PESANAN TUAN TANAH KEDAUNG ....
Wednesday, November 30, 2011
Tuesday, November 29, 2011
CUTICURA …
bedak ni nostalgia betul …
.
.
.
Dulu kecik2 … membesar dgn bedak ni lah …
itu … kira hebat dah …
kalau tak …
tempek ngan bedak sejuk jeee…
.
.
.
saya pun nak try lah …
memang besttt …
Lobang hidung …
boleh bikin meriam da…
Saturday, November 26, 2011
KUIH PAU …
Hbernate lagi ….
Kenapa !!!!!
Mak mentua ada di rumah …
Jadi …. tunjuk baik lerrrrr …
Kuih Pau … kegemarannya …
Time dia datang … baru ler saya rajin membuatnya …
Nak resepi, kauorang pegi sini
Cuma kali ni …. guna inti kacang merah ..
Mudah saja …
Kacang merah dalam tin diblender ..
Masukkan gula dan sedikit garam .. (rasalah …. semanis mana yang anda mahu)
Masak sampai agak2 kering …
cuma …
sambutan dari anak2 kurang menggalakkan ..
mereka lebih suka inti kacang hijau …
.
.
.
Dan … tadi …
Mak dan baba serta Ariff dah bertolak pulang …
menjenguk teratak nenek kebayan
Yang hampir 3 bulan tak dijenguk ..
Baba ambil cuti khas 2 minggu …
Untuk bersama ibunya di teratak itu ….
Merealisasikan kerinduan ibu … pada rumahnya..
kami akan menyusul hari khamis nanti ..
Usai cuti baba …
Mak akan kembali dihantar ke rumah kak sulung baba …
Sementara menunggu cuti sekolah yang akan datang …
.
.
.
Mak ….
Sentiasa menghitung cuti sekolah ..
Kerna dia tahu …
Tika itulah …. dia boleh kembali ..
menjenguk rumahnya …
Melepas rindu ..
Melepaskan dendam …
Melepaskan segala kekusutan jiwanya …
.
.
.
Pada teratak yang dibina bersama arwah ayah
Melihat tanaman dan kampung yang telah dipugarnya …
Bersama orang yang tercinta …
Yang terlebih dahulu menyahut panggilan Ilahi ….
.
.
Saat yang paling indah bagi kami ..
Apabila melihat senyumannya yang tak putus2
dan wajah kepuasannya
Bila menjejak kembali rumah tuanya …
.
.
CA emosi lak …..
Thursday, November 24, 2011
GAYA DAN KEUNGGULAN ~ 3 Ketoi …..
Paling tak tahan ..
gaya si baju kuning ..
.
.
.
Tiap-tiap hari soalannya adalah sama ..
“Hari ni kita nak pi mana ?”
.
.
.
Aduhai … anak …
Kesian …..
Maknya … dulu … time cuti ..
create sendiri apa nak buat ..
.
.
.
~ nak masuk hutan rembia
~ nak lastik burung ..
~ tangkap ikan karin (ikan laga)
~ nak buat chap plong
.
.
Sabarlah anakku ..
Mak & Baba … tak cuti lagiiiiiiiiii ……
Wednesday, November 23, 2011
Entry Bengong …
Padan muka !!!!!!
Tanduk tumbuh …..
4 penjuru ….
selepas berhibernisasi selama 5 hari ….
keh keh keh …
Friday, November 18, 2011
SELESAI ….. Selamat bercuti murid-murid dan cikgu2 …
Alhamdulillah ..
Semuanya yang berkaitan dengan pelajar dan selesai …
Yang tak selesai adalah tugasan ..
SELAMAT BERCUTI SEMUA …
PADA PELAJAR
&
RAKAN GURU
Pada rakan guru ~ kita masih terikat
.
.
.
dgn
.
.
“Surat Pekeliling Kementerian Pelajaran KP (PP) 0046.SJ/A(30) bertarikh 24 Disember 1993, guru berkelayakan mendapat cuti penggal sekolah untuk menggantikan cuti rehat. Tetapi guru boleh dipanggil bertugas oleh Pengetua tidak melebihi separuh daripda jumlah cuti sesuatu tahun untuk menjalankan tugas-tugas selain daripada mengajar biasa.”
