Entry semalam tentang LINUS ….
DAn ada yang komen pening dengan band band yang ada dalam KSSR…
Tak pa… bila ada ruang nanti .. CA ceritakan bab band band tu …
.
.
.
CA nak jawab dulu tentang LINUS … sebab rasanya ramai ibubapa yang masih termanggu-manggu tak faham …
Sebab … transformasi pendidikan byk … kalau cikgu2 pun pening … apatah lagi ibubapa
Cikgu yang pergi taklimat dan kursus pun .. tak faham2 .. apatah lagi makayah yang hanya baca dan dengar berita.
k..
LINUS ….Saringan LINUS ini dilakukan pada murid Tahap 1 iaitu murid Tahun 1, 2 dan 3
Buat masa ini …. Hanya ada 2 matapelajaran yang disaring iaitu Bahasa Melayu dan Matematik .. ..
Bahasa Melayu disaring melalui ujian lisan bacaan dan ujian bertulis … tujuannya untuk mengelaskan murid yang menguasai membaca dan menulis dalam Bahasa Melayu .
Matematik pula melibatkan ujian bertulis. Untuk mengelaskan murid yang tidak mengenal nombor dan gagal mengira peringkat asas .
Bahasa Inggeris… bakal dilaksanakan pada tahun ini.
Apabila saringan ini dibuat murid yang tidak menguasai ini .. akan diberikan pendedahan dan bimbingan yang lebih . Murid yang tegar atau gagal terus …akan dimasukkan ke kelas Pemulihan Khas , untuk dipulih dan dibimbing sehingga boleh membaca dan mengira .
Objektifnya ….. pengkelasan ini dilakukan bukan untuk membezakan murid tetapi sebagai satu cara untuk menggelakkan ada murid yang tercicir dan gagal membaca , menulis dan mengira apabila masuk ke Tahun 4 .
.
.
pada ibu ibu … bapa bapa… jangan risau …..
selalunya 90% murid melepasi saringan ini. Hanya murid yang tak boleh betul betul ja.. yang sangkut. Macam kelas CA … 32 orang murid… semuanya lepas.
.
.
.
Menjadi satu acara penting … setiap bulan di sekolah ini ..
Murid tahun 6 yang cemerlang ….. akan diraikan dalam satu majlis ..
“Sarapan Bersama Guru Besar”
Diraikan oleh Guru Besar dan Guru Tahun 6 ..
Menu ringkas ..
Nasi lemak yam goreng dan teh O … simple ..
Tapi amat bermakna ….
Satu cara bagi menaikkan semangat anak-anak dalam meningkatkan prestasi mereka ..
.
.
Hari ni marathon bw blog MAMASYA …. dan Kak Q
Menyuntik semangat memasak …. semangat jee…
Jadi ka belum , belum tahu …
4 comments:
Anak akak yang bungsu memang ada masalah dalam pembelajaran tapi alhamdulillah sejak masuk tahun 3 dia semakin lancar membaca. Salah satu usaha akak biarkan sahaja dia membaca buku yg dia suka contohnya komik, walaupun tatabahasnya tak betul sekurang2nya dia masih dpt menyebut ayat2 tersebut. Mula2 dul akak akan layan dia baca buku sambil lepak2 baring depan tv, habiskan membaca satu muka surat buku teks satu hari. Sekarang teks di tv pun dia boleh baca laju2.
Okey, tq bagi penjelasan pasal linus...:)
Yg untung sapa?
Guru Besar & Cikgu2 tahun 6 la...sebab tiap2 tahun dpt makan breakfast nasik lemak ayam! hahahahaha
Aritu waktu orientasi Guru Besar ada cerita tentang Linus..lepas baca entry CA ni lagi faham dengan jelas..
budak-budak ni dapat makan bersama cikgu macam ni pun dah rasa seronok, bagus untuk naikkan semangat..balik rumah mesti diorang cerita kat mak abah..exciting gitu ^_^
Saya sangat cemburu dengan sekolah2 yang mempunyai semangat dan kreatif dalam mendidik dan menyuntik semangat kepada anak2 murid. Kasihan anak saya. Kasihan kawan2nya di sekolah itu. Hanya anak2 guru sahaja yang diberi perhatian lebih dan layanan yang baik.
Post a Comment