Alhamdulillah diberi Allah kesempatan lagi untuk menghirup udara 2015. Hari ini tup tap tup tap … dah 6hb Januari 2015. Kalau tak kerana penundaan tarikh persekolahan …. CA dah kembali dengan rutin rutin guru dan ibu .
2014 banyak membawa kesan dalam diri . Mula merasa bahawa sisa hidup ini adalah ihsan Allah untuk terus menyedut dan bernafas di buminya . Sekarang dah mula dapat berita … rakan-rakan seangkatan ada yang telah kembali mengadap penciptaNya .
2014 juga membawa pelbagai kesan dalam jiwa. Mengajar erti sahabat dan kawan . Siapa kawan dan siapa sahabat. Belajar berhati-hati …. kerana hari ini kita kawan … mungkin esok dia akan menikam kita demi untuk kepentingan diri . Cuba belajar siramkan rasa redha dalam hati dan jiwa. Cabaran dan dugaan ke atas manusia berbeza ….. dan kita pun kenalah redha .
2014 juga seumur hidup CA telah diduga … apabila waktu sihat itu ditarik dan diberi sedikit kesakitan. Pada Jun 2014 …. akibat merasakan diri ini kuat dan boleh melaluinya. CA terlantar di hospital selama seminggu . 24 jam berada di ICU …. merasakan apakah itu nikmatnya sebuah kesihatan . Rentetan dari itu …. CA bercuti agak lama … untuk mengembalikan condition diri. Alhamdulillah ….hari ini … CA dah kembali normal cuma sentiasa beringat …. ingatkan diri untuk berehat … dan beringat tentang pemakanan.
JADI 2015 ….. AZAM BARU …. MULAKAN SEGALANYA DENGAN JIWA BARU … SEMANGAT BARU ….
OK ….
CUBA kembali menulis di blog yang dah naik lumut ni …
3 comments:
selamat tahun baru chik att.
semoga selamat.
Selamat tahun baru CA..saya pun diuji dengan nikmat kesihatan yg ditarik sementara tahun lepas..Alhamdulillah tahun baru ni membawa sinar baru bila 1 persatu nikmat yg dikurniakan Allah..
Semoga di tahun 2015 lebih baik buat CA & keluarga dari sebelumnya..
Post a Comment