PESANAN TUAN TANAH KEDAUNG ....

SELAMAT DATANG dan TERIMA KASIH pada rakan-rakan yang sudi berkunjung ke Teratak Chik Att , Sila tinggalkan jejak kalian agar dapat saya berkunjung balas ke blog anda.

Bahan di dalam blog ini boleh dikongsi tanpa kebenaran kecuali GAMBAR FAMILY DAN ANAK-ANAK SAYA .
Yang lain tu ... nak ambil ka... nak kongsi ka ... ambillah ... semoga ia dapat membantu dan memanjangkan ilmu yang ada....saya hanya insan biasa ....

Penegasan ..... komen yang tiada nama (anonymous) tidak dialu-alukan di sini. Maaf jika saya terpaksa men"delate"nya ...

Monday, July 22, 2013

QASIDAH ..UTARA

Kuih tradisional orang utara...
Akan timbul time ramadan ..
Lepas tu ...tunggu ramadan akan datang pula ...baru dia buat come back...
Mudah ja...

Bahannya

1 cawan tepung gandum
3 cawan air
7 sudu besar gula
1/4 sudu teh garam
1 sudu teh air kapur

Campur semua bahan ....kacau rata. Tapis . Masak atas api sederhana sambil kacau ...sehingga kental likat dan berkilat.
Tuang dalam bekas

Hiris bawang merah dalam 7 ulas..
Goreng dengan minyak sapi / minyak masak sehingga garing.
Taburkan bawang atas adunan tepung yang dah masak tadi. Minyak gorengan bawang tadi ..tuang skit2 di atasnya.

Sedia untuk di makan . Kasi sujuk dulu ok ....jangan dibaham masa panas2 tu. Melecur lidah ....
Tak dapat lah den nak nolong..

Selamat mencuba.....


7 comments:

Muna Mahdzar-Fadaaq said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Salam chik Att
Nostalgia sungguh
teringat time dulu-dulu, tengok my grandmother buat qasidah.
xoxo

Daddy Ziyyad said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

arab betul nama makanan tradisional utara ni..hahaha..so ianya ialah ala ala bawang goreng la kan?

❤Kamsiah❤ said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

mula2 tgk dulu..rasa pelik..ada bwg goreng diatas kuih yg manis..tp bila makan...sedap la pulak..tp kat kulim ni susah nak jumpa..

tenku butang said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

hai.. salam kenal,
follower no.269
done follow sini,
jom follow teman yea yunk..=)

http://tengkubutang@blogspot.com/ -->(official)
http://kucenkucenbelog.blogspot.com/ -->2nd blog

ieda said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

kegemaran saya ni tapi susah nak dapat yang betul2 sedap....nak buat sendiri tak berapa nak rajin nak mengacau2 tu.

azieazah said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Saya dulu bertahun tak merasa Kuih Qasidah ni. Then beberapa tahun dulu ada kawan saya orang Perlih buat dlm satu majlis. Ohhh sampai tulis entri saya pasal Kuih Qasidah nih...

Bukan susah pun nak buat kan?

maziamohdnoor said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

sedapnya... rindu qasidah makk