PESANAN TUAN TANAH KEDAUNG ....

SELAMAT DATANG dan TERIMA KASIH pada rakan-rakan yang sudi berkunjung ke Teratak Chik Att , Sila tinggalkan jejak kalian agar dapat saya berkunjung balas ke blog anda.

Bahan di dalam blog ini boleh dikongsi tanpa kebenaran kecuali GAMBAR FAMILY DAN ANAK-ANAK SAYA .
Yang lain tu ... nak ambil ka... nak kongsi ka ... ambillah ... semoga ia dapat membantu dan memanjangkan ilmu yang ada....saya hanya insan biasa ....

Penegasan ..... komen yang tiada nama (anonymous) tidak dialu-alukan di sini. Maaf jika saya terpaksa men"delate"nya ...

Tuesday, May 31, 2011

swiss rool …

 

Lama betul tak mengupdate …

mana taknya …. kat keyboard ni huruf K dah tak berfungsi …

terpaksalah gunakan screen keyboard ……  untuk huruf K sahaja …

sakit jiwa betul ……

Lama betul tak menayang masakan kan

meh tengok projek CA …

DSC00017

bahan2nya mudah … dan caranya pun mudah sahaja …

jangan khuatir yang murid-murid …

 

Bahan2nya …

250g tepung sponge mix

4 biji telur saiz b (yang disimpan di dalam peti sejuk semalaman )

75 g butter – dicairkan

1/4 cawan air sejuk

sedikit choc paste

jem (kalau pekat bancunh dengan sedikit air panas )

CARA-CARANYA

1. Masukkan tepung , telur dan air sejuk pukul dengan kelajuan tinggi selama 10 minit .

2. Masukkan butter yang dicairkan dan kaup balikkan hingga rata

3. Asingkan dalam 3 atau 4 sudu dan campur dengan choc paste – masukkan ke dalam plastik kecil yang diikat

    dengan getah.

4. Tuang bakinya ke dalam tray . Tray hendaklah disapu dengan butter dan dialas dengan tracing paper

5. Untuk buat corak sarang labah2 … buat bulatan

DSC00001

6. Gunakan lidi satay … tarik dari bulatan kecil lurus ke tepi , dia akan jadi mcm gini

DSC00005

7. Bakar dalam suhu 180c selama 20 ke 25 minit . (Kalau oven ada kipas –offkan  kipas)

8. Bila masak …. atas tracing paper (kertas minyak) – kalau tak ada guna tuala napkin pun boleh.

    Terlangkupkan …  buang kertas lapik . Tunggu sekejab … sapukan jem kesukaan anda .

    Gulung dengan berhati-hati dengan menggunakkan tracing paper atau tuala tersebut.

AMaran : jangan gulung terus dengan tangan ….kek anda bakal bersepai …..

 

ok … murid2….. harap boleh faham .

Cikgu cuti sekolah sekarang ni ……. tapi kena pegi sekolah gak.

Tension betullah . .. ….

DSC00025

Cik Minah ni …… memang suka bergaya sekarang ni …..

Friday, May 27, 2011

Cuti sekolah . . . Byk projek. .


Esok start cuti sekolah.
Tentunya ..... majlis walimatul urus pun banyak...
kita2 ni ..... tentu dapat banyak jemputan ....
CA pun dapat banyak gak kali ni ... terkini ... 5 minit lalu ..
sepupu jemput majlis pertunangan anak dia .... jumaat depan.


Aduhai  ...
big boss ... cuti dah kena reject ...
nampak gayanya menapak sensoraang la gi makan kenduri ....
korang macam mana ...
kalau dah sampai era mcm CA ni .... tentu banyak kan ..


Bab jemputan ni ...
kalau takat  kirim kad ....
tak lah rasa berat sangat ...
boleh jeeee ... kirimkan salam ....


yang tahap ..... datang jemput sendiri ...
itu yang tak tahan tu ....
terpaksalah gagah2kan diri juga .....
tambahan yang datang dari jauh ....
kena pegi juga ....


Korang cam na........


Thursday, May 26, 2011

Bermain dengan kertas



 Exam hari ni last.
CA dah start berperang dgn kertas jawapan.
Nasiblah ngajo satu pelajaran utk 1 kelas. Jd periksa kertas pun 30 shj lah. 2 paper 60 skrip.
Kertas 1 dah siap , tinggal kertas 2.
Esok lusa siaplah tu.
Semua cikgu2 dok pakat pulun semak kertas , report kena smpai jpn minggu depan.
Apa lagi. . .

