PESANAN TUAN TANAH KEDAUNG ....

SELAMAT DATANG dan TERIMA KASIH pada rakan-rakan yang sudi berkunjung ke Teratak Chik Att , Sila tinggalkan jejak kalian agar dapat saya berkunjung balas ke blog anda.

Bahan di dalam blog ini boleh dikongsi tanpa kebenaran kecuali GAMBAR FAMILY DAN ANAK-ANAK SAYA .
Yang lain tu ... nak ambil ka... nak kongsi ka ... ambillah ... semoga ia dapat membantu dan memanjangkan ilmu yang ada....saya hanya insan biasa ....

Penegasan ..... komen yang tiada nama (anonymous) tidak dialu-alukan di sini. Maaf jika saya terpaksa men"delate"nya ...
Showing posts with label TIRAMISU. Show all posts
Showing posts with label TIRAMISU. Show all posts

Friday, September 9, 2011

TIRAMISU

Ya murid-murid hari ni mood rajin datang ..
lama tak cerita bab masak ni  …
meh … kita  buat TIRAMISU …
DSC00083
korang gheti ke…
tah gheti ….
senang jaa….
main belasah … tapi rasa hohohoho …. hooo liau laa….
jom jom … tak yah citer panjang2 …
Disebabkan kerajinan yang meningkat naik … maka hari ni…
pembelajaran berasaskan step by step …. kkkk murid 2…
Bahan utamanya …

biskut tiramisu ….. atau lady fingers ….. kat kedai kek ada … supermarket pun ada ..
kalau tak ada benda alah di atas ..
kita guna ….
DSC00064
kek span biasa … coklat boleh … vanila boleh …..
semalam  tak sempat nak gi Kedai
CA .. guna kek ni aja….
DSC00065
Sirap kopi – bancuhan 1 cawan air suam dan 1 sudu nescafe  …. ( kalau tak cukup tambah lagi nanti)
DSC00062
Krim1 -
250gm cream cheese
80 gm gula aising
150 gm butter 
- pukul hingga sebati
-  Masukkan 100ml – whipping cream (CA guna jenama Vivo)  - pukul lagi … sampai sebati cantik ….mcm aising
DSC00063
Krim2
250gm –whipping cream  .. Pukul sehingga kental dengan kelajuan tinggi .
(CA guna vivo gak)  … whipping cream mesti sejuk yaaa …. \
Ramai yang kawan2 tanya … macam mana nak simpan baki whipping cream yang telah dibuka .
Whipping cream jika masih dalam kotak belum dibuka – boleh letakkan kat peti sejuk bawah .
Jika sudah dibuka . Masukkan dalam bekas bertutup. Dan letakkan di tempat beku .
Apabila nak guna keluarkan 15 minit  ke 20 minit  lebih awal , biarkan dia cair sebentar.
Jangan sampai cair sehingga suhu bilik. Nanti jika dipukul … dia tidak akan kental dan naik.

DSC00068
Potong kek / biskut …. aturlah dalam bekas seperti mana kehendak sendiri .
Jika biskut … celup dulu dalam bancuhan nescafe tadi  , baru atur.
Jika kek atur dulu … gunakan berus sapukan bancuhan nescafe di atasnya …
DSC00066
Then … sapukan atau ratakan Krim1 … sehingga rata .
Kemudian …. ratakan krim2 pula diatasnya … sehingga rata .
DSC00067
Kemudian ayak serbuk koko  ….. seperti di atas ..
Kemudian ulangi langkah di atas … ikut kehendak hati ..
kalau nak 2 layer  ….ulangi sekali lagi .. (CA biasa buat 2 layer jaa)
kalau nak 3 layer ulangi lagi 2kali step di atas …
DSC00079
Dah siap … warpping dengan plastik dan masukkan ke dalam peti sejuk semalaman .
DSC00081
tadaaa….. siap …
Menu yang sesuai bagi proses penternakan lemak … hahahahaha …
Selamat mencuba ….