PESANAN TUAN TANAH KEDAUNG ....

SELAMAT DATANG dan TERIMA KASIH pada rakan-rakan yang sudi berkunjung ke Teratak Chik Att , Sila tinggalkan jejak kalian agar dapat saya berkunjung balas ke blog anda.

Bahan di dalam blog ini boleh dikongsi tanpa kebenaran kecuali GAMBAR FAMILY DAN ANAK-ANAK SAYA .
Yang lain tu ... nak ambil ka... nak kongsi ka ... ambillah ... semoga ia dapat membantu dan memanjangkan ilmu yang ada....saya hanya insan biasa ....

Penegasan ..... komen yang tiada nama (anonymous) tidak dialu-alukan di sini. Maaf jika saya terpaksa men"delate"nya ...

Wednesday, September 13, 2017

Kedah Berduka



Mendung dingin menyapa 
Bagai turut berduka
Perginya .... 
Permata takhta di hati rakyat
Duka rakyat 
Duka bersama ....
Kedah masih berduka ...
Belasungkawa buat almarhum takhta hati rakyat Kedah  ....

Sunday, April 16, 2017

Kari buah gajus campur ikan kering

Bahan

3 ulas bawang merah(hiris )
2 ulas bawang putih (hiris)
Daun kari

- panaskan minyak dan tumis bahan di ats sehingga kuning.

- bancuh sepeket serbuk kari ikan. Dan masukkan ke dlm tumisn tadi.

- masukkan air asam jawa ... Asam sebesar ibu jari. Tutup periuk. Renih dgn api kecil sampai pecah minyak.

- ikan kering yg dipotong direndam terlebih dahulu .... Utk buang masin.

- buah gajus dipotong dan diperah airnya.

- bila rempah sudah pecah minyak . Masukkan ikan kering. Kacau dan biarkan sekejab.

- masukkan santan cair. Masukkan buah gajus. Biarkan mendidih. Kacau2.

- masukkan santan pekat. Dan masukkan garam. Biar mendidih. Tutup api.

Siapppp ...
Sedap sangat2 ...
CA first time buat pun .... Terpikat.

Sunday, March 12, 2017

DONUT

Resepi ni mudah dan lembut sampai ke petang , insyaallah ....
CA tak ingat kat mana ambik resepi ni. Terima kasih pada tuan empunya . Berpanjangan pahala utk beliau...
CA uli guna bread maker. Tapi yg guna tangan sama ja stepnya .

Bahan A

250g tepung gandum
6g mauripan
2 sudu besar gula
Sedikit garam

Bahan B
125 ml ... air + telur sebiji

Bahan c
30g marjerin ( CA guna pelangi ja )

Step .
Masuk bahan B , masuk bahan A . Uli sampai sebati. Masukkan bahan c. Uli sampai sebati dan lembut.
Biarkan 30 minit.
Terapkan dengan acuan . Biarkan sekejab dlm 10 minit.
Boleh digoreng ...

Boleh gaul dengan gula aising atau toping apa2 aja ... CA drizzle  ngan nutella. Habis sebotol dikerjakan dek anak2 kat rumah tu.....
Makan donut ka ..ratah nutella ... wallahuaklam ....

Friday, January 27, 2017

MENGINTAI CELAH-CELAH KEHIDUPAN

Kadang-kadang kita perlu mengintai dari celah-celah untuk melihat kehidupan sebenar.
Berada di kawasan pedalaman. Dengan situasi pelajar yang jauh berbeza dari sebelum ini . Merasa bertuahnya diri.
Rata-rata di sini .... adalah penoreh. Peritnya kehidupan .... bila hujan di sini tidak menentu ... anak2 ke sekolah tanpa wang belanja .
Sadis ...  alhamdulillah   .... masih ada lagi RMT ... rancangan makanan tambahan . Sekurang2nya perut2 kecil itu .... tak berkeroncong menahan lapar.
Dan saya memerhati ... kantin pun tidak menyediakan banyak menu . Sekadar nasi bersama ayam ... disirami ... kuah yang berlainan setiap hari. Harganya juga ..... memang mampu ... dan mengenyangkan buat anak kecil itu .....
Tentunya berbeza di kantin2 sekolah bandar .... yg menu2nya mungkin menjadi mimpi anak2 kecil di sini.
Insaf ...

Thursday, January 12, 2017

2017.... MENGORAK LEMBARAN BARU KEHIDUPAN

Start 2017 ... CA berpindah tempat bertugas .
Alhamdulillah , dapat balik mendiami rumah sendiri. CA sendiri   tak jangkakan akan dapat bertukar. Apa pun ..semua Allah dah tentukan. ....

20 tahun lebih ... mengajar di bandar . Tetiba bertukar ke sekolah kampung yang agak jauh.
Nanti ... CA story len ...

Dalam minggu ni .... kabus memang tebal. Suasana baru ... terutama bagi Aisyah  .... yg sebelum ni kenal jerebu  saja .
Di kawasan perbukitan ni ... jam 10 pagi masih ... tebal berkabus ... dan cuaca sejuk nyaman.
Cuma menghala datang tu menyeramkan saja ....