Kejo yop kejo. .

Tuesday, May 24, 2011

PUSAT REKRIASI AIR PANAS ULU LEGONG , BALING

 

Kami ke sana tanpa dirancang .

menghadiri kenduri seorang rakan di Bongor , Baling.

Makan tak sedar diri …… sedap …..terbayang sampai hari ni ..

betullah kata orang ….. masakan org Baling memang sedap ….

sampai gambar pun kami tak ambil ….

Selepas usai kenduri  …. kami ke Pusat Rekriasi Air Panas Ulu Legong , Baling

Chalet telah ditempah semasa dalam perjalanan .

CA ambil deluxe chalet RM120.00

Meh layan ….

P1040076

Mercu tanda….. tak sesat dahhh ….

DSC00122

DSC00125

Petangnya kami turun   …… sekadar merendam kaki kat kolam kanak2…

2 orang tu ….. memang tak melepaskan peluang …..airnya suam2 kuku …

DSC00134

chalet kami ….. tak sempat ambil gambar kat dalam ….

DSC00137

DSC00144

Pagi esok masuk lagi ……….. air dah panas . Kolam kanak2 pun dah tak tahan nak masuk …..

DSC00148

Depan chalet kami ada taman permainan ..

Malamnya …….. Baba seorang saja yang turun .

kami semua membuta ……. tapi dilihat ramai yang datang .

Siap bawa khemah lagi …..

Tempatnya cantik dan bersih …..

satu hari nanti cadang nak pergi lagi.

Monday, May 23, 2011

Peperiksaan bermula. .


 Sekarang anak-anak didik sedang memerah otak menjawab kertas peperiksaan bahasa arab. Minggu ini , boleh dikatakan kebanyakan sekolah sedang berlangsungnya PKSR1 . Minggu depan cikgu2 pula berjuang untuk memeriksa kertas. Lepas tu cuti ......


Pada pelajar2 semua ......... selamat berjuang .....

Al Fatihah buat anak2 di Madrasah At Taqwa Hulu Langat yang kembali ke rahmatullah dalam tragedi yang menyayatkan hati.
 Semoga ditempatkan di kalangan orang-orang solihin  ... AL Fatihah ...

Tak perlu diriuhkan... berdaftar atau tidak  di dalam buku daftar dunia .....
kerana .... memperjuangkan kalam Alllah ... tak perlu pendaftaran .....
modalnya .... hanya hati ikhlas dan tawaduk sahaja.....

Wasallam .....

Friday, May 20, 2011

Kem anak soleh


  Sekarang sedang berlangsung ceramah motivasi utk pelajar dan ibubapa tahap 2 yg berlangsung hingga hari ahad. Salah satu bukti bahawa guru sanggup berkorban masa dan tenaga demi memastikan kejayaan anak2 dari segala segi utk melahirkan insan kamil dunia dan akhirat.


Bukan CA nak menunjuk ka apa  atau niat apa2  , sekadar memaparkan secebis .... tugas  rutin seorang guru biasa yang selalu dipandang sebelah mata ....

Thursday, May 19, 2011

Nasi goreng mak tok


Dihidangkan dlm nyiru bersama keropok , sambal belacan , ulam2an , ikan kembung goreng dan sup ayam.
.
.
.
brurrrrr ..... kenyang

6 hinggit ....

Wednesday, May 18, 2011

Melepaskan Perasaan , Terima kasih Cikgu

Sekarang ni semua org busy

16 Mei … tertunggu2 gak apa Pak Menteri nak umum untuk cikgu2.

Hampeh …. zero…

Tak ada apa pun untuk

golongan marhain ni ….. dok la kat takok  tu juga ..

Ni … nak habaq laaa kat Pak Menteri ..

Yang dok buat kheja  … dok mengajaq bagai nak gila

tertungging terbalik ….

siang mengajar … Petang mai kokurikulum ,

latih sukan … ajaq kawad …

Malam mai lagi …. kelas tambahan pulak.

Sabtu ahad mai lagi …. ada motivasi

khemah ibadat ..

kem Bestari  solat

Jaya waris … dan segala mak nenek  … program

Jadi …. kalau nak buat sesuatu …… selamilah dari akar umbi

Jangan main … buat program dan umum ikut perancangan dasar saja .

