PESANAN TUAN TANAH KEDAUNG ....

SELAMAT DATANG dan TERIMA KASIH pada rakan-rakan yang sudi berkunjung ke Teratak Chik Att , Sila tinggalkan jejak kalian agar dapat saya berkunjung balas ke blog anda.

Bahan di dalam blog ini boleh dikongsi tanpa kebenaran kecuali GAMBAR FAMILY DAN ANAK-ANAK SAYA .
Yang lain tu ... nak ambil ka... nak kongsi ka ... ambillah ... semoga ia dapat membantu dan memanjangkan ilmu yang ada....saya hanya insan biasa ....

Penegasan ..... komen yang tiada nama (anonymous) tidak dialu-alukan di sini. Maaf jika saya terpaksa men"delate"nya ...

Monday, September 30, 2013

MAKAN BESAR


Pagi ni ...
Jamu anak2 makan besar ...
Alhamdulillah ...

Thursday, September 26, 2013

SOALAN PEPERIKSAAN

Meh meh .... sapa nak tolong CA buat soalan periksa....
Pening den ni ....dok leh copy paste ...
Nak original ...dari cikgu ....
Jalannya ...tangkap gambo
...then ...lukis balikkk .... pala dah ting tong ni ....
.
.
.
KSSR  - kerja sungguh sampai rebah hehehhehe ....
.
.
Jom ...nak sambung balik ....

Wednesday, September 25, 2013

BENDI GORENG

Entry sapu sawang ..
Bendi goreng hasil kebun saya ....

Friday, September 13, 2013

TAKDIR .....

Thursday, September 12, 2013

KEMATIAN DI USIA MUDA

 

Berkongsi sedikit ilmu dari tazkirah Ustazah Noor Azma di Universiti MKI … blog milik Proffesor Mohd Kamil Ibrahim

.

.

Bismillahi walhamdulillah.

Menemui siswa siswi UMKI  yang dekat di hati, Kuliah kali ini dimulakan dengan soalan. Apakah sesuatu yang memutuskan atau mencantas segala kelazatan?

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

Perbanyakkanlah olehmu mengingati sesuatu yang memutuskan segala kelazatan.

(Hadith riwayat Tirmizi.)                      

Di dalam hadith yang lain, Rasulullah SAW bersabda maksudnya:

Orang yang cerdik ialah orang yang selalu memperhitungkan dirinya dan dia suka beramal untuk bekalan sesudah mati, sedangkan orang yang lemah (tidak cerdik) ialah orang yang berangan-angan kepada Allah s.w.t (untuk mendapat kebahagiaan dan pengampunan daripada-Nya tanpa beramal soleh).

(Hadith Riwayat Tirmizi.)

Itulah kematian. Kematian ialah perkara yang paling hampir dengan kita tetapi seringkali dilupakan. Mungkin topik ini hampir sama dengan Pensyarah Tamu Tuan Hj. Sabtu tetapi saya kira beliau membincangkan tentang persediaan kematian bagi mereka yang menjelang senja. Tetapi kuliah ini menyentuh tentang kematian yang datang pada usia muda.

Sudut Pandang Mukmin dan Kafir

Sudut pandang manusia sentiasa berbeza. Perbezaan dan pertelingkahan sering terjadi kerana cara pandang yang berbeza ini. Mukmin memandang dengan cahaya dan petunjuk Allah. Lalu perkara yang menjadi pemandangannya berbeza daripada orang kafir yang tidak memandang dengan cara yang sama.

Mukmin memandang jauh ke hadapan melampaui kehidupan dunia. Pandangannya menerobos sempadan kematian dengan mengharap kematian yang baik. Fokusnya  menjangkau kehidupan di barzakh kemudian di padang mahsyar iaitu di hari perhitungan, kemudian menerima buku amalan sama ada diambil dengan tangan kanan atau kiri ataupun dari belakang.

Kerisauan seorang Mukmin adakah dia mampu melintasi titian sirat sepantas kilat. Visinya pula mahu  mendapat keampunan dan keredhaan Allah serta menatap keindahan wajah Allah. Cita-citanya mendapat kebahagiaan yang kekal tanpa berpenghujung, menghitung pelbagai nikmat Allah di dalam syurga tertinggi Firdaus.

Ia sama sekali berbeza dengan manusia yang kufur. Masanya seharian memikirkan dan sibuk memuaskan nafsu dan keinginan sendiri. Selepas suatu perkara tercapai, mahunya yang lain pula.  Sehingga apabila tiba-tiba datang kematian yang mencantas segala kesedapan dan angan-angan, dia akan terkejut dan terpana. Rupanya aku sudah mati.

