Tiada ucapan yang dapat CA luahkan. Tadi Baba telefon dari kampung. pendek saja katanya “ mak dah setuju nak duduk dengan kita “. Tika tu air mata sacara tak sengaja meluncur laju dari kantung mata ini.
Terima kasih Ya Allah …… memberi kesempatan dan memilih kami untuk berbakti buat ibu yang disayangi …
Tok Ah …… ibu mertua aku ini dah mencapai umur 80 tahun. Seorang wanita yang amat gigih membesarkan 9 orang anak selepas pemergiaan suami tercinta. Baba adalah anak yang ke 8 . Bulan 3 tahun 2009 , kami mendapat berita beliau terjatuh dan diserang angin ahmar. pada tika itu … CA terpaksa merelakan Baba menumpukan masanya untuk mengubati ibunya ini. Selepas usaha yang tak putus-putus dan semnagt kuat dari mak , Dalam masa 2 bulan mak dapat bergerak dan mengurskan dirinya sendiri tanpa bantuan orang lain. Dia berkeras untuk tetap tinggal di rumahnya. Akhinya kami akur … dan mengubah suai tempat tidur dan tempat untuk beliau mandi dan bersuci berdekatan dan agar mudah. Abang Baba yang duduk berdekatan mengambil tanggungjawab untuk menjaganya.
Bulan lepas …… tiba-tiba CA dapat panggilan menyatakan Mak masuk ke hospital kerana keluar darah tidak berhenti-henti dari hidungnya. Alhamdulillah , tika itu Baba sedang berada di kg. Mak dimasukkan ke hospital Yan , dari doktor kami mendapat tahu pembuluh darahnya pecah akibat tekanan darah tinggi . Selepas 3 hari , mak dibenarkan keluar dari wad. Tapi kondisi kesihatannya masih membimbangkan. Telah dipujuk oleh anak-anak untuk berpindah duduk bersama. Dia tetap berkeras .
CA selama ini hanya mendiamkan diri . Bukan apa … CA ni duduk rumah kerajaan , macam mana nak ubahsuaikan tempat bersuci mak .Tapi bila mak masih berkeras tak mahu duduk dengan anak-anak yang lain. CA rasa satu cara saja…. ajak duduk dengan CA .Sebab mak memang rapat dengan baba. Bila CA utarakan pada Baba minggu lepas untuk ajak mak tinggal dengan kami , Baba sendiri confius….. “macam mana mak nak mandi dan qada hajat …” jawapan CA pendek “ Allah bagi kita otak untuk berfikir “ . CA… pun ceritalah …. bala bla blaa…. kita pindah dari master bedroom , duduk bilik no 2 , mak duduk di situ … bilik air buat gini gini ….. “ …
Baba masih tak confident mak mau duduk dengan kami. CA kata ….. kita ni manusia …. ada akal … cara ….. ayat mengayat …., macam mana nak pujuk mak ……
Cuma CA pesan… setiap kali solat kita sama-sama berdoa , semoga hati mak lembut terima ajakan kita …
Dan..
keputusannya …… Mak akan tinggal dengan kami ….
MARHABAN Mak …….. Semoga Allah beri kekuatan pada kami untuk membela mak ……. Doakan untuk CA…..
2 comments:
salam CA,
Surga di bawah tapak kaki ibu.
q9m00v6k27 t2a08m4g07 c6r36u1i03 i1u97b3l12 b7s28r7h29 a0d47m6d01
Post a Comment