PESANAN TUAN TANAH KEDAUNG ....

SELAMAT DATANG dan TERIMA KASIH pada rakan-rakan yang sudi berkunjung ke Teratak Chik Att , Sila tinggalkan jejak kalian agar dapat saya berkunjung balas ke blog anda.

Bahan di dalam blog ini boleh dikongsi tanpa kebenaran kecuali GAMBAR FAMILY DAN ANAK-ANAK SAYA .
Yang lain tu ... nak ambil ka... nak kongsi ka ... ambillah ... semoga ia dapat membantu dan memanjangkan ilmu yang ada....saya hanya insan biasa ....

Penegasan ..... komen yang tiada nama (anonymous) tidak dialu-alukan di sini. Maaf jika saya terpaksa men"delate"nya ...

Tuesday, September 29, 2009

AIDIL FITRI

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI ... bernafas lagi kita hari ni. Tahun ni Mr Att kena standby.... peluang aku lerr.... boleh raya bawah ketiak mak ayah. Tapi sebelum tu ..... balik gak jenguk mertua .... masakkan untuknya . Tunaikan kewajiban sebagai anak menantu. Tahun ni kami 9 beradik , 5 orang beraya bersama , 1 raya umah tok ,yang lagi 3 beraya di rumah mertua masing-masing.
Alhamdulillah , pagi raya tu Mr Att dapat balik juga jenguk kami . Bolehlah cium tangan suami. minta ampun maaf (memang banyak dosa pun....ampun yeee... suamiku ....)

Inilah sebahagian photo hari raya kami........ Photo untuk whole family spoil betoi ..... photographer tak terlatih ....ambik sekerat-sekerat ...... apa nak buat .... secanggih mana pun camera .Kalau tak ada teknik pun lingkup and hancusssss juga .....

Inilah keluarga besar kami .... itu pun tak cukup korum. Ada korum dalam rumah asyik layan selera pun tak masuk gak ..... Banyak tema hijau , tahun ni..... depa pakat ... tak bagi tau aku.... sadis tul.... tapi yang melaram sakan tu ...sapa lagi family Mr Att lerr...... Kak echah pun pakai baju kurung .... tapi sampai pukul 12 tengahari je...... dah tak tahan daulat ...

Wednesday, September 16, 2009

APABILA DUGAAN ALLAH TIBA..... KUATKAH KITA

Pagi ini menitis air mata aku....laju ... lebat . Membaca kisah seorang ibu yang kehilangan anak kecil berusia 8 bulan kerana denggi. paparan cerita ini boleh dibaca di http://www.usm.my/kelabppkt/papar.asp?id=86 . Tika itu terbayang wajah Aisyah di mata. Itulah dugaan dan cabaran Allah pada seorang ibu. Pada rakan-rakan layari dan bacalah kisah ini. Semoga hati-hati kita akan ditaburi bunga-bunga kesyukuran kerana tidak diduga seperti ibu ini. Kadang-kadang dugaan Allah itu diturunkan untuk melihat sejauh mana kesabaran dan tahap iman kita.
Pada Ibu Anis Sabrina (walaupun aku tidak mengenalinya) moga kekuatan itu menjadi pedoman kepada kita semua . AL FATIHAH pada arwah ANIS SABRINA (walaupun peristiwa ini telah lama berlaku)

Monday, September 14, 2009

SALAM AIDIL FITRI



AIDIL FITRI akan menjelang tidak lama lagi. Ramadan akan berlalu pergi. Berkesempatankah lagi kita bertemu dengan Ramadan akan datang. Mungkinkah ini Ramadan terakhir kita. Semoga ALLAH memanjangkan usia kita untuk menyambut dan mengimarah Ramadan 2010 akan datang. Pada rakan-rakan yang sudi menjenguk blog Mrs Att yang tak seberapa ni ....jemputlah ambik kad Raya ini , bawa balik dan gantung kat rumah masing-masing yeee...
SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI , MAAF ZAHIR BATIN.

Sunday, September 6, 2009

KENANGAN ......





Ashraff bersama bibik Yem. Kenangan yang telah berlalu. Sekarang bibik sudah kembali ke Medan. Rindu benar aku kat dia. Dia tinggal bersama kami lebih kurang 4 tahun. Seorang pembantu yang amat baik dan kemas. Kerjanya kemas dan rapi. Masak pun sedap. Ashraff sejak berusia sehari diasuhnya .......hubungan antara mereka berdua sangat rapat. Apabila Bik yem membuat keputusan untuk menamatkan kontraknya dengan kami ........ orang yang paling aku risau adalah Ashraff. Alhamdulillah ..... Ashraff ok jee.....

Semalam aku sempat berborak dengannya. Menangis dia di kejauhan ... rindukan Ashraff katanya. Tapi selat melaka memisahkan kita......

Wednesday, September 2, 2009

MY LITTLE PRINCESS


AISYAH....dah 8 bulan...... tu dia tengok mata dia yang bulat. Inilah yang sering mengamit pulang ..... tak kala tugas telah tamat setiap hari. Mata inilah yang menjadi penyejuk hati yang panas ......ubat penenang ketika jiwa gelisah. Anugerah yang tiada nilainya......... (macam manalah ada orang sanggup buang anak..........)

Tuesday, September 1, 2009

Salam Merdeka....


31 Ogos datang lagi. Malaysia sudah mencapai usia 52 tahun ditinggalkan penjajah. Penjajah ... pada fizikalnya sudah lama meninggalkan tanah air kita.Tetapi.... lihatlah...Malaysia hari ini....
budaya penjajah begitu kuat ......... di mana-mana ........... Indahnya jika Islam itu jadi ikutan dan jalan hidup kita......... Maka bagi ibu-ibu seperti aku ini ........ tidaklah rasa gusar dan takut .....mengenangkan anak-anak yang semakin membesar