  ketul gula melaka 
2 cawan gula pasir (ikut rasa manis)
garam
8 cawan santan
2 cawan tepung beras
1 senduk  sudu besar tepung gandum
1 helai daun pandan diikat  
1 biji keledek – dipotong dadu dan direbus sebentar . Agak2 nak empuk 
1 tin jagung krim
4 biji pisang awak masak dihiris 1/2 sm
CARA-CARANYA ( ni kira menderhaka dari tuan resepi )
Campurkan tepung + santan + gula + gula melaka – kacau sehingga tidak berbintil. Gula Melaka tu lambat sikit. Kalau berketul tak apa.Dalam kuali nanti dia akan cair.
Masukkan ke dalam kuali
Masukkan daun pandan
Api sederhana ….
Masak sebentar …. sambil kacau
Masukkan kacang , sagu , jagung , garam (agak2 lah)
P1020546
Agak sudah pekat , masukkan pisang dan keledek.
Kacau sehingga nampak berkilat.
P1020559
Jika tak berapa nak tahu nak test masak ke idak . Ambik sudu …. rasa . Kalau belum masak. Dia akan rasa tepung.
Tuang dalam bekas yang dilapik daun pisang. Biarkan sebentar… dia akan beku.
CA ….. masa angkat tu ….dah bedal …. hangat-hangat …sedap .
Tadaaaaa….. dah siap …..
P1020563
emmmmm sedap ……
Ok jumpa lagi …….

Thursday, December 23, 2010

NASI GORENG SEMPOI

Nama pun sempoi . Menunai kehendak tekak anak bujang CA , si Ariff. Susah benar nak makan . Malam ni , nak nasi goreng.  Maknya pun bukan ghajin sangat . Buat yang sempoi2 dah la. Area umah CA ni banyak kedai makan , tapi tekak ni dah tak jalan dah …….Meh layan nasi gorang CA malam ni …
P1020534
BAHAN-BAHANNYA  - belasah ja apa yang ada dalam peti sejuk .
secekak ikan bilis – digoreng garing
Nasi putih
Bahan tumbuk :-
1 biji cili merah – nak pedas tambah cili api. Kat umah ni … pedas-pedas tak jalan.
3 biji bawang merah
belacan
ikan bilis – sedikit
-Tumbuk semua hingga lumat dan terus tumiskan ke dalam kuali .
- Agak dah garing cili tu , tolak tepi sikit . Masukkan telur …. kacau-kacau bagi hancur dan gabungkan dengan cili tadi.
-Masukkan nasi , garam , sayur-sayuran (apa aja – bedal ja) dan ikan bilis goreng tadi. Kalau ada ikan goreng , ambil isinya masukkan sekali.
- Gorenglah sampai lama mana yang dikehendaki .
Hidangkan …… makan dengan teh 0 panas . Wowww …… terbang diet malam ni …
P1020535
Ok…. selamat malam . Nak masuk tidur dah … Malam ni malam jumaat .. heheheheheheh ….

SAYALAH BLOGGER ITU

Selalunya CA ni jadi silent reader je kat blog sahabat kita ni. Kagum pun ada gak. Idea dia tak habih-habih.  Ada jaa…. nak cerita.

Ini nak try jugalah segmen ni SAYALAH BLOGGER ITU

http://atleena.blogspot.com

http://atleena.blogspot.com

http://atleena.blogspot.com

http://atleena.blogspot.com

http://atleena.blogspot.com

http://atleena.blogspot.com

http://atleena.blogspot.com

http://atleena.blogspot.com

http://atleena.blogspot.com

http://atleena.blogspot.com

MASAK LEMAK CILI API REBUNG DENGAN UDANG

Pagi ni … tak ke mana-mana .
Lamanya tak masuk dapur.
Asyik makan masakan chef import jaa…
Keluar kat kedai depan … jumpa rebung …ahhhhh sedap ni buat masak lemak cili api ..
Beli udang …. Maka hari ni menunya masak lemak cili api rebung dengan udang
P1020526
Mehhh kita masak …
Rebung jeruk  tu …. agak-agaklah banyak mana yang dikehendaki . CA guna 3 batang yang panjangnya sejengkal tangan kita . Nak ukur ngan pembaris , karang orang kata gila pulak. Hiris nipis-nipis. Rebung ini agak berbau . Jadi cara CA … CA rebus dulu 3 kali , maksudnya rebusan pertama , sudah mendidih . Buang air dia , masuk air baru. Rebus lagi sebanyak 3 kali . Yang ke-4 tu CA masukkan sedikit gula. Dah boleh dimasak. Baunya pun dah hilang.
TAk percaya , cuba buat . Memang tak ada bau .
Masak lemak ini stail CA lah ringkas jaaa …..
BAHAN-BAHANNYA
Rebung – sebanyak 3 tukil ukuran sejengkal jari manusia … heheheh
Udang – agak2lah . CA guna dalam 12 ekor udang sedang-sedang  saiznya.CA buang kulit senang makan. Tapi kalau tak buang lagi manis ….
Kelapa – RM1 diblender dlm ukuran airnya, setengah blender tu jaa. Kalau di blender … pekat sikit .Tak yah teruk2 perah.
1 batang serai
1 heli daun kunyit – CA tak bubuh kali ni . Pokok kunyit dan mampus … hehehehe mana taknya asyik ambik jaaa…
Bahan untuk ditumbuk .
15 biji cili api
7 labu bawang merah
seruas kunyit hidup

