PESANAN TUAN TANAH KEDAUNG ....

SELAMAT DATANG dan TERIMA KASIH pada rakan-rakan yang sudi berkunjung ke Teratak Chik Att , Sila tinggalkan jejak kalian agar dapat saya berkunjung balas ke blog anda.

Bahan di dalam blog ini boleh dikongsi tanpa kebenaran kecuali GAMBAR FAMILY DAN ANAK-ANAK SAYA .
Yang lain tu ... nak ambil ka... nak kongsi ka ... ambillah ... semoga ia dapat membantu dan memanjangkan ilmu yang ada....saya hanya insan biasa ....

Penegasan ..... komen yang tiada nama (anonymous) tidak dialu-alukan di sini. Maaf jika saya terpaksa men"delate"nya ...

Tuesday, November 23, 2010

IKAN KELI HALAL & HARAM

Info ini CA dapat dari rakan di facebook , http://www.facebook.com/kongsiresepi/posts/1609421248380 ,CA sendiri tak dapat nak pastikan kebenaran dan keesahannya , Jika benar ,  semoga dapat menjadi panduan buat kita semua . Kadang-kadang banyak sangat makanan syubahah dalam kehidupan kita ….

Dalam CA mencari2 gambar ikan keli untuk update di sini , jumpa plak cerita ni …. bacalah disini http://wanmus.com/jangan-makan-ikan-keli.html

4413992604_d05e59656f

info ini mungkin berguna sewaktu anda hendak membeli ikan keli dipasar @ dmana2..


Perbezaan ikan keli memakan bahan haram dan halal


HARAM
(Ikan yang diternak orang bukan Melayu diberi makan perut ayam, bahan
buangan, bangkai dan organ dalaman babi. Semua benda itu tidak halal
untuk umat Islam)
· Kepala berbentuk 'V'
· Bentuk badan mirip torpedo
· Badan berwarna hitam berkilat
· Bahagian bawah badan berwarna putih melepak
· Bahagian antara bawah kepala dan badan berwarna kuning
· Apabila digoreng akan meletup kerana banyak lemak


HALAL

(diberi makan palet halal iaitu campuran beras hancur, tepung ikan,
kepala ikan bilis, minyak sawit, bahan buangan kelapa sawit, kiambang
dan vitamin)
· Kepala berbentuk 'U'
· Bentuk badan tirus
· Berwarna hitam kelabu dan tidak berkilat
· Bahagian bawah badan berwarna putih kelabu
· Tiada warna kuning kelihatan di bahagian antara bawah kepala dan badan
· Digoreng tidak meletup


Jadi info ini mungkin berguna sewaktu anda hendak membeli ikan keli dipasar.

Masakan ikan keli yang sering menjadi pilihan kita ….

images (3) images (4)

images (5) images (6)

images (7) images (8)

images (9) images (10)

Tu dia ….. memang … meleleh …

Pada tuan-tuan punya pic … yang CA ambil dari Encik Gugeell ….. maaf  ambik tanpa izin dan terima kasih yaaa ….

CA memang suka ikan keli ni …..tambahan kalau digoreng garing-garing ….

Tapi bagi kami , orang bendang dari negeri jelapang padi ni ….. lebih suka ikan yang dijala atau dikail sendiri di sawah atau tali air….

102_1484

Baba …… dengan jalanya ….. aktiviti CA ngan husband bila lapang ….