PESANAN TUAN TANAH KEDAUNG ....

SELAMAT DATANG dan TERIMA KASIH pada rakan-rakan yang sudi berkunjung ke Teratak Chik Att , Sila tinggalkan jejak kalian agar dapat saya berkunjung balas ke blog anda.

Bahan di dalam blog ini boleh dikongsi tanpa kebenaran kecuali GAMBAR FAMILY DAN ANAK-ANAK SAYA .
Yang lain tu ... nak ambil ka... nak kongsi ka ... ambillah ... semoga ia dapat membantu dan memanjangkan ilmu yang ada....saya hanya insan biasa ....

Penegasan ..... komen yang tiada nama (anonymous) tidak dialu-alukan di sini. Maaf jika saya terpaksa men"delate"nya ...

Tuesday, August 2, 2011

Makanan seimbang




Dah masuk hari ke-2 - Puasa ...

Banyak membeli belah di pasar ramadan semalam  ...

berapa karung .... hehehehehehe

CA ..... masak sendiri jaa..... simple2 ..... janji mengenyangkan ...

Alhamdulillah Ariff berjaya menyempurnakan puasanya semalam ..

Sebelum ni susah hati juga CA ... takut dia tak tahan  ..

Macam tahun lepas ... pukul 5 dah tak tahan sangat2 dah ...

Cuma Ashraff balik dari TADIS  dah tak tahn terus buka ....

lepas tu  sambung puasa balik ..  hheheheh jadilah ... belajar2 ....

harap2 hari ni ..... meningkatkan sikit jam dia berpuasa ....

sooo apa pun ...... pastikan ... menu kita seimbang yang murid-murid  ....

Jangan membazir ....

Selamat berpuasa ....... berdoalah sebanyak mungkin ....

kerana doa orang yang berpuasa tiada hijab dengan Allah  ......


Monday, August 1, 2011

MARHABAN YA RAMADAN ….

 

Moga ramandan kali ini … akan lebih baik dari ramadan kita yang lepas …

 

Yang ingin dikongsi bersama  ….

KESILAPAN KERAP DI BULAN RAMADAN

1. Makan dan minum dengan bebas setelah batal puasa dengan sengaja (bukan kerana uzur yang diterima Islam )

2. Makan sahur di waktu tengah malam kerana malas bangun di akhir malam .

3. Bersahur dengan hanya makan dan minum  tanpa melakukan ibadah lain.

4. Tidak menunaikan solat  ketika berpuasa . Walaupun solat bukan syarat sah puasa tetapi solat adalah rukun 

      islam yang menjadi tonggak keislaman seseorang .

5. Tidak mengutamakan solat waktu berjemaah seperti mana terawih.

6. Menunaikan solat terawih di masjid dengan niat inginkan meriah .

7. Bermalas-malasan dan tidak produktif dalam kerja-kerja di siang hari kerana  alasan berpuasa.

8. Tidak berbanyakkan doa tak kala berpuasa dan berbuka.

9. Wanita berterawih beramai2 di masjid tanpa menjaga aurat .

 

Wallahuaklam ……….