Selama ini aku hanya membaca saja .. rentetan pembunuhan Datuk Sosilawati (Alfatihah … buat arwah ) .
Walaupun aku hanya mengenalinya atas dada akhbar ….. tapi perasaan sedih tu tetap ada. Sedih apabila jasad seorang rakan islam kita diperlakukan seperti binatang. Malahan binatang sendiri tidak memperlakukan bangkai-bangkai binatang yang dijumpainya begitu.
Itulah , bila hati tiada iman. Seseorang sanggup melakukan apa saja untuk mendapatkan kemewahan , kesenangan, kemegahan dan segala-galanya atas dunia. Segala tindak tanduk tentunya bertuankan nafsu dan hati . Iblis dan Syaitan menjadi sandaran dalam tindakan……..
Alhamdulillah ……. kita ini dilahirkan di dalam Islam. Sekurang-kurangnya…. walaupun kita ini tidak berilmu tinggi dalam agama. Masih ada kesedaran di dalam hati kita , bahawa ALLAH itu ada , Maha Pencipta …. Maha Besar dan Tuanpunya seluruh alam ini. Dari DIA kita datang …. dan Kepada-Nya kita akan kembali.
Kesedaran itu menjadikan satu batas dalam membentuk tingkah laku dan tindak tanduk kita, selagi hidayah-Nya bersama kita.
pic….. dari shekkhh Gugell……..
1 comments:
salam chik att,
apabila tiada iman,hidup tiada aman.
Hidup tanpa hidayah,segala menjadi payah.
Post a Comment