Semalam 20 Julai 2010 genab usia putera keduaku 5 tahun . Dilahirkan lebih kurang pukul 1.45 tengahari melalui emergency operation ………. Alhamdulillah walaupun mengalami komplikasi ketika bersalin. Ashraff membesar sama seperti anak-anak lain. Cuma di awal kelahiran sehingga umur 3 tahun pergerakan motor dan pertuturannya agak lambat. Tapi Alhamdulillah …… sekarang cakapnya semakin banyak. Dan perbendaharaan kata yang diperolehinya di sekolah…… kadang-kadang mengejutkan kami sekeluarga….
Buat anakandaku …. HAPPY BIRTHDAY , SAYANG …..
Didoakan agar menjadi anak yang soleh dan dilimpah kerahmatan yang tiada berkesudahan dari Allah …
Mama , Baba , Abang Ariff dan Adik Aisyah ……. sentiasa berada bersamamu dan akan sentiasa menyayangimu……