Plan CA ngan suami nak bawa anak2 tidur kat Chalet Pulau Sayak hari sabtu semalam.
hari Sabtu Baba keja separuh hari …. cadangnya pukul 2 nak bertolak pergilah .
Sambil tu boleh la berkhemah khemah …. bebudakkan excited sangat ngan khemah ni ..
sekali hari tu …. dari pagi … hujan dah turuunn … langit gelap …..
stail mendung tu …. gaaynya memang hujan seharian lah …
Tengah hari Pengurus chalet telefon
“ Kak , tak yah datanglah …. hujan lebat …… buang duit jaaaa … apa aktiviti pun tak leh buat ….nak mandi laut pun tak leh “ ….
Thank En. Farid …. prihatin betul …… jadi kitapun buat keputusan postpone laa pi lain masa…..
Hari Ahad …. nak ke mana . Dah janji dgn anak. Kesian kat anak2 …. sejak MIL CA sakit … bebudak ni tak pernah pegi jalan mana2…..
Jadi arah tujuan kami …. Ke Pulau Sayak juga …. cari Mee Udang …
Sebelum tu singgah di Kuala Muda …..
Ramai orang ….. RTM ada , TV3 ada , wartawan dgn kamera gedabak2 tu pun ramai ….
Tanya Baba …. napa org ramai ….
tapi bot ikan tak ada …. tepi pantai tempat bot turunkan ikan kosong ….lengang …
Lengang dan kosong …. kalau tak tame pukul 11 pagi gini ….. penuh dengan bot …
apa jawab Baba … “ depa ada hari keluarga tu ….”
Naluri tak puas ati….. CA pusing2 … sampailah ke khemah yang ada Bomba …. rupa2nya …
Ada Nelayan hilang di laut …. dan usaha mencari sedang dijalankan …..
dari papan kenyataan tu …. 5 orang yang hilang …. sejak 23.3 yang lepas.
Lokasinya di MukaHead
Doa … semoga mereka ditemukan dengan selamat …
Agenda kami diteruskan … ke Mee Udang Usop Pulau Sayak
Menanti .. hidangan sampai sambil menikmati pemandangan ombak yang ganas …
Laut memang ganas hari ini …. takut tengok ….
tak lama kemudian …..
tadaaaaa .
.
.
.
.
.
nasi goreng udang ..
bayangkanlah ……. pinggan tu penuh ngan udang tu… betapa besar dan freshhnya udang tu…
Harga ….rm10 sahaja ….
kemudian ..
.
.
Mee Udang …. ini hidangan untuk 2 orang ….. udangnya 8 ekor..
saiz …. 2 1/2 kali panjang telur tu lah …. sama saiz ngan udang nasi goreng tu ..
korang agak2 sendirilah yeee…
rega …. rm20 …. ..
berbaloi tak …… huhuhu …. menangis … berbaloi2..
makan dengan iringan angin sepoi2 bahasa dari laut …
Tiada terkata nikmatnya …
… pagi ini dapat berita …
2 nelayan yang hilang itu telah ditemui . Al fatihah untuk arwah . .