Benarlah sabda Baginda SAW manusia yang cerdik itu ialah yang sering mengingati kematian. Apabila tiba kematian dengan apa keadaan sekalipun, dirinya sudah bersedia kerana kematian dan kebahagiaan abadi telah sering berada di dalam fikiran dan hatinya. Beruntung menjadi orang Mukmin. Amin, Insya Allah.

Apabila dipanggil Pulang

Iktibar daripada kematian amat besar. Allah mendidik hamba-hambanya dengan pelbagai cara. Mereka yang pergi menemui Allah itu hakikatnya telah tamat tugas mereka di dunia. Khidmat mereka ada yang sekejap dan ada yang lama. Ramai orang yang perlu berkhidmat sehingga usia tua. Namun tidak sedikit mereka yang dipanggil balik ketika asyik melaksanakan tugas di usia muda.

Kita ini juga sedang berkhidmat dan tidak lama lagi akan dipanggil pulang. Ada soalan-soalan yang memerlukan jawapan - ia tentang iman, usia, ilmu dan harta yang diamanahkan ke mana telah digunakan- apabila mengadap Yang  Maha Berkuasa nanti.

Kalau Profesor Kamil menyebut usia adindanya menemui Allah ialah 35 tahun, begitu juga adinda Puan Roza pada usia yang sama. Ingin saya menambah lagi beberapa sahabat saya yang pergi juga pada usia yang sama iaitu 35 tahun.

Kelmarin, seorang sahabat saya Rohaya Mat Rabi telah kembali menemui Pencipta, bersama-sama tiga orang cahaya matanya. Beliau meninggalkan dunia hanya setelah empat hari genap berusia 35 tahun. Terasa baru sahaja sahabat-sahabat mendoakannya pada 5 September 2013, tetapi pada 9 September 2013 beliau menamatkan khidmatnya di dunia ini.

Innalillahi wa inna ilaihi rajiun. Asbabnya kemalangan jalanraya di Teras Jernang.

Alhamdulillah. Kesempatan yang Allah berikan kepada saya untuk memandikan jenazah almarhumah Rohaya di Hospital Serdang bersama seorang sahabat lagi - Sazaliza - amat besar maknanya sekurang-kurangnya kepada diri saya.

Sebagai seorang perempuan, ketika membantu urusan memandi dan mengkafankan jenazah, hati saya berkata-kata, alangkah bertuahnya menjadi isteri solehah. Masya Allah.. Masya Allah. Saya sebenarnya tidak mampu mengungkap kata-kata dan menyusun ayat tentang indahnya suatu kematian seorang perempuan yang suaminya telah redha.

Allahu Akbar!

Perempuan yang dijanjikan syurga itu melakukan perkara fardhu dan kewajipan di dalam agama, menjaga dirinya kemudian mentaati suami.

Semalam pula saya dan sahabat pergi ke hospital Kajang untuk menziarahi anak almarhumah Rohaya berusia tiga tahun yang masih kritikal di Unit Rawatan Rapi. Sekali lagi hati kami pecah melihat tangisan seorang suami, Ustaz Taufik sambil mengulang-ulang “saya redha kepada Rohaya, saya redha kepada Rohaya.”

Allah Allah…

Saya terkedu berfikir tentang khidmat dan jihad seorang perempuan yang keletihan sehingga ke akhir hayat. Sahabat saya ini telah melahirkan, menyusu dan membesarkan tujuh orang anak. Lebih indah lagi beliau pergi menemui Allah ketika dalam perjalanan ingin menyampaikan ilmu kepada anak-anak muridnya. Beliau mendidik akhlak, mengajar Quran dan ilmu agama.

Subhanallah.

Rasulullah SAW telah bersabda yang bermaksud:

“Sebaik-baik sedekah itu ialah seorang Muslim mempelajari sesuatu ilmu dan kemudian dia mengajarkan kepada saudaranya yang Muslim”.

(Riwayat Ibnu Majah)

Rohaya pergi menemui Allah Rabbul Jalil bersama tiga anak kecilnya. Di dalam gambar kemalangan kelihatan buku-buku latihan sekolah bersepah bertompokan darah. Subhanallah… anak-anak kecil yang baru mengenali perjuangan menuntut ilmu telah dipanggil Allah. Innalillahi wa inna ilaihi rajiun.

