PESANAN TUAN TANAH KEDAUNG ....

SELAMAT DATANG dan TERIMA KASIH pada rakan-rakan yang sudi berkunjung ke Teratak Chik Att , Sila tinggalkan jejak kalian agar dapat saya berkunjung balas ke blog anda.

Bahan di dalam blog ini boleh dikongsi tanpa kebenaran kecuali GAMBAR FAMILY DAN ANAK-ANAK SAYA .
Yang lain tu ... nak ambil ka... nak kongsi ka ... ambillah ... semoga ia dapat membantu dan memanjangkan ilmu yang ada....saya hanya insan biasa ....

Penegasan ..... komen yang tiada nama (anonymous) tidak dialu-alukan di sini. Maaf jika saya terpaksa men"delate"nya ...

Friday, September 17, 2010

APABILA TIADA IMAN ….

Selama ini aku hanya membaca saja .. rentetan pembunuhan Datuk Sosilawati  (Alfatihah … buat arwah ) .

Walaupun aku hanya mengenalinya atas dada akhbar ….. tapi perasaan sedih tu tetap ada. Sedih apabila  jasad seorang rakan islam kita diperlakukan seperti binatang. Malahan binatang sendiri tidak memperlakukan bangkai-bangkai binatang yang dijumpainya begitu.

Itulah , bila hati tiada iman. Seseorang sanggup melakukan apa saja untuk mendapatkan kemewahan , kesenangan, kemegahan dan segala-galanya atas dunia. Segala tindak tanduk tentunya bertuankan nafsu dan hati . Iblis dan Syaitan menjadi sandaran dalam tindakan……..

Alhamdulillah ……. kita ini dilahirkan di dalam Islam. Sekurang-kurangnya…. walaupun kita ini tidak berilmu tinggi dalam agama. Masih ada kesedaran di dalam hati kita , bahawa ALLAH itu ada , Maha Pencipta …. Maha Besar dan Tuanpunya seluruh alam ini. Dari DIA kita datang …. dan Kepada-Nya kita akan kembali.

Kesedaran itu menjadikan satu batas dalam membentuk tingkah laku dan tindak tanduk kita, selagi hidayah-Nya bersama kita.

 

  pic….. dari shekkhh Gugell……..

1 comments:

NGINAP SRENGENGE @ SRENGENGE said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

salam chik att,

apabila tiada iman,hidup tiada aman.
Hidup tanpa hidayah,segala menjadi payah.