PESANAN TUAN TANAH KEDAUNG ....

SELAMAT DATANG dan TERIMA KASIH pada rakan-rakan yang sudi berkunjung ke Teratak Chik Att , Sila tinggalkan jejak kalian agar dapat saya berkunjung balas ke blog anda.

Bahan di dalam blog ini boleh dikongsi tanpa kebenaran kecuali GAMBAR FAMILY DAN ANAK-ANAK SAYA .
Yang lain tu ... nak ambil ka... nak kongsi ka ... ambillah ... semoga ia dapat membantu dan memanjangkan ilmu yang ada....saya hanya insan biasa ....

Penegasan ..... komen yang tiada nama (anonymous) tidak dialu-alukan di sini. Maaf jika saya terpaksa men"delate"nya ...

Wednesday, June 15, 2011

BERAKHIRNYA SAMPAN DI KUALA ….

 

Inilah jambatan yang menghubungkan Permatang Bendahari di Seberang Perai Utara dengan Kota Kuala Muda di Kedah .

 

DSC00418

 

Jambatan  ini dibina di era Pak Lah menjadi perdana Menteri.

Sebelum ini …..sampan menjadi penghubung antara kedua-dua tempat .

 

DSC00417 

 

dahulu … di sini lah tempat orang ramai menaiki sampan ke seberang ..

kebanyakan penduduk menggunakan kemudahan ini untuk ke Seberang perai bagi urusan-urusan tertentu kerana untuk ke Bandar Sungai Petani agak jauh.

Disamping itu …. CA dapat cerita dari seorang rakan doktor yang pernah berkhidmat di Hospital Bagan pada suatu ketika dahulu .

Pesakit dari Kota Kuala Muda bertolak seawal pagi dengan menggunakan perkhidmatan sampan dan menyambungnya dengan menaiki bas untuk ke Hospital Bagan bagi mendapatkan rawatan kesihatan. selalunya mereka2 ini akan sampai kdi Hospital tak kala jam sudah menunjukkan pukul 12.30 tengah hari. Dan pada ketika itu kaunter pendaftaran sudah mahu ditutup kerana waktu rehat dan makan tengahari. Jika kurang budi bicara …. mereka terpaksa menunggu lagi sehingga pukul 2 kaunter dibuka semula. Rakan doktor ini selalunya  … mengarahkan jururawat tetap memberi rawatan pada mereka yang datang jauh ini ….. kerana memahami betapa sukarnya mereka datang. Itu pada kakitangan yang punya hati budi…. Kalau tak… nasiblah .Tunggulah sampai petang … kalau cakap  banyak …..silap2 kena tengking …..

Sedikit ….. cerita keperitan golongan bawahan yang sering dipandang sebelah mata oleh kita yang berkemampuan.

Tapi sekarang ni kemudahan pun dah banyak …

dengan adanya jambatan ini ….. perjalanan ke Pantai Merdeka dan Pulau  Sayak menjadi lebih singkat dan dekat.

 

Begitulah Al kisahnya . Rasanya ada sajak pak Lah buat tentang jambatan ni … tajuknya “Berakhirnya sampan di Kuala”. Tapi CA cari tak jumpa plak.

10 comments:

Kakcik Seroja said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Mudah2an jambatan ini memberi manfaat yang bukan sedikit. :)

Fadzli Amir said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

BAgus tu..ada gak kemudahan pada rakyat....hehehe

bujal X said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

best ah ada jambatan~~ya syukkkurr~~~

miloaiskurangmanis said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

bab pekerja zaman dulu tu... banyak betulnya...
banyak songeh tak pasal2 kena tengking - kena marah... hiskkk!

iols lupa lah... rasanya iols penah guna jambatan ni...
balik kena tanya hb balik le... umah onyang heols dulu tu kat mana...
hiks

Dr K said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Makna nya, tiada langsung hubungan jalan darat antara kedua dua tempat? (yakni sebelum adanya jambatan tu).

Takpe lah, ada juga jasa Pak Lah kannnnn..:P

Anonymous said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

saya pernah ke pantai merdeka naik bot dari tg dawai..dahla masa tu laut tengah bergelora..ingat2 balik memang seram ah!

AI said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

- ade jambatan, hilang lah pula punca pendapatan pendayung sampan...

en_me said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

muger2 negara akan tetap aman damai sejahtera sentosa senantiasa.. aminn ya robbal alaminn

5689 said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

zzzzz2018.11.14
christian louboutin
ferragamo shoes
christian louboutin outlet
supreme clothing
canada goose
hugo boss
ed hardy uk
christian louboutin shoes
coach outlet
red bottom shoes

thane said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

high quality designer replica i43 t1j15o8z58 replica louis vuitton e37 a3n29p0f18 replica wallets e10 x7p77s1f34