CARA-CARANYA
Masukkan bahan yang ditumbuk tadi ke dalam periuk campurkan sedikit air . Masak sebentar.
Masukkan santan + serai + daun kunyit
Masukkan rebung.
Masukkan udang .
Masukkan garam secukup rasa .
Asam keping (ini pilihan …. nak bubuh boleh , tak bubuh pun tak apa … tak berdosa)
Kacau …. untuk elakkan santan berketul , Dah mendidih … angkat …
emmmmm dah boleh soruuuuu
Tadaaaa…..
P1020531
Sila … sila …
Nanti CA kembali lagi berhikayat  …. bila ada waktu ..

Zara Philips : Cucu Ratu Elizabeth II bakal berkahwin

 

LONDON 22 Dis. - Cucu perempuan Ratu Elizabeth II, Zara Phillips bakal berkahwin dengan pemain ragbi England, Mike Tindall.

Keluarga diraja itu semalam berkata, tarikh perkahwinan Phillips, 29, anak kepada Puteri Anne dan suami pertamanya, Mark Phillips itu masih belum ditetapkan.

Pengumuman itu dibuat sebulan selepas Putera William, anak sulung pewaris takhta Britain, Prince Charles menyatakan hasratnya untuk berkahwin dengan

kekasihnya sejak sekian lama, Kate Middleton pada April tahun depan. – Reuters

Wednesday, December 22, 2010

Orang Pertama Mencuba Resepi Tart Telor

Sebenarnya resepi tart telur ni , CA ada tunjukkan kat pesbuk CA …..  cuma teman2 yang link ngan CA sajalah yang dapat resepinya.

Jadi tahniah pada …. Pn Hanizan …

akhirnya berjaya juga merealisasikan impiannya … menghasilkan tart telur yang mabeles …

Pic ni dah agak lama sebulan dua yang lepas ….

tapi tak sempat nak update …cause … resepinya tak sempat masuk sini.

Bila dah tahu ….. Pn Hanizan dah bake tart teloq ….

kami pun … apa lagi …

terjahlah ke teratak batunya ….

tapi … tak masuk umah pun sebab …

ada hal lain  nak diselesaikan …. jadi..

ngobrolnya ….. di depan umah aja lahhh ….

P1000464

Tuan rumah siap hantar ngan tray … ke pintu kereta . Hormat tok guru hehehehe…

Bukan apa…. takut kami tak percaya …

hasil air tangan dia …….

P1000469

Haaaa ni dia tart telur  untuk Tok Guru ….. karya Pn. Hanizan.

Jadikan ……. sedap … mabeles ….

P1000468

Haaaa…. ni lah Sifuuunya ….. ( masih single minglee……. sapa berkenan … boleh hantar proposal kat CA)

mami tanjung yang terlepas ke seberang … hehehehehe

Jadi …. pada sesiapa … jangan lupa …… cubalah resepi tu …..

Selamat malam …. bila free nanti …CA tulis hikayat lagi …..

TART TELUR

Emmmm …. lama tak menjenguk . Sibuk …bizi bizi ….. tak pa kita tak yah cerita pasai bizi bizi keja ni . … Meh kita cerita pasai makan …… itu yang paling best ….
tadaaaa……


Tart teloq ni ….. sebenarnya dah lama buat. Classmate CA yang ajar. Dia dah sifu dah …. mana taknya , tiap2 hari dok buat benda ni ….. banyak tempahan yang dia dapat. Mengambil kesempatan masa dia datang  kat umah …. CA mintalah dia tunjuk ajar ….. emmmmm Alhamdulillah menjadi ….
Meh kita tengok bahan-bahannya dulu
Bahan untuk Crust
250gm butter ( dia cakap …. dia guna margerine ja ….. cap pelangi – org meniaga )
1 biji telur
secawan gula
500gm tepung gandum (CA guna tepung rose)
1 sudu kecil vanila .