.
.
.
maka
.
.
wahai rakyat jelata semua …
kami kaum guru ….
Bukan bercuti sepanjang cuti sekolah
keh keh keh …
harap maklum …
.
.
.
Dan
.
.
saya sendiri belum dimaktubkan lagi bila boleh bercuti
dengan tenang dan selesa …
.
.
Apapun …
tetap akan bercuti …
Jadi ….
jangannn jeleessssss …..
keh keh keh
UPSR–Tahniah pada yang dapat 5A
Alhamdulillah keputusan UPSR tahun ni amat memberangsangkan ….
Pencapaian 5A sekolah kami meningkat 100% …
Dan juga pencapaian GPS juga agak memberangsangkan iaitu 2.09 …
Walaupun di target bawah dari 2.0
Kira ok lah tu ……
Tahniah pada guru2 Tahun 6 ..
dan juga guru2 akar umbi …
pengorbanan semua hanya Allah yang dapat membalasnya ..
Wajah2 gembira …. guru2 menatap keputusan UPSR
Semasa pembentangan kepada guru2 ..
Hari ini ~ kita raikan bersama-sama rakan guru
esok …
InsyaAllah ~ akan ada satu lagi jamuan kesyukuran bersama pelajar pada jam 11 pagi .
TAHNIAH … TAHNIAH DAN TAHNIAH LAGI
(Terlupa nak ucap dalam ucapan tadi )
Thursday, November 17, 2011
RM100 …. Orang bagi , kita ambil …
Berukband aku ni macam beruk kerabat pokok nyoq …
berdenyut macam siput keturunan khinzir jaa…..
tension gilaaaaa ….
Mai nak habaq ni …Celcommmmmm ……
Cheqq ni tak pernah culas bayaq bil… tau ….
teradvance lagi adalah …
Cubalah bg advance service skit kat kami ni ….
.
.
.
Hari ni …. di sekolah mula diserahkan wang bantuan persekolahan sebanyak RM100.
Bukanlah … nak mengata ..
pada parent yang prihatin dan memahami tu …
amat2 lah kami hargai dan berterima kasih …
tapi … ada gak segelintir yang tidak faham ..
Di dalam surat dah dinyatakan pemberian wang akan dilakukan pada pukul 12 tghari .
Maka …. tak perlulah subuh subuh sapeeeiiiii … tu mai ..
dah tu terjah cikgu kelas … marah2 …
Cikgu2 tu pun banyak kerja ….tambah2 dah akhirnya ..
macam2 yang perlu diselesaikan …
Dahlah marah2 …
bagi idea pulak …. minta cikgu dahulukan duit cikgu dulu …
Aduhai ….
Mcm2 manusia ni …..
Yang heran tu ….. muka2 ni lah juga …
Bila kita panggil mai sekolah … nak selesaikan masalah anak ..
Punya payah nak mai …
Bab duit cepat pulak ….. ish ishhhh …
Pada ibubapa yang memahami …. jutaaan terima kasih ..
Kami amat2 menghargainya ….
Deretan fail …. yang mengandungi maklumat dan prosedur penyerahan wang bantuan tersebut ..
- Pertambahan beban kerja guru …
Serius kira duit ……
Tumpang gembira …..
bantuan ni sekurang2nya dapat mengurangkan beban ibubapa yang kurang berkemampuan ..
ALhamdulillah …..
.
.
.
Dan hari ini adalah hari yang memenatkan … tapi banyak perkara baru dipelajari ..
Selamat Datang pada My Big Boss baru …..
Sama2 kita berganding bahu memacu kecemerlangan sekolah dan pelajar …..
Panjang pulak entry ni ….
Wednesday, November 16, 2011
SURPRISEEE……
Aku malas nak mengarang cerita ..
korang bacalah cerita di bawah ..
.
.
.
.
Aku baru berkahwin setahun yang lepas dan duduk dengan isteri aku.
Kami duduk berdua sahajasebab belum dikurniakan anak.
Aku ni ada satu kegemaran -iaitu makan telur rebus.
Aku pun taktahu kenapa aku suka makan telur rebus, sedap agaknya.
