Pagi ini bertalu-talu sms menjengah masuk ……
Berita yang memilukan …….
Kembalinya bekas guru SMKA(P) Almashoor Pn. Hjh Fatimah Mustafa ke rahmatullah .
Arwah yang menderita kanser menghembus nafas terakhir jam 5.30 pagi ini.
Mengenang Allahyarhamah ……
Seorang guru yang amat berdedikasi dan penyayang ..
Mendidik kami seperti anak-anak sendiri ……. tambahan pula pada tika itu
kami ini dari kalangan penghuni asrama…..
mengenang kebaikan beliau ….. tak terbalas budi dan jasanya ….
atas kesungguhannya ……..
ramai rakan2 termasuk aku dapat A matapelajaran sejarah dalam SPM pada tahun itu ……..
Rasa terkilan yang amat sangat dihatiku …..
kerana beberapa kali menangguh untuk menziarahi beliau ……… cadangannya pada Ahad depan ,
menantikan Baba cuti ……
Tapi ALLAH lebih menyayangi dan menjemputnya terlebih dahulu ….
Dan aku tahu …………. kalangan murid-muridnya amat mengenali dan menyayanginya .
Hanya doa dan Al Fatihah dapat dikirim , semoga rohnya ditempatkan bersama orang-orang beriman dan diletakkan di taman -taman syurga Allah.
AL FATIHAH ……………..
GURU ITU UMPAMA PEPOHON YANG RENDANG ……
Jua …. Al Fatihah buat allahyarham M Rajoli …. yang juga kembali ke rahmatullah pagi ini…….
1 comments:
Semoga rohnya dicucuri rahmat< Al-Fatihah
Post a Comment