Bahan untuk Filling
1 1/2 cwan gula
2 cawan air (boleh dikurangkan …. jika nak keras sikit )
1 cawan susu segar (bedal jaa laah nak guna susu apa , bancuh susu anak pun boleh)
Sedikit tepung kastad (dlm 1 sudu besar)
1 sudu kecil vanila
1 sudu tepung jagung
- Bahan-bahan dicampur semua kacau sehingga hancur dan sebati

CARA-CARANYA
 
Pukul butter dan gula hingga kembang . Dia guna senduk kayu jaaa ……
 
Masukkan telur …..pukul sikit lagi …. dan masukkan vanila
 
Masukkan tepung ….

Gaul rata dan uli jadi doh. 

Sapu acuan dengan sedikit butter , untuk elakkan ia melekat.
Ambil sedikit tepung dan tekankan ke dalam acuan …
 
Potong lebihan tepung ….
 
Tadaaaa … dah siap kulit dia ….
sekarang kita nak masukkan filling dia tadi.
 
Aturkan dalam try … masukkan filling telur tadi …… agak-agaklah banyak mana nak letak ..ikut kehendak hati.
Then bakar .
Suhu 180c , 20 –25 minit. Depend pada oven anda . Kalau oven CA 20 minit ja.
 
Biarkan sebentar … bagi sejuk .
Untuk keluarkan ia dari acuan , Bila dah kurang sikit kepanasannya , agak boleh peganglah  , terbalikkan acuan dan ketuk2 punggungnya dengan sudu …… tart tadi akan longgar dan keluar dari sarangnya.
Lepas tu ….. apa lagi ngap ngapppp lah ….. emmmmm sedap..
Silalah cuba ….
Ok …… CA undur diri dulu …. nanti kembali berhikayat ….

Friday, December 17, 2010

DILEMA ORANG LAMA ……

Heheheheh tajuk kooo

Ni yang dilemanya …. apa ke hai laaa…. taun ni banyak pulak kajian tentang benda yang luar daerah kepala otak aku …..

Aprika laaa

Jepun laaa..

China laaaaa….

India …..

P1020371

pikiirr ….. nak paham benda alah tu ….. Aduhai orang Afrika kaji tak novel-novel kita …

Jenuh nak mengapai  ….cerita aprika ni …..

Dah tu ….watak tak bubuh nama plak tu ……. koooo bubuh laa nama Peah ka , Tijah kaaa(oppp sori Jah …..) senang lah aku nak ingat …

P1020407

Tapi kalau cerita kita …. tak masuk akal pun….. mesti senang ingat ….kan kan kan ….

Cerita … Hikayat Hang Tuah ..

Sejarah Melayu

Pak Pandir ……. memang ingat …. cerita lawak ….

Sekali tu jawab periksa ….. ada laaa satu soalan tentang Ceerita cerita Malay stories ni ….

Nak cerita Pak Pandir ni … pedaya  gergasi …….. jenuh memikir …..

giant_c

apalah perkataaannya ……. perkataan gergasi tu tak datang dalam kepala …

Sekali teringat ….. cerita Ultraman lawan ngan rasaksa…..

Ultraman2-721261

Terus …… diletakkan …. Pak Pandir perdayakan rasaksa…… sehinggalah rasaksa itu mati …

hahahahaaha … koooo hebatnya penangan ultraman …… nasib laaa lulus gak kertas tu …

gamaknya …Lect tu mesti kata …. hampeh … tua-tua pun tengok ultraman lagi …..

Itulah gamaknya … dilema ..orang tua belajar …

lost memory …….hehehehe…

loosee …. and losing …. hehehehe ….

kadang-kadang perkataan yang senang pun boleh lupa ….

Ok …… CA undur diri dulu … bila senang kembali berhikayat ….

Wednesday, December 15, 2010

Kosong ….

Sebenarnya kepala CA ni kosong ….. bukan kosong terus. Tak tau nak cerita apa. Sekarang ni tengah sibuk ngan kuliah … jadi macam ni lah .Idea mati . Orang tua  belajar . Maka setap hari ….  bertapalah CA di sini ….

Picture0017

Cari bahan……

tengok orang …

tenung- tenung …

pikir-pikir ……

Baca sikit ….. menung banyak ..

baca lagi …. dan lagi …dan lagiiii

otak dah berkarat …….

Picture0019

susunan buku jangan kira laaa….

dalam gambar tu baru sikit …..

kalau tengok yng betul …. sama tinggi ngn tuan empunya badan ..

Itu lah …..

Pada yang muda-muda … kalau nak sambung belajar ..

buatlah ….segera ..

jangan jadi macam kami ni …

rumah kata pergi …kubur kata mariiii …mariiii …

baru nak tertungging belajar ….

