PESANAN TUAN TANAH KEDAUNG ....

SELAMAT DATANG dan TERIMA KASIH pada rakan-rakan yang sudi berkunjung ke Teratak Chik Att , Sila tinggalkan jejak kalian agar dapat saya berkunjung balas ke blog anda.

Bahan di dalam blog ini boleh dikongsi tanpa kebenaran kecuali GAMBAR FAMILY DAN ANAK-ANAK SAYA .
Yang lain tu ... nak ambil ka... nak kongsi ka ... ambillah ... semoga ia dapat membantu dan memanjangkan ilmu yang ada....saya hanya insan biasa ....

Penegasan ..... komen yang tiada nama (anonymous) tidak dialu-alukan di sini. Maaf jika saya terpaksa men"delate"nya ...

Tuesday, May 31, 2011

swiss rool …

 

Lama betul tak mengupdate …

mana taknya …. kat keyboard ni huruf K dah tak berfungsi …

terpaksalah gunakan screen keyboard ……  untuk huruf K sahaja …

sakit jiwa betul ……

Lama betul tak menayang masakan kan

meh tengok projek CA …

DSC00017

bahan2nya mudah … dan caranya pun mudah sahaja …

jangan khuatir yang murid-murid …

 

Bahan2nya …

250g tepung sponge mix

4 biji telur saiz b (yang disimpan di dalam peti sejuk semalaman )

75 g butter – dicairkan

1/4 cawan air sejuk

sedikit choc paste

jem (kalau pekat bancunh dengan sedikit air panas )

CARA-CARANYA

1. Masukkan tepung , telur dan air sejuk pukul dengan kelajuan tinggi selama 10 minit .

2. Masukkan butter yang dicairkan dan kaup balikkan hingga rata

3. Asingkan dalam 3 atau 4 sudu dan campur dengan choc paste – masukkan ke dalam plastik kecil yang diikat

    dengan getah.

4. Tuang bakinya ke dalam tray . Tray hendaklah disapu dengan butter dan dialas dengan tracing paper

5. Untuk buat corak sarang labah2 … buat bulatan

DSC00001

6. Gunakan lidi satay … tarik dari bulatan kecil lurus ke tepi , dia akan jadi mcm gini

DSC00005

7. Bakar dalam suhu 180c selama 20 ke 25 minit . (Kalau oven ada kipas –offkan  kipas)

8. Bila masak …. atas tracing paper (kertas minyak) – kalau tak ada guna tuala napkin pun boleh.

    Terlangkupkan …  buang kertas lapik . Tunggu sekejab … sapukan jem kesukaan anda .

    Gulung dengan berhati-hati dengan menggunakkan tracing paper atau tuala tersebut.

AMaran : jangan gulung terus dengan tangan ….kek anda bakal bersepai …..

 

ok … murid2….. harap boleh faham .

Cikgu cuti sekolah sekarang ni ……. tapi kena pegi sekolah gak.

Tension betullah . .. ….

DSC00025

Cik Minah ni …… memang suka bergaya sekarang ni …..

Friday, May 27, 2011

Cuti sekolah . . . Byk projek. .


Esok start cuti sekolah.
Tentunya ..... majlis walimatul urus pun banyak...
kita2 ni ..... tentu dapat banyak jemputan ....
CA pun dapat banyak gak kali ni ... terkini ... 5 minit lalu ..
sepupu jemput majlis pertunangan anak dia .... jumaat depan.


Aduhai  ...
big boss ... cuti dah kena reject ...
nampak gayanya menapak sensoraang la gi makan kenduri ....
korang macam mana ...
kalau dah sampai era mcm CA ni .... tentu banyak kan ..


Bab jemputan ni ...
kalau takat  kirim kad ....
tak lah rasa berat sangat ...
boleh jeeee ... kirimkan salam ....


yang tahap ..... datang jemput sendiri ...
itu yang tak tahan tu ....
terpaksalah gagah2kan diri juga .....
tambahan yang datang dari jauh ....
kena pegi juga ....


Korang cam na........