Sebelum aku kahwin, aku memang gila telur rebus. Pagi petang siang malam makan t...elur rebus.
Tapi semenjak aku kahwin ni aku terpaksa berkorba...nlah, iaitu denganmeninggalkan tabiat aku ini.
Lama juga aku dah tak pekena telur rebus ni.. sebab orang rumah aku masak sedap-sedap..
so aku dah tak kisah lagilah.. Ceritanya begini, bulan lepas masa aku balik kerja, tiba-tiba kereta aku rosak..
Akupun telefon bini aku katakan aku balik lambat sebab kena menapak.
Sebab lapar akupun singgah satu kedai makan tu... ada telur rebus lah..
akupun makan nasi dengan telur rebus.. lepastu aku order telur rebus lebih lagi untuk diratah.
Sebelum balik aku bungkus lagi 10 biji telur rebus untuk makan sambil berjalan balik nanti.
Tiba jekat rumah aku rasa amatlah kenyang.. maklumlah balas dendam sebab lama tak pekena telur rebus.
Sebelum aku masuk kerumah,isteri aku tiba-tiba cakap dia ada'surprise' untuk aku malam ni.
Dia suruh aku tutup mata dengan kain hitam yang diikat kemas dibelakang kepalaku.
Dan dipimpinnya aku sampai ke meja makan Aku duduk dikerusi dan isteriku pesan jangan cuba buka,
Aku nak pergi toilet sebab perutku mula buat hal, tapi malaslah nak spoilkan 'surprise' isteriku ini.
Aku puntahan ler... Tetiba telefon berbunyi, isteriku pergi mengangkatnya.
Apa lagi ada chance aku pun melepaskan kentut yang ditahan sekian lama..
Fuuuuhhh legarasanya... bau boleh tahan...
maklumler berapa biji telur tah aku bedal tadi...
Alamak.. ada lagi satu la..
aku pun angkat sebelah punggung dan lepaskan satudas lagi.. bunyinya PROOOTTT!! ..
fuh bau jangan cakap beb.. aku pun tak tahan bau dia...
aku kipas pakai tangan angin dia kasi kurang sikit bau dia... adalahmacam bau telur tembelang sikit..
Tetiba aku dengar bunyi telefon berdering lagi...
hai lamanya tunggu isteri aku ni, aku tak sabar lagi ni nak tahu surprisedia ni.
Aku terasa ada lagilah, kali ni memang aku rasa power punyalah.. aku kumpul dulu kasi padu..
lepastu aku bangun, tonggeng sikit dan lepaskan angin taufan tu... PRRROOOOOTTT!!!!...
fuhh lega... bergegar sikit meja makan dibuatnya...
peh tak tahan aku bau dia power gila.. aku tutup hidung aku..
aku rasa bau dia ada sikit-sikit macam bangkai la..
mau mati bunga atas meja makan aku ni..
sambil tu aku sebut'ahhhh.... lega...'.
Adalah dekat 5 minit baru bau bangkai tu hilang..
Lepas tu isteri aku kembali dan minta maaf sebab lambat..
lalu dia kata 'SURPRISE!! HAPPY BIRTHDAY!!' dan suruh aku buka kain penutup mata aku..
laaa birthday aku hari ni le...
camne boleh lupa ni..
Aku buka le kain penutup mata aku..
mulutku terusmelopong...
ALAMAK!!! Benda pertama aku lihat..
muka merah padam pak mertua aku,
mak mertua aku,
adik ipar aku dua orang,
duduk keliling meja makan.
Bos aku dengan jiran sebelah rumah rumah aku pun ada!!. ?
jadi aku pun nak kaber malu,
aku tanya la kat pak mertua aku.
'dah lama ke pak sampai?'
.Dan pak mertua aku punjawab.'Dah lama.
Sebelum kentut pertama lagi!!'.:
.
.
.
.
cerita yang 130% aku ambil kat fb member …
keh keh keh ….
Tuesday, November 15, 2011
PACKAGE DI PULAU JEREJAK RESORT
Sebenarnya CA sendiri yang teringin nak ke pulau ni ..
tu yang ….. pi dok riki ni ….
Pakej yang disediakan …………..
