PESANAN TUAN TANAH KEDAUNG ....

SELAMAT DATANG dan TERIMA KASIH pada rakan-rakan yang sudi berkunjung ke Teratak Chik Att , Sila tinggalkan jejak kalian agar dapat saya berkunjung balas ke blog anda.

Bahan di dalam blog ini boleh dikongsi tanpa kebenaran kecuali GAMBAR FAMILY DAN ANAK-ANAK SAYA .
Yang lain tu ... nak ambil ka... nak kongsi ka ... ambillah ... semoga ia dapat membantu dan memanjangkan ilmu yang ada....saya hanya insan biasa ....

Penegasan ..... komen yang tiada nama (anonymous) tidak dialu-alukan di sini. Maaf jika saya terpaksa men"delate"nya ...

Wednesday, November 3, 2010

LAKSAM

Semalam masa blogwalking … terterjah ke blog Kak Wan http://citarasawan.blogspot.com/2010/11/laksam-kelantan.html . Dia tayang laksam . Teringat kuah laksa semalam ada lagi.  Apa lagi …… boleh cuba…… Tapi sebelum tu  cari-cari lagi resepi yang lagi simple …. apa lagi  pi myresepi lah..
dapat resepi ni. Thank Yani ….. CA dah cuba…. memang mabeles…… jadiii.
Sebab CA dah ada pengalaman buat laksam ni ambik resepi dalam buku …. sekali jadi keras ….. macam ketul batu ….. langsung …. sruuuuuuuuuuuuuu masuk bakul sampah …


Bahan-bahan Laksam ( 2-3 orang )
· 3cwn tpg beras
· 1/2 cwn tpg gandum
· 4cwn air suam
CARA_CARA
1. Gaulkan semua bahan-bahan. Sapukan tudung periuk dengan sedikit minyak masak-utk mengelak dari melekat. Ambik sedikit adunan dan letakkan di atas tudung periuk. Kukus sampai masak.
2. Bila dah masak, keluarkan. Biarkan sekejap sebelum digulung- supaya laksam kelihatan licin dan cantik. Sementara tu letaklah sedikit adunan ke atas tudung periuk lain dan kukus sampai masak. Ulang sampai habis

KUAH
· Ikan(direbus,dibuang tulang)-mcm nk buat laksa tuh
· rempah kari ikan
· Sdkt bwg merah/besar
· Santan
· Asam keping
· Sdkt garam
 
 Bahan ulam
· timun, selom , bawang , (dipotong halus)
. limau di potong
. cili padi di hiris
 
Cara-cara
Blender rempah kari dengan bawang besar . masukkan ke dalam periuk , masak sampai agak2 kering .
Masukkan santan .kisar isi ikan  . Kemudian masukkan ke dalam periuk bersama bahan-bahan lain. 
Masukkan bunga kantan , daun kesom  , asam keping dan garam….(CA main agak-agak aja …. setakat mana kita suka masam dan masinnya)
 

 
Tadaaaa… ini Laksam CA…. 
Kira lulus dah…… Thank Yani Myresepi ……..