Masa saya sekolah rendah … tahun 80an ..
kami masih belajar sejarah …
ada pelajaran geografi juga ..
Sebab tu kami kenal siapa Hang Tuah ..
Kami belajar …. macam mana Portugis menawan Melaka ..
Apakah punca2 melaka jatuh ke tangan Portugis …
Kemana larinya Sultan Mahmud … selepas Portugis menawan Melaka …
Sebab apa Portugis , Belanda ,British dan Syarikat Hindia Timur pulun sangat untuk memerintah Tanah Melayu
bagimana Melaka bangun sebagai Pusat Perdagangan terunggul di Asia pada ketika itu ….
sebab kejatuhan dan rentetan2 yang dah termaktub dalam buku sejarah ….
kami juga .. belajar ..
mcam mana Jepun mendarat di Kelantan ….
Sebab kenapa .. Hiroshima di bom …
kami juga belajar … mengenal
Tok Bahaman , Mat Kilau , Dato Maharajalela , Tok Gajah … dan lain2 pejuang
kami juga tahu …
kenapa JWW Birch dibunuh di Pasir Salak pada 2 Nov 1875 ..
Siapakah Si Puntum …
dan … apa yang Si Puntum buat
Dalam buku Sejarah tu jugalah …
diceritakan …
sebab apa Kedah menghantar wang ufti atau bunga Emas kepada Siam …
Dari Buku Sejarah juga kami belajar ..
apa maksudnya ..
Negara dibawah / diberi perlindungan …
apa maksudnya ….
Negara yang dijajah ….
Kenapa kita sebut PENJAJAH …. ..
Dari buku-buku sejarah yang kami belajar dulu jugalah …
kami tahu …
yang mana lawan …
yang mana kawan ….
Dan hari ini ..
Saya termenung … terkenang ..
Apakah buku2 Sejarah kami dulu … akan menjadi abu …
dan …
ditukar dengan cerita baru ….
hasil tangan saya pada hari Kemerdekaan 2008 …
yang telah mengondol tempat Pertama Pertandingan Fotografi Hari Kemerdekaan Pulau Pinang 2008….
Wasallam …
14 comments:
tak tahu nak ketawa ke nak menangis, hehehe
sejarah skang banyak kesah politik ke?
sebab tu lah cik att kebanyakan budak-budak sekarang tak kenal pejuang kemerdekaan sebenar. sedihkan, manalah buku sejarah tu? subjek sejarah paling cik ina suka, sampai sekarang rasa terkesan.hari tu raya pegi penang tetiba je teringat francis light .
saya suka baca sejarah tapi tak suka ambik untuk exam...tak leh nak ingat fakta tarikh2 bagai tu...
orang sekarang suka putar belit fakta untuk kepentingan politik masing2.pelik sungguh perangai depa.
Memang terbaik fotografi kamu tu. Muhibbah. Patot menang. Tahniah!!! walaupun tahun 2008 punya..hehehe
subjek sejarah adalah antara mata pelajaran kesukaan sy walaupun pada masa sy belajar dulu kebanyakan kawan2 tak minat - bosan, mengantuk dan letih tengok buku teks sejarah yg kecoklatan tu kot.
tapi sy suka coklat - jadi tak ada masalah :P
rasa pelik dan kecewa juga bila dengar berita komen2 yg menyatakan fakta sejarah (yg pernah sy belajar dulu) tak relevan dan salah.
selamat berkenalan :) sy bloghopping dari blog TTM.
erm..kite belajar sejarah untuk menghargai ari ini...
gambar itu terlebih dahulu satu Malaysia
belajar sejarah masa sekolah dulu
membuatkan iols pening nak ingat tarikh2 penting!
cun lah gambo uols tuh!
dapat hadiah apa chik att??
buku sejarah tak maksum. Ada penemuan baru yang sahih benar, memang patut kena tukar.
mesti budk2 sekarang pening tak tau sejarah mana yg betul kan.. huuhu
Mungkin orang akan sebut nama NAMEWEE sebagai pejuang?
adehhh...!
- melayu mudah lupe?
aku risau kalau cuti umum aku untuk tahun depan dah kurang satu hari, kalau betul la negara kita tak pernah dijajah.
Post a Comment