Tapi …..

Belajar ni tak pernah rugi …. sampai bila pun kita tetap belajar ..

belajar untuk meneruskan kehidupan ….

hari ini adalah peberus hari esok …

Kk… CA undur diri dulu …. nanti kembali berhikayat ….

Monday, December 13, 2010

Ruang Waktu

Aku sendirian …..di sini

menyelak-nyelak halaman …

sambil jemari memetik lantai keyboard …

bukan meniru ….

malahan tidak sesekali memplagiat …

sekadar mencari idea

menambah kata dalam bahasa

Aku …. berhenti seketika ..

memerhati keliling …

kosong ….

rak rak buku ….. dan hanya seorang insan di hujung sana …

Tiba…. roma ku berdiri ….

Kucapai kunci kereta ……

ku….. kendong laptopku ….

Aku perlu pulang ….. maghrib sudah menjelma…

Panggillan Allah itu paling utama ….

Wasallam …….. aku berdiri dan berjalan menuju destinasi ..

Parking kereta ..

Sunday, December 12, 2010

YANG MANA SATU …….

Tanganku …. menyelak-nyelak WARNA PERANG ..

Mataku …. merenung LANGAU MENYERANG MASJID ..

Ahhhhh … mana satu pilihan hati ……

termenung sekejab …….

tungging sebentar ……

CEB5PJCA2QP0EOCANR36WECA0DI9ZKCA2Y728LCAX5UCH9CA323SWHCACMASC2CAE16Y4XCASG66V8CASNEMNFCA8OFWOYCA91YPPSCAJ5QF6XCAUYU1SGCATT12V7CAX31RGOCA7A2O6YCA6HLY22CAKQVRVS

baca lagi ………

kosong …… sferaaa…….dot …titikkkkk …..

capai kunci kereta ……

Aku dah di atas feri Pulau Kapas ……. melawan arus menuju destinasi ……

Saturday, December 11, 2010

MENU KENDURI …..

Tak habis lagi meriwayatkan hal kenduri ….. Menu kenduri orang kampung. Gitulah…..

Pada setiap kenduri family kami , jamuannya adalah nasi Bukhari ataupun orang utara panggil nasi daging …. Tapi dalam banyak-banyak snap gambaq …. gambaq nasi tak ambik ….. cam na bleh terlepas tak tau .

Resepi nasi ini , adalah resepi rahsia ayahanda CA . CA pun tak pernah ambik pusing . Selalunya ambil part tang ….. soru jaaaa. Tapi InsyaAllah nak kena jumpa ayahanda menuntut ilmu ni .

Pada hari kenduri tu , nasi daging tu habis awal…… terpaksa dibackup dengan nasi putih .

Meh layan …… menu untuk pengantin. Namanya raja sehari ….special sikitlah menunya …….

P1020112

Nah ko …… menunya …penuh saprah …. Pengantin tak makan …dah kenyang ….. pengapit yang bedal lebih ….

P1020116

Air asam ….. memang mabeles … duaploh kali ….. dicicah dengan daging …. Nanti bila2 CA kasi resepinya …

P1020115

Gulai kambing batang pisang ….. haihhhhh …dah meleleh air liur ni ….

P1020144

Masak hitam hati dengan limpa …… memang sedap …… CA bedal tak hingat diri ……..lepas tu baru mahasabah …nyesal konon … kolesterolllll …Time menelan…semua lupaaa…..

P1020110

Yang ni …selalu kita jumpa …entahlah sedap ka tidak …. rupa memang cantik….

P1020117

Gulai daging dengan kentang … pun sedap gilaaa ….. aku ni apa yang tak sedap. Tolak batu ngan kayu jaaa…. hehehehee …

P1020153

desert ………. adunan kekanda sulung CA  Kak Yah ….. tengok menarik …tertarik .Tapi tak sempat rasa ……. Kak buattt lainnnnnn …….

P1020113

Penutup acara …… buah-buahan ……. biasa-biasa saja ……buat potong lemak yang dah berketul-ketul masuk perut tadi …….

Orang-orang kuat ……. di sebalik tabir ….

P1020095

Kak Fauziah …sepupu CA …. hahhh …… selamat berpencen …..

P1020096

Kak Zanirah …… sepupu gakkkk …

P1020121

Adik Ipar …Waaa….. senyum manis ….nak sambutt biras baru ……

P1010936

Kakak CA yang no 2  dgn Kak Chik Asiah ….. datang dari KL …. semangat …..

P1020155

Dua org yang sebelah kiri tu … bila masa mencelah masuk tak tau ……memang kaki enterprame …….

Kkk…. CA undur diri dulu ….Nanti ada ruang waktu …kembali berhikayat ……