Tapi bagi CA itu tak jadi hal.....

mengajar  dan mendidik ni ..... buat dengan hati ikhlas ..

tak pernah pun terfikirkan .... imbalan dan anugerah ..

Jika...ikhlas... ALLAH  lebih tahu ....

Hari ni tak ada gambar … jadi layanlah satu video



Bagi CA amat bererti … dan mendalam maknanya

CA sendiri teringat dan terkenang guru CA masa sekolah rendah ,

sekolah menengah .....,

di maktab

di UM dan di USM  ..

juga teman2 di beberapa buah sekolah yang pernah CA jejakkan kaki ...

Terkenang  guru-guru .... yang dulu mengajar dengan ikhlas .... doa yang tidak berkesudahan untuk mereka ...

Hari ni …..

Harap ….. jangan ada yang terasa hati

Hari ni hangin skit … hahahahaha

Monday, May 16, 2011

Snack plate . . .


 Ummph. . . Dah tinggal plate.
KOG ... apa macam ... dah tertunaikah idaman hati ..
Lepas makan hati riang ...
balik umah ....
bleh tidur dengan girang ...
sebabnya ....
hari ni ... dapur tak berasap ....
malam .... makan biskut kering ...
Maknya ...dah gantung kuali ... hahahahah


SELAMAT HARI GURU PADA SEMUA YANG BERGELAR GURU .....


Bina jiwa ...demi   agama , bangsa dan negara... (slogan sendiri)

Sunday, May 15, 2011

Second trial. Upload by phone


 Tok wan , masih sihat. Ada d rumah mak dah seminggu. Seronoknya bila mdpt jumpa cicitnya

Saturday, May 14, 2011

Putik. . .


Manggis dah berputik. Sebulan dua lg boleh makanlah.

Wednesday, May 11, 2011

NAK TULIS JUGA …

 

Tak sempat nak ngobrol panjang2 ..

lepas Ashraff keluar spital … maknya yang tertonggeng demam plak .

Hari ni mai keja …. dengan pala yang bluurrrrrr …

Tapi .

.

.

.

 

jommm minummmm …

Masa itu cemburu. .

Kata org. Tapi cepatnya masa berlalu

Sunday, May 8, 2011

ASHRAFF SEMAKIN STABIL …

 

Terima kasih pada rakan2 yang mendoakan Ashraff.

CA ada juga blogwalking ke blog kengkawan , ada yang tinggalkan komen ada yang tak .

Picture0031

keadaan Ashraff pun dah semakin stabil …..

Doktor …. kata platelet darah putih dia agak tinggi … tandanya jangkitan kuman.

CA pun tak pandai sangat …… cuma berharap tak dak masalah lah …

setakat dah 5 botol air dah masuk dalam badan dia …

dia dah boleh makan dah sikit2 …. badan pun dah segar banyak dah

cakap pun dah banyak … sampai tak berenti-renti  …

petang ni . dia layan ultraman kat  youtube  sampai maghrib ….

sekarang CA suruh dia baca buku … CA plak nakngadap pc

Picture0035

Thank to all nurse yang begitu prihatin ….

and exspecially to our Pediatrician Dr Dinesh 

Harap2 esok dah boleh keluar ward ….

Mak dah tension wehhhhhh

Saturday, May 7, 2011

TAK TERDUGA

 

Seminggu ini tak banyak dapat bersiaran.

Sekarang Ca bersiaran langsung dari hospital dari atas kerusi malas.

Picture0024

Inilah sebab kenapa CA bersiaran dari katil hospital …

Pagi tadi …. Ashraff terpaksa admit ward di Bagan Specialist Hospital

selepas muntah muntah dari malam tadi .

Dalam 2 minggu ini kesihatannya agak kurang memberangsangkan.

CApun taktahu …..beberapa kali rujuk ke klinik pakar kanak2 di Butterworth ni

tapi keadaannya masih tidak stabil …..

Akhir bila dia masih muntah2……kami terpaksa bawa dia ke sini …untuk rawatan lanjut .

Alhamdulillah hasil scan dan xray …. semuanya normal.

Cuma masih tunggu keputusan darah sajalagi ..

Ashraff pun makin stabil selepas di masukan 2 botol air.

cuma dia masih muntah apabila ambil makanan …..

Doa CA ….. dia akan makin stabil dan beransur sembuh .