Bukankah Rasulullah s.a.w  pernah bersabda yang bermaksud:

“Siapa yang melalui suatu jalan untuk menuntut ilmu bererti dia telah menjalani suatu jalan daripada jalan-jalan syurga. Sesungguhnya para malaikat menghamparkan sayapnya kerana redha bagi orang yang menuntut ilmu. Manakala seluruh makhluk yang ada di seluruh lapisan langit dan bumi meminta ampun untuknya, sehingga ikan yang ada di laut (turut sama mendoakannya).”

(Riwayat Abu Daud, Tirmizi dan Ibnu Majah)

Anak-anak ini sudah pasti tempat mereka syurga dan akan menanti ibu bapa mereka di sana. Allahu Akbar!

Saya melihat Ustaz Taufik kelihatan lemah bersandar di tiang, entah sudah makan atau belum. Beliau menyebut, ketika beliau pulang ke rumah untuk menyerahkan kunci kepada jiran, beliau melihat susunan baju yang baru dilipat isterinya belum sempat dimasukkan ke dalam almari pakaian.

Hatinya sebak.

Nyawa sudah terputus dari badan, tetapi kenangan dan kebaikan seorang isteri tentunya kekal diingatan suami dan kekal di dalam catatan amalan yang akan dibentangkan di hadapan Allah nanti. Mudah-mudahan jodoh mereka berkekalan hingga ke syurga.

Saya berfikir lagi, sesungguhnya kematian juga mencantas segala cita-cita. Namun pahalanya kekal jika cita-cita itu benar dan baik. Dalam tangisan yang ditahan, Ustaz Taufiq menyebut, saya baru memotong RM 600 setiap bulan harapannya untuk membawa isteri menunaikan umrah, namun tidak kesampaian. Ketika itu saya dan sahabat yang berziarah terdiam sedih kami mengundur diri untuk pulang.

Cukuplah kematian itu menjadi pengajaran. Al-Fatihah.

Moga bermanfaat.

 

Jazakallah hu khairan pada Prof Kamil dan Ustazah Nor Azma …

Wednesday, September 11, 2013

RINDU ….

Tetiba rasa rindu itu datang mendadak ..

tak pernah dijemput

hadirnya dalam senyap dan sebak .

Tiada air mata

cuma ..

rasa cengkamnya amat hebat ..

DSC_0281

kami semua rindukan rumah usang ini ..

hampir 6 bulan…. tak menjenguknya ..

Bilakah ada ruang waktu untuk kami pulang untuk menziarahinya …..

Tuesday, September 3, 2013

POKOK TOMATO SAYA

 

Pokok tomato saya berbuah lebat. Harga pasaran tomato  sekg RM3.50.

Saya dah dapat berjimat . Boleh simpan …untuk bubuh minyak keta….

Anda bila lagi … hehehehehehe

Semalam… 2 biji tu … dah buat cicah ngan budu ..

Monday, September 2, 2013

PERKONGSIAN .....

Tazkirah Dhuha......
Kata-kata hikmat Almarhum Syeikh al-Tantawi

لايلزم أن ت كون وسيما لتكون جميل
Kau tidak perlu berwajah cantik untuk dikatakan sebagai seorang yang cantik

ولا مداحا لتكون محبوبا
Dan tidak perlu memuji-muji kerana mahu menjadi seorang yang disukai

ولا غنيا لتكون سعيدا
Tidak perlu menjadi kaya untuk menjadi seorang yang bahagia

يكفي أن ترضي ربك وهو سيجعلك عند الناس جميلا و محبوبا و سعيدا
Cukuplah dengan membuatkan Tuhanmu redha dan kasih kepadamu, pasti Dia akan menjadikanmu cantik dan indah di mata manusia, disukai dan disenangi oleh semua, serta hidup bahagia

لو أصبت 99 وأخطأت مرة واحدة
Andai kau lakukan 99 kebaikan, tetapi terbuat silap sekali

لعاتبوك بالواحدة وتركوا ال 99
Manusia akan menyalahkanmu dengan kesilapan yang satu itu, dan melupakan semua 99 kebaikan yang lain

هؤلاء هم البشر !
Itulah hakikat manusia!

و لو أخطأت 99 مرة وأصبت مرة
Tetapi andainya kau lakukan 99 kesilapan, dan cuma sekali melakukan perkara kebaikan

لـغفر الله ال 99 وقبل الواحدة
Allah akan ampun semua 99 kesilapanmu dan menerima amal baktimu yang satu itu

ذاك هو ربي
Itulah Dia Tuhanku!