Kali ke-2 CA tak balik kg menyambut Aidil Adha bersama ayah dan mak tercinta. Tahun ni , baba kerja dan mak mertua (Tok Ah) ada di sini . Sedihnya pagi-pagi. Di kuarters ni sunyi sepi ……. paginya. Sampai Tok Ah pun ajak balik kg ….. Pertama kali baginya beraya jauh dari rumah dia . Tentu sedih hatinya . Alhamdulillah , selepas zuhur , anak cucu semua sampai .
Meriah sungguh rumah CA , sampai pinggan mangkuk pun terpaksa tarik keluar dari bawah katil hehehehhee . CA ni mana laaa , pernah terima tetamu ramai-ramai , kecuali sekali dulu. Tika nak bertolak ke Mekah.
Jadi pinggan mangkuk semuanya tidur bawah katil. Keluarlah diaorang menjengguk dunia buat seketika. Dah lama bebenor landing kat bawah tu …
Pertama kali dalam sejarah , CA buat ketupat sendiri , balut sendiri dengan bantuan baba dan bibik ….dibawah pemantauan Tok Ah . Alhamdulillah jadilah juga…. hodoh-hodoh pun , rupa ketupatlah juga .
Nampak tak ….. rupa nak terlondeh belaka . Orang amatur yang buat . Tak pandai lagi nak tarik kejab-kejab , tegang-tegang . Kira oklah tu ….. Apa pun percubaan pertama menjadi . Mak di kampung sedih , sedih telefon … nak hantar ketupat. Mak aiiiiii ….. tak padan nak dihantar ketupat tu …. jauh bebenor …..
Pagi tu , CA puas pikir nak masak apa . Mana taknya . Kuih raya dan hapapun yang sewaktu dengannya CA tak buat. Tak sempat . Akhirnya …. buat keputusan buat nasi tomato di kawankan dengan ayam masak merah , kurma telur dan acar timun. Menu dipilih berdasarkan bahan-bahan sedia ada di dalam peti sejuk .
Buat agar-agar sikit …… bolehlah…
Petangnya …. penuh rumah dengan cucu cicit tok ah ….. Meriah sungguh …
Cucu-cucu Tok Ah …. anak-anak sedara CA sebelah baba , dah anak-anak dara semua. Dok tunggu nak makan nasi minyak saja …..
CA … pun tak tahu ….. sebab apa aksi ni terjadi……
Baba yang baru balik kerja …. dikelilingi oleh cucu-cucu sedara. Dah tua pun kita baba ……. cucu pun dah ramai … Yang belang tu …. anak sedara baba , dari Klang .
Ilyana …. anak sedara dari Pahang bersama baby boy … CA pun baru jumpa sikenitni …..
Baba dan Aisyah bersama anak buahnya , Linda nurse di PUM dan Kak Yong PA kpd “somebody” di Alor Setar.
Bergambar beramai-ramai sebelum pulang …….
* Tok Ah dah …… ingat kat umah dia ….. CA dgn Baba pening kepala . Cam na nak pujuk ……
1 comments:
خدمات راس الخيمة – بيت العز
شركة تلميع وجلى رخام راس الخيمة
شركة تنظيف كنب راس الخيمة
Post a Comment