Thursday, May 5, 2011

AYAM MASAK MERAH MADU 10

 

 

 

DSC00900

 

Anak-anak murid yang terlebih kreatif

 

DSC00920

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

ini rupanya

kecik kecik dah pandai bab bab madu ni

mana idea yang korang kaup pun tak tau

KURSUS ASAS KEUSAHAWANAN

Ini projek CA cuti sekolah hari tu ..

Saja ja…. mengisi masa yang ada.. sekurang-kurangnya menambah ilmu yang ciput didada ni.

P1030792

Dalam ramai2 tu …. CA ja yang terkeluar dari daerah profesion ..

rata-rata yang datang ..semua dah ada produk sendiri .

Bila time suaikenal …… CA ja … yang tak ada produk …. hahahaha

Tapi ilmu yang dapat ….. Alhamdulillah banyak sangat .

Yang tak tau jadi tau …..

Di sini …… CA dapatlah bertemu dengan usahawan2 iks..

dengar cerita jatuh bangunnya depa nak memasarkan produk diaorang …

 

P1030791

En. Muzaffar … instruktor hari tu ….

Bolehlah … presentattion dia …. cuma kena tambah aktiviti skit … jangan kasi orang mengantuk ….

CA … asyik menguap ja…….

P1030800

aktiviti hilang mengantuk ….

Cikgu dah ariff dah trick ni ……

Antara produk hasil rakan-rakan

P1030802

P1030805

Yang lain tak sempat nak ambik gambaq …

diaorang bagi rasa terus ngap …

antaranya … rempah kari mami , kopi , kuah rojak , homemade choc , minyak kelapa dara , kuih , frozen kuih  dan macam2 lagi…

Itu saja berita hari ni ya murid murid …

entry boringkan …

korang layan je lah ……

Wednesday, May 4, 2011

AKTIVITI SANTAI DI KAMPUNG

 

 

Aktiviti hujung minggu … kat rumah kakak baba (MIL tinggal kat sana skrg)

Rumah….  ditengah sawah

Jadi aktiviti kami  berdua …

apa lagi ……

 

DSC07969

Baba …… tengah tnjuk skill

 

DSC07974

 

dapatlah ….. puyu …. dengan lampam ..seekor keli ..

CA … jadi tukang bawa plastik tu je lah

 

DSC07976

 

Pas tu baba ajak gi kat telaga ikan abang ipar  ….jauh kat tengah tu

motor tak leh masuk … kena jalan kaki …

yang nampak ada 2 pokok  kelapa tu …..

Ya Allah …. azab betul nak sampai …..  CA toobat dah tak moo pi lepas ni

menggeletar pala lutut 

 

DSC07978

 

menggelakkan batas sawah yang kecil dan licin

lalu kat ban sungai … yang penuh semak samun …

tapi … kena ingat .. ada perangkap tersembunyi …

apanya ….sekali kita pijak ingatkan tanah …

rupanya jerami ……. berdesup… kau terpegheluih masuk lobang sampai pangkal peha …

pas tu menjerit2 ropa orang gila….. nak naik tak boleh

DSC07979

akseksori … ke bendang

punca … CA ….

bedebub debab tergelincir macam nangka busuk …..

control macho …. hahaaa

Tuesday, May 3, 2011

SIBUK … ITU ALASAN

 

Assalamualaikum …wrb….

seminggu menyepi …..

bukan tak rindu rinduan nak mengupdate …

tapi ….

kalau dibagi alasan ini ….

nanti … takut orang kata …

hekelehhhh ….. orang lain exam tak bising-bising pun

tak riuh bagi tau orang kampung pun ….

orang len pun belajaq gak ……

tapi ……. itulah hakikatnya  yaaa… dek  dek non semua  ….

sebab …… orang tua belajoooo kan …. otak berkarat …

Tapi yang sebenarnya …..

takut sama …. ini final …. kalau lingkup….

tak sanggup CA nak mengulang paper …..

yang ni pun dah hazabbbb dah ………

habih habih paper yang last tu  …… rasa dunia ni lapang …. tenanggggggg …

pas tu …. sempatlah pi merehatkan otak sekejab …. sempena cuti ni …

yang tu nanti CA citer …….. best tapi sengsara ……

sebagai pengubat jiwa …

CA sajikan …

IMG_0289

kenkadang masammm …

kenkadang manis …

kiranya masam masam manis … gitu …

jemput jemput ……