CA la ni kalut sikit …
Faham2 sajalah …
Minggu ni … minggu akhir ..
Jadi banyak yang kena selesaikan ..
CA tetap BW ke blog … cuma tak letak jejak tapak tangan jaaa…
Ramai yang kata …
untung jadi cikgu … cuti banyak ..
Tapi hakikatnya …. walaupun cuti sekolah , kami tetap bekerja ..
CA , Nov ni belum bercuti lagi …
selesaikan perkara 2011 , dan persiapan untuk 2012 ..
Awal Dis … cuti 2 minggu … dan kemudian ..
Kembali bekerja …..
Dan ..
Cadang2nya …. nak ke Pulau Jerejak ja ..
Kemudian balik kg … menjenguk rumah nenek kebayan yang hampir 3 bulan tak dijenguk …..
Apa dah jadi pun tak tau ….. entah2 ..
tiang pun dah hilang …
Monday, November 14, 2011
JETI PULAU JEREJAK RESORT
Jumaat lepas ..
Sementara menanti flight landing kat airport Bayan Lepas …
Kami …. sempat meneroka ke sini ..
Jeti untuk ke Pulau Jerejak …
Tempatnya menarik dan cantik …
Dari kejauhan …. Jambatan Pulau Pinang ..
Arah ke tempat naik bot …
Ramai yang menjala udang …
Hampir penuh baldi cat itu dengan udang hidup ..
yang besarnya sedang2 ..
Tak sampai 2 jam … diaorang menjala …..
Next …. CA cerita tentang package di Jerejak Beach and Spa Resort …
menarik gak …
.
.
Hari ni …. 1 hari tertungging ….
Sakit habih tulang temulang …selepas kenduri semalam ….
Friday, November 11, 2011
START DAH …..
Sampai pukul 12 tgh malam..
aku dok try online SGM ni ….
Jadi cikgu ni … pun ada bengongnya juga …
subuh ni bangun .. buka lagi ..
baru terpikir nak jengok web kementerian ….
Sakit jiwa betoiiiiii !!!!!!!!!!!!!!!
apasal dia tak bgtau awal2 …
.
.
Kenapa kami kalut sangat dengan benda alah online ni …
Sapa yang tak isi …
dan tak capai target ….
.
.
.
.
.
.
.
jawabnya
.
.
.
Kena pegi kursus …
.
.
mak ni ….. sejak kembali remaja ni … keh keh keh ….
dah tak larat dah nak kursus-kursus bagai ni …
dah loya …nak muntah …
Dah boleh hafal2 dah skrip2 kursus …
..
Cikgu2 lain … komeeee … dah ke ..
ke jadi mcm aku ni …..
.
.
dan …. pagi2 ni ….
aku dah start bersin ..
bersin …dan bersin …
bersin lagi ….
Thursday, November 10, 2011
Ambil Napas …
Aku bengang … kepala aku kembang ..
first ~ tengok result exam Ariff ……
Second ~ online SGM dari pagi tadi tak boleh2 …… esok last date … apasal aku baru tahuuuu !!!!!!……
Aku rasa mahu jerittttttttt ……
takut pulak ada yang pengsan karang ..
Susah pala budak2 .. nak teka … gajah ke rimau
keh keh keh …
.
.
.
.
.
ahhhh … balik awal lah …..
KAPAL TERBANG
Apa ke heiii …….
.
.
.
.
Pokok kapal terbang ….
Garu2 pala ..
tepuk2 meja …..
Sapalah yang bagi nama …..
Wednesday, November 9, 2011
PERTUNJUKAN UDARA PERCUMA ….
Ini bukan pertunjukan udara LIMA ….
Juga bukan fighter dari TUDM …..
Photo – shoot dgn camera duck brand …..
masa bersantai-santai … melangut depan rumah nenek kebayan ….
Setiap makhluk Allah punya arah dan destinasi dalam hidup ….
Final destination kita …????? …
zaaassss……….
Tuesday, November 8, 2011
RENDANG ARNAB
Cadangan menu …
rendang arnab cicah ketupat ….
aku tengok …. terbayang kucing ..
pejam mata … terbayang kucing …
Tengok kucing terbayang arnab
Akhirnya … muktamad …
.
