Resepi ni mudah dan lembut sampai ke petang , insyaallah ....
CA tak ingat kat mana ambik resepi ni. Terima kasih pada tuan empunya . Berpanjangan pahala utk beliau...
CA uli guna bread maker. Tapi yg guna tangan sama ja stepnya .
Bahan A
250g tepung gandum
6g mauripan
2 sudu besar gula
Sedikit garam
Bahan B
125 ml ... air + telur sebiji
Bahan c
30g marjerin ( CA guna pelangi ja )
Step .
Masuk bahan B , masuk bahan A . Uli sampai sebati. Masukkan bahan c. Uli sampai sebati dan lembut.
Biarkan 30 minit.
Terapkan dengan acuan . Biarkan sekejab dlm 10 minit.
Boleh digoreng ...
Boleh gaul dengan gula aising atau toping apa2 aja ... CA drizzle ngan nutella. Habis sebotol dikerjakan dek anak2 kat rumah tu.....
Makan donut ka ..ratah nutella ... wallahuaklam ....