Tuesday, August 2, 2016

KEPULANGAN YG TIADA GANTINYA

20 Jun  bersamaan 15 ramadan. MIL CA kembali mengadap penciptanya .
Nyata pemergiannya ... satu kehilangan yg amat2 di rasai .
Hampir sebulan ... rasa down .... kosong menyelubungi kami.
Raya ... yang kosong. Dalam sejarah ... raya kali ini .....kami langsung tak ke mana ..malahan menziarahi saudara mara terdekat pun tidak.

Monday, June 13, 2016

Sunday, June 5, 2016

MUSANG KING

Ditanam pada 2 Jun 2016
Moga ia membesar bagai johan ....

Wednesday, June 1, 2016

Ayam masak serai

Pening kadang2 . Tak tau nak masak apa. Sekali tengok kat fb. Nampak mcm sedap. Try buat memang sedap...
Jom tengok resepi dia... CA main campak2 ja .

- ayam potong kecil. Gaul garam kunyit ... goreng separuh masak
- blender halia , bawang besar atau bawang merah , bawang putih - tumis sampai naik bau .
- masukkan cili giling . Ketuk 4 ke 5 batang serai ....biar pecah2. Masukkan dlm cili tadi.Biar masak sampai pecah minyak . Masukkan asam keping . Masukkan ayam ... gaul rata . Rasakan garam. Kurang tambah . Siap ....

Monday, May 30, 2016

KOREK UBI KAYU

Lepas ja kemarau . Hujan turun tiap hari. Tanaman2 yang tak diundang sekeliling rumah pun kemain menjadi. Subur2 pulak tu . Tel abg Di ... mai mesin . Satu hari juga nak habiskan keliling ni. Last sekali ajak abg Di ... korek ubi kayu yang tanam kat rezab jalan . Mak aiiii .... 1 setengah wheelbarrow   .....

Saturday, May 28, 2016

Pasar Petang Pulau Betong

Sebenarnya datang sini .... cari durian. Tapi dapat pakej ikan segar sekali ....

Monday, May 23, 2016

MENJALA

Ariff kata nak relief tension. Ajak abg Kimi pergi menjala .
Ashraff dan Aisyah pun ikut ... penin kepala Kak Lynn nak kepung.
Last ... selipar Aisyah hilang dalam selut.
Mama pergi juga jengok kejab ...
Air surut baru nak pasang. Dapat lah ikan belanak dalam 7 ke 8 ekor ... udang kecik2....
Jadilah .... habuan relief tension ...

Wednesday, March 30, 2016

PERKONGSIAN 1

Saturday, March 26, 2016

MUDAHNYA KAHWIN

Dialog dlm kereta hari ini ...
Aisyah .... yg otak sentiasa berpusing ... kadang-kadang otak mama pun jenuh pusing nak jawab ...

A : mama jumpa baba kat mana
M: kat airport
A: tak lah ..... mama jumpa lelaki tu ...  
     lelaki yg nak kawin ngan mama tu kat
     mama
M: lelaki????
A : lelaki yg kami panggil baba tu la
M: airport
A:Mama jumpa dia ... pas tu mama
    cakap... mama nak kawin dengan dia ...
M : aaahhh
A: oooo mudah ja kan nak kawin ... jumpa
     lelaki ja cakap nak kawin kan ...

😁😁😁🤕🤕🙄🙄

Thursday, March 24, 2016

Selawat Syifa

Wednesday, October 21, 2015

LAMA TAK MENULIS

Lamanya tak menulis ... membebel dalam ni . I'm coming ... soon . Rindu nak penuh ruang2 yg ada . Berkongsi cerita , pengalaman dan ilmu .

Wednesday, August 12, 2015

BERAYA DI HUJUNG SYAWAL

Di hujung2 ini... byk betul jemputan raya . Kalau sabtu ahad.... memang gantung periuk . Sampai malam mengatur langkah ..... menunaikan jemputan .
Makmurnya kita dengan makanan.
Hari ni .... ada jemputan dr PPKI sekolah. Makan lagi ...
.
.
.
2 beranak yang tak habis beraya lagi ... hehehhehe...
SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI . MAAF ZAHIR BATIN ...

Tuesday, May 5, 2015

DIY SELF WATERING

Terima kasih pada Elyanazgarden .... CA letak di sini , tak mau hilang tip2 yang berguna ni . Faham2 saja lah kalau simpan dlm hp.... kadang2 bila clear kan stok tu ... pi padam habis....
Pada Elyanazgarden ... moga dimurahkan rezeki dan sentiasa dipayungi rahmat serta  keberkatan dalam kehidupan .... kerana tak pernah lokek ilmu .

Wednesday, April 29, 2015

TIP DAN DOA DR ALQURAN

Semoga dapat membantu ...

Tuesday, April 14, 2015