.
.
.
Rendang ayam …… cicah ketupat …
.
.
.
Mabuk daging korban …..keh keh keh ….
Saturday, November 5, 2011
SALAM AIDIL ADHA …. & VIDEO TERHANGAT …
CA mengucap Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Adha ..
Korang buat korban kee…
Ada duit lebih berkepuk2 bawah bantal tu ….. bleh la buat ..
Sekarang ni ….. setumpok daging (tahu tak setumpok tu hapa … cari dalam kamus Bahasa Kedah)
RM 400 … ada gak RM360 .
Kalau kambing …. ada yang menjangkau RM700 ….
Mahal gak kan …..
Nak buat cam na kan ayam pun dah 9 hinggit lebih sekilo ….
Tapi … jangan ada pulak pi buat korban ayam plak …. keh keh keh …
Buat santapan semua ..
Dipersembahkan video terhangit ….
Anak2 Kecil TADIS … di Konvokesyen TADIS Negeri Pulau Pinang 2011
SALAM AIDIL ADHA ….
Diumumkan …… saya cuti sampai rabu …..
.
.
.
Tapi
.
.
.
Tok Laki … cuti Ahad saja …. huwaaaaa …..
Friday, November 4, 2011
Ijazah Kedua …
Tahun lepas masa … umur 5 thn
Tahun ni dapat lagi …
Hebatkan bebudak la ni …
Kita dulu … habis tadika pun tak sedar ….
Tup tup masuk darjah satu saja ….
Ayah .. hantar hari pertama saja …
Lepas tu ….. pandai2 lah engkoo ….nak hidup ..
Mak langsung tak ambik part …duduk rumah … masak …
Sekarang ….. Bulan pertama pun ada lagi mak ayah yang datang ..
Tunggu anak ….bersuap bagai … takut anak
Dah tu … bilalah anak tu nak belajar berdikari ….
Bulan Januari 2012 … nanti bleh tengoklah ….
Ramai ibu bapa dari murid kat kantin sekolah ….
keh keh keh …silap2 depa pun beratur sekali dalam perhimpunan ..
Dah … meh tengok gambar mamat kecik ni ambil Izazahh …
Jgn buat main …satu Penang tu …
Tenggelam kepala kepala ….
Dua kali dah pakai jubah ni ….
Sekali lagi dapat gelaran doktor lah keh keh keh …
Peace no war …. keh keh keh …..
Thursday, November 3, 2011
KAK CIK KEN ROSMERI …
Lama tak menayang bab makan ni ….
Meh tengok … rupe ai yang meleeetoppp ni …
Rasanya …. huhhhhh memang melelh ..
Resepinya yang betul-betul … korang gogglelah sendiri …
CA pun main belasah jaaa….
Ni resepi CA … nak ikut … ikutlah …
1. Halia , jintan manis , lada hitam , rosemery ~ tumbuklah sesuka ati ….. jumlahnya pun ikutlah sesedap rasa .
2. Bawang putih goreng ngan minyak zaitun , campur dalam bahan di atastumbuk dan adun .Tmbah gula dan garam secukup rasa .
3. Lumurkan kat ayam tu . Peraplah sejam dua … lagi lama lagi sedap.
4. Potong tomato , capsicum , kentang , bawang , karot …. jangan terlalu kecil… jangan besaq sangat…agak2lah.
5. Tabur dalam dulang bakar sebahagian sayur-sayuran , letak ayam , tabur baki sayur tadi ……
6. Baki herba2 tumbuk yang perap ayam tu… campur ngan mentega …. sapu kat ayam. Lumur lah setakat mana yang terdaya ..
7. Bakar dalam oven . Api atas bawah , 230C , selama 1 jam ….
Selamat mencuba ….
Ikhlas dari chef yang tak dan nak masuk chef master dah kena reject ..
Wednesday, November 2, 2011
Bagaimana nak edit gambar guna skill“pencil drawing “….
Lihat dulu …
Aisyah
Ashraff
Ariff
.
.
.
tak yah … beli pensel ngan ruber ….
boleh buat ….. pi sini PICJOKE
Korang belasah lah sesuka ati ……